*Hari Sabtu.
"Ayu." pintu bilik Ayu diketuk. "Ye." pintu dikuak dan Ayu pun keluar. "Dah siap?" soal kak Rian. "Dah." Ayu mengangguk. "Jom." mereka berdua turun ke bawah mendapatkan abang Am. "Korang dah siap?" soal abang Am. Mereka berdua mengangguk.
"Ayu, Rian, Am. Mari sarapan dulu." ajak mama. "Okay ma." balas Ayu. Mereka pun bersarapan bersama. Setelah usai bersarapan, mereka bersedia untuk bergerak. "Ma, kami pergi dulu." Abang Am, Rian dan Ayu bersalaman dengan mama. Sebelum pergi mama ada memberi sedikit pesanan. "Am, bawa kereta baik-baik. Ayu, Rian ikut cakap abang Am. Ingat pesan mama." kata mama. "Okay ma." balas Rian. Dia tersenyum.
Setelah beberapa minit memandu, akhirnya mereka tiba didestinasi yang dijanjikan. Abang Am berjanji dengan kawan-kawannya untuk terus jumpa disini. "Rian, Ayu korang tunggu sini jap, abang Am ada hal sikit." kata abang Am. "Nanti kak Sarah sampai kot." kata abang Am. "Okay abang." mereka mengangguk.
"Hi, Rian.. Ayu. Dah lama ke sampai?" tegur kak Sarah. "Eh kak sarah." kata Ayu. "Baru je." balas Rian. "Oh.. abang korang mana?" soal kak Sarah. Pelik hanya mereka berdua sahaja disitu. "Abang ada hal sikit. Dia pergi mana tah." balas Ayu. "Oh.. dia pergi melaporkan diri kot." kata kak Sarah. "Kot la." kata Rian. Mereka berbual-bual sementara tunggu yang lain sampai.
"Sorry gais aku lambat sikit. Tadi aku pick up adik sedara aku." kata kak Anum. "Adik sedara bukan kau kata kawan kau yang join?" soal kak Sarah. "Dia ada hal. Tak jadi datang." balas kak Anum. Dia pun meneguk air yang dibawa. "Eh, Rian pun ada? Ayu tak ikut sekali ke?" tanya kak Anum. "Hi kak Anum. Ada dia pergi toilet jap." kata Rian.
"Rian result SPM okay?" soal kak Anum. Rian mengangguk. "Elok lah. Rian dah sambung belajar?" soal kak Anum. Apalah kak Anum ni time-time macam ni tanya soalan tu.
"Belum." kata Rian. "Oh takpe, kalau nak kerja dulu pun okay. Kita takkan pernah lambat untuk belajar. Tak payah kalut nak sambung kalau diri belum bersedia. Tak payah nak ikut orang. Biar je kalau ramai yang dah sambung belajar." ujar kak Anum.
"Betul tu Rian. Nak sambung belajar kita kena sedia mental dan fizikal nak hadap assignment, lecturer, kawan, persekitaran baru. Banyak tau. Belum masuk lagi bab tak cukup tidur." kata kak Sarah. Dia ketawa. Teringat waktu dia sambung belajar dahulu.
"Kami bukan nak takutkan Rian tapi tulah realiti sebenar apabila sambung belajar. Kami cuma nak bagi nasihat je. Kalau nak sambung ambil course yang betul-betul Rian minat. Bukan ikut orang tau." pesan kak Anum.
"Rian faham. Terima kasih kak Anum, kak Sarah." ujar Rian. Ini bukan kali pertama dia mendengar pesanan sebegini. Mama, papa dan abang Am pun pernah cakap benda yang sama. "Sama-sama." jawab kak Anum dan kak Sarah.
"Kak Rian kenal bebel ke tu." Ayu tiba-tiba sahaja mencelah. "Ayu tak baik cakap macam tu. Akak-akak ni bagi nasihat je tau." balas kak Sarah. "Hehe, Ayu gurau je kak." kata Ayu. Kak Anum menggeleng kepala. Dia ketawa sedikit.
"Eh kak Anum dah sampai. Sorang je." ujar Ayu. "Ha'ah tadi cakap dengan cousin. Mana?" soal kak Sarah "Tak lah betul la dengan cousin. Cuma dia pergi toilet tadi. Ayu tak jumpa dia kat toilet?" balas kak Anum. "Err.. mana Ayu kenal cousin kak Anum yang mana." ujar Ayu sedikit keliru. "Yelah. Anum mana kami kenal cousin kau." kata Kak Sarah . Kak Amum tersengih.
"Kak Rian tahu tak siapa Ayu jumpa masa pergi toilet tadi?" kata Ayu separuh berbisik. Ketika itu kak Anum dan kak Sarah sibuk berbual sama sendiri. "Siapa?" soal Rian. Suaranya turut diperlahankan. "Nanti kak Rian tahu la. Kalau ada jodoh mesti jumpa." balas Ayu. "Hah?" balas Rian.
"Ha tu cousin aku." ujar kak Anum. "What.." kata Rian dalam hati. Cousin kak Anum menghampiri mereka semua. "Hi?" kata dia. "Hi." kak Sarah membalas. "Saya Aqeed." dia memperkenalkan diri. Ye Aqeed anak mak cik Yah dan pak cik Hashim. Mereka mengangguk.
"Nama akak, kak Sarah. Ni Ayu dan Rian." kata kak Sarah. Ayu menunjukkan simbol peace manakala Rian hanya tersenyum. "Dah kenal." kata Aqeed. "Hah?" balas kak Anum. "Kami kenal Aqeed. Aqeed anak kawan mama. Kawan sekolah kak Rian." kata Ayu. Rian mengangguk. "Oh patutlah. Aqeed kan tinggal kawasan sama dengan korang mesti satu sekolah dulu." balas kak Anum.
"Dah ready ke semua?" tegur abang Am yang baru sahaja muncul. Sebenarnya dia pergi melaporkan diri pada pondok dihadapan. Kemudian dia bertemu dengan kenalan lamanya. Kawannya juga hiking disini. Jadi dia berbual sebentar.
"Belum." balas kak Sarah. Abang Am mengangkat kening. "Kawan kau belum sampai lagi. Si Fiqie dengan Nadim tu." ujar kak Anum. "Lah tadi kata dah nak sampai dah." kata abang Am. "Hmm.. kejap lagi sampai lah tu." kata kak Anum.
Kak Sarah dan kak Anum sebenarnya adalah kawan kuliah abang Am masa abang Am sambung belajar dulu. Mereka pernah satu kumpulan assignment. Tak sangka boleh rapat sampai sekarang. Mama dan papa pun mengenali akak-akak ini. Mereka pernah datang masa rumah terbuka raya tahun lepas. Masa yang Ayu dimalukan oleh Fiqie.
Share this novel