"Assalamualaikum." ucap Fiqie. Dia dan abang Nadim baru sahaja sampai. Jalan jem agaknya. "Waalaikumsalam." jawab semua orang. "Eh baru sebut nama dah muncul." kata kak Anum. Fiqie tersenyum. "Hi Ayu." kata Fiqie. Ayu hanya memandang. "Sorry kami lambat." kata abang Nadim sebaik tiba disitu. "Takpe. Kitorang pun tak gerak lagi." balas kak Sarah.
"Okay jom?" ajak abang Am. "Okay." balas kak Anum. "So, sekarang kita kena panaskan badan sikit. Semua wajib buat regangan supaya badan kita bersedia nak daki." arah abang Am. Ayu, Rian dan Fiqie mengangguk. Manakala kawan-kawan abang Am hanya mengikut sahaja. Mereka semua pun membuat sedikit exercise.
"Okay dah. Sebelum naik kita baca doa. Al fatihah." Mereka membaca surah al Fatihah disamping abang Am mengetuai bacaan doa. Yang lain mengaminkan.
"Abang Am ada pesanan sikit untuk Ayu, Rian, Fiqie dan.. Aqeed? Aqeed apa khabar?" tegur abang Am. "Aqeed sihat. Alhamdulillah." Aqeed tersenyum. "Okay, nanti masa hiking, jangan paksa diri. Kalau penat bagitahu akak dengan abang yang ada. Kalau sakit ke atau ada masalah tolong bagitahu." pesan abang Am. Mereka yang disebut nama mengangguk faham. "Okay abang." balas Ayu.
"Akak pun nak pesan sikit. Kita bergerak dalam group. Lambat ke cepat, jangan berpecah. Tunggu je yang lain." kata kak Sarah. "Okay kak Sarah." balas Fiqie dan Rian. "Kalau kaki krem bagitahu akak. Akak ada spray. Nanti spray kat kaki tu." kata kak Anum pula. "Betul tu." kata abang Am.
"Kita akan naik lebih kurang sejam setengah atau lebih. Rasanya mungkin lebih. Pastu kita akan lalu kat jambatan gantung, sungai dan macam-macam lagi. Abang nak semua tolong hati-hati. Nak selfie ke apa tolong hati-hati." ujar abang Am.
"Jom naik. Bismillahirrahmanirrahim." abang Am bergerak masuk ke hutan. Abang Am dihadapan manakala abang Nadim dan Fiqie berada di belakang. Ayu, Rian ditemani kak Anum, kak Sarah dan Aqeed. Perjalanan hiking mereka bermula.
Beberapa minit kemudian.
"Ha.." kata Ayu. "Ayu?" soal kak Rian. "Ye?" balas Ayu. "Okay tak?" kata Rian. "Okay." balas Ayu. Rian memegang tangan Ayu. Dia memimpin Ayu. Rian tahu Ayu berasa penat. Perjalanan diteruskan lagi.
Tidak dinafikan perjalanan hiking ini agak mencabar. Sekali sekala ada trek yang mencabar ketahanan fizikal mereka semua. Ditambah dengan batu-batuan kecil. Permukaan jalan juga sedikit licin. Di samping itu, ada juga anak tangga yang perlu didaki. Tak dinafikan bahawa suasana hutan sangat menyamankan. Pohon rendang dan menghijau menyegarkan mata.
Mereka tiba dijambatan gantung. Ayu dan Rian mengambil beberapa keping gambar. Kak Sarah dan kak Anum juga begitu. Mereka kemudiannya berhenti di suatu kawasan lapang. Mereka berehat seketika.
Ayu dan Rian mengambil peluang ini untuk menjamah sedikit makanan yang dibekalkan mama. Makanan tersebut turut dikongsi dengan orang lain.
"Sedapnya. Ayu ke buat karipap ni?" kata kak Sarah. "Taklah mama yang buat." balas Ayu. "Pandai mak cik buat. Sedap." puji kak Sarah. "Tahu tak popia ni pulak kak Rian yang buat." kata Ayu. Rian memandang Ayu serius. Ayu tersengih. "Popia ni pun sedap juga." puji kak Sarah. Rian tersenyum.
"Ayu buat apa je?" soal Fiqie. Haish budak ni sibuk je. "Semua ni Ayu yang goreng." balas Ayu. "Patut hangit." kata Fiqie sambil ketawa. "Fiqie.." tegur abang Nadim. Haha. Padan muka dia kena marah dengan abang Nadim. "Sorry-sorry gurau je." balas Fiqie.
"Jom tangkap gambar ramai-ramai." ajak kak Anum. Mereka pun bergambar bersama. Pelbagai pose digayakan semasa mengambil gambar.
"Hmm, jom gerak." kata abang Am apabila mereka selesai bergambar. Barang makanan dikemas dan mereka menyambung perjalanan.
Setelah sekian lama, akhirnya mereka tiba dipuncak. "Wah. Cantiknya." kata Ayu sebaik tiba dipuncak. "Ye." balas Rian. Mereka semua terpesona dengan panorama puncak bukit tersebut. Mereka menikmati pemandangan yang indah itu untuk seberapa lama.
Rian terpandang Aqeed. Wajah Aqeed ditenung lama. Entah apalah yang Aqeed fikir sekarang. Mungkin dia tengah rindu arwah mak dia. Kesian Aqeed. Tak dapat Rian bayangkan kalau mama pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Dia tentu akan sedih sangat.
"Kak Rian.." panggil Ayu. Dia duduk dibatu bersebelahan dengan Rian. "Haish, tak elok tenung lama-lama." kata Ayu. "Hah?" balas Rian. "Kak Rian, obvious sangat kak Rian tenung A.." mulut Ayu ditekup Rian. Ayu gigit jari Rian. "Aduh." kata Rian. "Hahaha, padan muka." kata Ayu. "Korang ni kenapa?" soal abang Am. "Err.. takde apa. Gurau je." balas Ayu. Abang Am berlalu pergi ke tempat lain.
"Betulkan? Cakap Ayu?" kata Ayu. Dia tahu kak Rian pandang Aqeed. Dari tadi lagi dia nampak. "Mana ada akak pandang awan sana tu." balas Rian. Malu pula bila Ayu dapat tahu. "Hmm.. yelah." balas Ayu.
Setelah itu mereka pun turun kembali. Apabila tiba dikawasan bawah. Mereka sekali lagi bergambar dan kemudiannya bersalaman untuk pulang.
"Alhamdulillah." kata abang Am. "Lain kali kita boleh hiking bersama lagi." ujar abang Am. Semua bersetuju dengan cadangan abang Am. "Alhamdulillah." kata kak Sarah.
"Okay gais. Anum nak gerak dulu." kak Anum mengundur diri. "Okay, safe drive Anum." kata kak Sarah. Kak Anum dan kak Sarah berpelukan. Kak Anum tersenyum manis. Dia turut memeluk Rian dan Ayu "Jom Qeed." kak Anum mengajak Aqeed untuk pulang. "Bye kak Anum, Aqeed.." kata Ayu. "Bye." balas kak Anum. "Bye Ayu." kata Aqeed. Kemudian dia melemparkan senyuman kepada Rian. Mereka berlalu pergi.
"Ehem-ehem." Ayu menyiku Rian. "Apa?" soal Rian. "Dah-dah lah tu usha Aqeed." kata Ayu perlahan. "Hei, mana ada." balas Rian.
"Nadim kau pergi mana lepas ni?" soal abang Am. Nadim rakan sekerja abang Am. "Mamak kot. Jom ah." ajak abang Nadim. "Emm.. boleh jugak. Ayu, Rian nak ikut tak?" kata abang Am. Haish abang Am ni kalau dorang tak ikut. Macam mana dorang nak balik? Ayu dan Rian mengangguk.
Mereka pun menaiki kenderaan masing-masing dan bergerak ke kedai mamak yang berdekatan.
Share this novel