Rian gadis polos yang kini meninjak usia 18 tahun. Dia baharu sahaja menyambut ulang tahunnya pada bulan Mac yang lalu. Tidak seperti remaja yang seusia dengannya, Rian lebih gemar menghabiskan masa dirumah. Rian mempunyai sebuah hobi yang mungkin berbeza sedikit iaitu mengait. Kebanyakan masa dihabiskan dengan mengait. Kadang kala Rian mampu mengait selama berjam lamanya untuk menghasilkan sebuah tas tangan yang cantik. Hasilnya itu bukanlah untuk dijual tetapi diberikan kepada rakan mahupun keluarga sebagai hadiah.
"Kak Rian.." Ayu selamba masuk ke dalam bilik Rian. Rian sedang leka mengait pada ketika itu. Ayu merupakan adik bongsu Rian yang juga orang yang paling rapat dengan Rian.
"Ye?" balas Rian pendek. "Kak Rian tak bosan ke mengait hari-hari? Jomlah kita keluar jalan-jalan" ujar Ayu. "Tak nak lah, Ayu pergilah keluar dengan Abang Am. Kak Rian busy ni." bicara Rian sambil tangannya mengipas-ngipas seolah-olah menghalau Ayu. Tetapi tindakannya itu tidak diendahkan Ayu.
"Abang Am kerja la Kak Rian." balas Ayu. "Hmm, takpe tunggu je Abang Am balik nanti, ajak dia keluar okay?" Rian tersenyum lebar memandang adiknya yang sudah bermasam muka. Lalu Rian mengusap kepala adiknya itu. "Ayu, Kak Rian bukannya tak nak keluar tapi.. Kak Rian busy sikit. Kak Rian nak siapkan beg yang akak kait ni. Nanti bila dah siap akak janji akan bawa Ayu jalan-jalan tau." Rian muncuit hidung mancung Ayu tetapi berjaya ditepis Ayu.
"Ala.. okaylah tapi janji tau?" Ayu menunjukkan jari kelingkingnya tepat ke muka Rian. Dengan selamba Rian menyambut jari adiknya dengan jari kelingking. Pinky promise telah dibuat dan akhirnya kedua adik beradik itu tersenyum mesra.
Setelah itu, Ayu pun berlalu keluar dari bilik meninggalkan Rian sendirian. Rian kembali menyambung kerja mengait yang telah tergendala sebaik sahaja Ayu singgah ke biliknya sebentar tadi.
Share this novel