Bab 11

Other Series 2269

"Hah korang nak order apa? Abang Nadim belanja." pelawa abang Am sebaik sahaja duduk dikedai mamak. "Eh?" balas abang Nadim. Abang Am ketawa. "Gurau jelah." kata abang Am. "Ayu, Rian, Fiqie fikir cepat korang nak makan apa?" kata abang Am.

"Ayu nak naan chesse boleh tak?" soal Ayu kepada abang Am. "Boleh je tapi minum air kosong jelah." jawab abang Am. Ayu mengangguk. "Rian?" soal abang Am. "Rian nak capati dengan milo ais." kata Rian. "Okay." balas abang Am. "Eh kak Rian boleh order air manis pulak?" soal Ayu. "Kak Rian order yang biasa-biasa je." balas abang Am. Abang Am ketawa melihat Ayu. "Okay.." Ayu merajuk.

"Okaylah Ayu nak air apa?" soal abang Am. Kesian pula tengok adik bongsunya merajuk. Ayu tersengih. "Air sejuk kurang manis satu." kata Ayu. "Hah?" balas abang Am. Ayu ketawa. "Ayu tak nak pun air manis." kata Ayu. Dia tersenyum senget. Abang Am geleng kepala.

"Pandai Ayu bergurau." Dah bersuara dah mamat tu. Sibuk je. "Ayu memang suka bergurau." kata abang Am. Abang Am dijeling Ayu. "Oh Fiqie pun suka orang yang pandai bergurau." kata Fiqie. "Hah?" respon Rian. "Apa? Suka?" soal Ayu didalam hati. Dia buat gaya nak muntah. Meremang dengar pengakuan berani mati Fiqie.

"Mau order apa?" soal pelayan restoran mamak tersebut. Alhamdulillah mamak jadi penyelamat Ayu kali ni. Tak perlu lah nak rasa akward dengan apa yang dikatakan Fiqie bila masing-masing fikir untuk memesan makanan.

"Bagi naan chesse satu, capati satu, mee goreng telur mata satu. Fiqie, Nadim korang nak makan apa?" soal abang Am. "Fiqie nak roti jantan." kata Fiqie. "Saya bagi roti tisu satu." kata abang Nadim. "Minum?" soal pelayan tersebut. "Air ais kosong dua, milo ais satu." kata abang Am. "Ais kosong tiga lah. Teh tarik dua." kata abang Nadim pula. Pelayan tersebut mengangguk dan terus membuat pesanan didapur.

"Aik kau tak tanya Fiqie nak minum apa pun?" soal abang Am. "Hmm.. budak ni minum teh tarik je selalu." kata abang Nadim. Fiqie tersengih. Betullah tu apa yang dikatakan abang Nadim.

"Kau tahu Arif dah nak kahwin?" kata abang Nadim. "Arif? Arif mana?" soal abang Am. Ketika ini Ayu, Rian dan Fiqie hanya terdiam. Mereka hanya memasang telinga mendengar perbualan antara abang Am dan abang Nadim.

"Arif budak sekolah kita dulu. Arif Ariffin tak salah aku." kata abang Nadim. "Oh dia tu. Dia kahwin dengan siapa?" soal abang Am. "Dengan budak sekolah kita jugak. Anis Zuraida kot. Tak salah aku." kata abang Nadim. "Oh yang budak paling cun kat sekolah tu?" soal abang Am. Abang Am tak sangka pula. Setahu dia Arif tu biasa-biasa sahaja orangnya.

"Ha'ah. Jodoh dorang gamaknya." kata abang Nadim. Dia seolah-olah faham dengan apa yang difikirkan abang Am. "Ha'ah jodohkan biasalah." kata abang Am. Hmm. Dia jelah yang takde jodoh lagi. Abang Nadim pun rasanya dah ada someone special.

"Kau bila lagi?" soal abang Nadim. "Hah?" balas abang Am. "Lambat lagi kot. Belum jumpa jodoh lagi." kata abang Am. Ayu ketawa kecil. "Ayu." kata Rian. Abang Am mengerutkan dahi. Cepat-cepat Ayu menunduk.

"Sarah dengan Anum tu? Pilihlah salah satu. Aku tengok dorang okay apa. Kan Ayu?" kata abang Nadim. Ayu mengangguk. "See Ayu pun approved." kata abang Nadim. "Haish. Aku dengan dorang kawan je." kata abang Am. Dia menjeling Ayu. Tahu sahajalah budak Ayu ni tak habis-habis nak kenenkan dia dengan Sarah.

"Memanglah bermula dengan kawan berakhir dengan kahwin. Kita tak muda lagi Am." abang Nadim menepuk bahu abang Am. Apalah abang Nadim cakap pasal kahwin depan budak-budak. Malu abang Am dibuatnya. "Takpe nanti aku nak kahwin. Orang yang first tahu kau. Okay?" abang Am tersenyum kelat. "Aku tunggu Am." balas abang Nadim. Dia tersenyum.

Tak dinafikan umur abang Am bukan muda lagi. Dah sesuai untuk kahwin bak kata mama. Tahun ini usianya sudah pun memasuki 26 tahun. Kawan abang Am juga ramai sudah berumah tangga. Ada juga yang sudah beranak-pinak.

Pelayan restoran menghampiri meja mereka. Kali ni pelayan menjadi penyelamat abang Am. Makanan yang dipesanan diletakkan diatas meja. "Terima kasih." balas Ayu dan Rian. "Thank you." kata abang Am.

Mereka pun menikmati makanan masing-masing. Suasana senyap sunyi.

"Sedap Ayu?" soal abang Am. Ayu mengangguk. "Abang Am nak?" pelawa Ayu. Terlupa pula nak pelawa abangnya. Padahal abang Am yang belanja. Hmm. Betul ke abang Am belanja? Ayu menghulurkan naan chesse kepada abang Am. "Kak Rian nak?" pelawa Ayu. Rian mengeleng.

"Tak nak pelawa abang Nadim dengan Fiqie ke?" usik abang Nadim. Abang Nadim tersenyum. Fiqie tersengih. "Abang Nadim nak ke?" soal Ayu. "Taklah abang gurau je." abang Nadim ketawa. "Fiqie nak aa.." kata Fiqie sambil membuka mulut. "Gilalah dia ni." getus hati Ayu. "Takde makna aku nak suap kau." Ayu terasa geram.

"Nah." kata Ayu dengan kasar. "Ayu.." kata abang Am. Ayu tersenyum. "Fiqie-fiqie." kata abang Nadim. Dia menggeleng kepala. "Korang ni macam anjing dengan kucing. Asal jumpa je gaduh. Abang kahwinkan jugak korang ni." kata abang Am. Rian ketawa. "Apa abang Am ni.. abanglah yang patut kahwin." Ayu merajuk. "Eii. Taknak aku kahwin dengan mamat selenge ni. Uwerk." kata hati Ayu.

Abang Nadim dan abang Am ketawa. "Kau ni Am tak baik. Ayu makan je." pujuk abang Nadim. "Kalau ye pun bagilah dorang habis sekolah dulu." kata abang Nadim. Mereka semua ketawa besar. Rupanya abang Nadim pun sama.

"Apa ni?" Ayu malu apabila disakat. Merah padam muka Ayu menahan malu. "Ayu bagitahu mama." kata Ayu. "Okay-okay tak-tak." balas abang Am. Nanti kalau Ayu bercerita tentang hal ni mesti nama abang Am pula yang jadi topik utama. Mama memang suka kalau bercerita tentang hal perkahwinan dengan abang Am. Nanti mulalah mama bertanya soalan tentang menantu dan calon isteri untuk abang Am.

"Dah-dah makan semua." kata abang Am. Mereka pun menghabiskan makanan yang ada. Sebelum berlalu pergi mereka ada berborak kosong sebentar.

Abang Am bangun dan terus ke kaunter untuk membuat pembayaran. Betul abang Am yang belanja. "Okay Nadim aku nak beransur dulu." kata abang Am. "Dah nak balik. Oh aku pun nak balik. Jap nak bayar." kata abang Nadim. "Don't worry brother aku dah bayar." kata abang Am.

"Kau belanja?" soal abang Nadim. Abang Am mengangguk. "Wah thank you." balas abang Nadim. "No problem. Ayu, Rian jom." ajak abang Am. Abang Am bersalaman dengan abang Nadim dan Fiqie.

"Hati-hati drive." kata abang Nadim. "Kau pun." balas abang Am. "Bye Ayu, Rian. Jumpa lagi." kata abang Nadim. Dia melambai ke arah Ayu dan Rian. "Okay." balas Ayu. Fiqie pun turut melambai.

Mereka semua menaiki kereta masing-masing dan pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience