Bab 3

Other Series 2269

Setibanya dihospital papa Rian segera mencari parkir untuk meletakkan kenderaan. Dari satu ruang ke ruangan yang lain. Tiada satu pun petak parking yang kosong. "Huh.." terdengar keluhan kecil dari mulut papa.

"Takde yang kosong ke papa?" soal Rian. "Yelah ramai pula orang hari ni?" ujar Ayu. "Ayu, Ayu ini kan hospital memang ramai orang kalau cuti-cuti macam ni." kata mama. "Habis tu?" Ayu bersuara.

"Macam nilah korang turun dulu. Nanti papa cari parking." kata papa. "Oh, okay-okay." pantas sahaja Ayu menjawab.

Selesai menurunkan penumpang kereta papa bergerak mencari parking. Sebelum keluar tadi papa sudah berpesan kepada anak dan isteri untuk masuk terlebih dahulu.

Mama, Rian dan Ayu masuk ke dalam hospital. "Mama kawan mama wad mana?" tanya Rian. "Mama wad b tingkat 5." kata mama kurang yakin. "Jomlah" Ayu mengajak.

Mama bertanya kepada jururawat yang berada dikaunter. Nama pesakit Noriah binti Ahmad. "Ye, puan jalan terus bilik no 3." ujar jururawat tersebut. "Oh terima kasih." ucap mama. "Terima kasih." kata Rian dan Ayu pula.

Mereka pun berjalan menuju ke tempat yang ditunjukkan jururawat tadi. Diluar pintu kelihatan seorang pemuda. Mama menegur pemuda tersebut "Aqeed kan?" Pemuda terus berpaling dan melihat mereka. "Ye mak cik". Nampaknya mama dan pemuda tersebut saling mengenali.

"Aqeed banyak bersabarlah nak. Insha Allah mak kamu akan sembuh semula." mama memberi kata-kata semangat kepada Aqeed. Aqeed mengangguk lemah. Sebak rasanya didalam hati.

"Boleh mak cik masuk ke dalam?" pinta mama. "Boleh mak cik. Masuklah." pintu bilik dibuka. Rian dan Ayu mengikut mamanya masuk ke dalam. Manakala Aqeed hanya tunggu diluar.

"Assalamualaikum.." mama memberi salam. "Waalaikumsalam.." terdengar suara lemah menyambut salam tersebut. "Yah aku ni Asmah. Ni anak-anak aku Rian dan Ayu. Kami datang melawat kau." bicara mama lalu meletakkan bakul buah yang dibawa tadi ke atas kabinet. Lalu bersalaman dengan mak cik Yah. Anak-anaknya turut berbuat sama.

"Terima kasih Mah." ujar mak cik Yah. Terharu apabila ada yang datang melawat. "Kamu macam mana? Okay tak?" tanya mama kepada mak cik Yah. Dihatinya berasa simpati dan sedih. "Macam nilah. Nak kata okay tu tak lah. Hmm." bicara mak cik Yah lemah. Mama mengangguk tanda faham.

"Kamu macam mana Mah?" soal mak cik Yah. "Alhamdulillah, aku anak beranak baik-baik sahaja." balas mama. "Alhamdulillah, syukur." kata mak cik Yah. Mama dan mak cik Yah berbual-bual sesama sendiri. Sekali sekala mak cik Yah bertanya kepada Rian dan Ayu.

"Mah.. boleh aku nak cakap sikit dengan kau?" pinta mak cik Yah. "Ye boleh, boleh. Cakap lah." kata mama. "Maksud aku kita berdua sahaja." pinta mak cik Yah lagi. Tanpa membuang masa mama menyuruh Rian dan Ayu keluar dari bilik tersebut.

Diluar bilik tersebut kelihatan papa yang bersembang dengan seorang lelaki yang lebih kurang umurnya dengan papa. Mungkin itu papa Aqeed agaknya.

"Ha.. Rian, Ayu mari sini. Ni pak cik Hashim. Bapa Aqeed." ujar papa. Sememangnya benar itu bapa Aqeed. "Assalamualaikum pak cik." ujar Rian sambil tersenyum. Ayu hanya tersenyum sahaja. "Waalaikumsalam. Dah besar Rian dulu tengok kecil je. Ayu pun dulu baby lagi." bicara pak cik Hashim. Rian dan Ayu tersenyum simpul. Papa hanya tersenyum memandang mereka berdua.

"Razak, jomlah masuk tengok Yah kat dalam." ajak pak cik Hashim. Papa dan pak cik Hashim pun masuk ke dalam.

Tinggallah Rian, Ayu dan Aqeed diluar. Dikaki lima hospital tersebut terdapat kerusi panjang. Rian duduk ditempat paling hujung manakala Aqeed dihujung satu lagi. Aqeed sedang meminum kopi yang baru dibelinya di vending machine yang berdekatan.

Suasana sunyi sepi tanpa suara.

"Engkau Airaa Rian kan?". Tiba-tiba sahaja Aqeed bersuara. "Huh? Err.. ye." balas Rian. "Kita satu sekolah dulu." tambah Rian lagi. "Betullah" kata Aqeed sambil menghirup kopi panas.

Suasana kembali senyap apabila masing-masing membuat hal sendiri. Papa dan mama kemudian keluar. Mereka mengundurkan diri bagi memberi ruang kepada mak cik Yah berehat.

Papa dan pak cik Hashim bersalaman begitu juga dengan Aqeed. Sebelum beredar papa sempat berpesan kepada pak cik Hashim untuk terus bersabar.

Mereka pun berjalan keluar dari hospital. "Kesian mak cik Yah. Mama, mak cik Yah sakit apa?" soal Ayu. Ketika itu mereka sudah pun berada didalam kereta. "Mak cik Yah sakit buah pinggang." ujar mama. "Dah lama dah." sambung mama lagi. "Oh." sambut Ayu.

Kenderaan mereka pun bergerak keluar dari hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience