Jantung Rian berdegup laju. Entah mengapa malam ini dia berasa serba tidak kena. Hendak tidur tetapi tak terasa mengantuk pula. Nak tengok televisyen dah lewat malam. Dia pun rasa hendak berbaring di katil sahaja.
Sesekali dia mengerling telefon pintarnya. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Waktu sebegini penghuni dirumahnya memang sudah masuk tidur. Papa dan mama sudah ajar dari kecil untuk tidur awal.
Tetapi entah mengapa mata Rian tidak mahu terlelap. Dia langsung tidak terasa mengantuk.
"Hmm. Nape ni?" Rian menyentuh dadanya. Dia dapat rasakan yang jantungnya berdegup laju.
Tiba-tiba. Tok! Tok! Pintu bilik Rian diketuk sesorang. "Ye?" kata Rian. Namun tiada sahutan atau balasan suara. Aik siapa pulak ni. Tok! Tok! Tok! Sekali lagi pintu diketuk. "Ye??" kali ini Rian meninggikan suaranya sedikit. Tetap tiada balasan.
Rian pun memberanikan diri untuk membuka pintu. Dia turun dari katilnya perlahan-lahan dan menghampiri pintu. Dia mengintai dibawah pintu, tidak nampak sebarang bayang atau objek. Tombol pintu dipulas perlahan dan pintu pun dibuka Rian sedikit demi sedikit.
"Chakk!" jerit Ayu didepan pintu. "Mak!!" terkejut Rian. Hampir gugur sahaja jantungnya. Ayu ketawa riang. Dia happy kerana dapat kenakan Kak Rian.
"Ayu! Apa Ayu buat malam-malam ni?" soal Rian berbisik. Takut jika mama dan papa terjaga disebabkan dia menjerit sebentar tadi. Mahu sahaja dia memulas cuping telinga Ayu. Geram dengan rambutnya yang serabai, berbaju kelawar pula. Ish!
"Hahaha." Ayu masih lagi ketawa. "Apa Ayu ni terkejut kak Rian." kata Rian. "Rian, Ayu kenapa tu?" ujar mama yang baru keluar dari bilik. "Err.. takde pape mama. Ni kak Rian. Err.. ada lipas tadi." Ayu membohong. "Ayu!" marah Rian.
"Dah. Tidurlah dah malam ni. Esok mama beli ubat lipas" kata mama. Ayu ketawa sekali lagi. "Okay ma." jawab Rian dia tidak mahu memanjangkan perkara ini. Mama masuk ke dalam bilik. Rian pun berbuat perkara sama.
"Eh, Kak Rian.." pintu bilik Rian ditahan Ayu. "Apa?" balas Rian dengan kasar. "Nak cakap sikit boleh?" soal Ayu dengan gaya manja. "Esok jelah." balas Rian. "Ala, nak cakap sekarang." kata Ayu yang mengekori Rian masuk ke dalam bilik.
Rian baring dikatil dan comforter nya ditarik. Kata-kata Ayu langsung tidak diendahkan.
"Kak Rian.." kata Ayu sambil mencucuk pinggang Ayu. "Ish!" jari Ayu ditolak Rian. "Kak rian." kali Ayu mengoncang tubuh Rian. Rian bangun dan menjeling Ayu. Kemudian dia baring semula.
"Kak Rian, marah ke?" soal Ayu sambil mencuit kakaknya. "Jangan kacaulah." kata Rian. "Ala.. Kak Rian sorry lah. Orang gurau je tadi. Sorry kay?" ujar Ayu separuh memujuk. Rian senyap.
"Kak Rian.. jangan lah tidur lagi. Orang minta maaf ni." tubuh Rian digoncang lagi. "Hmm.." Ayu mengeluh. Ayu turut senyap.
Dengan pantas Rian mencubit lengan Ayu. "Aduh.." Tak sempat Ayu hendak menjerit mulutnya ditekup Rian. "Shh!" kata Rian separa berbisik. Jari telunjuknya dirapatkan ke bibir.
"Sakitlah Kak Rian." Ayu turut berbisik. Dia meniup lengannya. "Sakit ke? Akak ingatkan tak sakit." balas Rian dengan sinis. Dia tersengih. "Sakitlah." Ayu merajuk. Dia memalingkan wajahnya.
"Aik dia pula merajuk?" kata Rian. "Tak merajuk cuma sedih je." balas Ayu yang masih membelakangkan Rian. "Ala..lala." kata Rian sambil memusingkan badan adiknya.
"Kenapa sedih-sedih ni?" dagu Ayu dicuit Rian. Macam watak dalam filem hindustan saja lagaknya. Ayu menjuihkan bibirnya. "Kak Rian tak nak cakap dengan kita." balas Ayu. "Padan muka sape suruh terkejutkan orang tadi." kali dahi Ayu pula menjadi sasaran. Rian menjentik dahi Ayu.
"Sakitlah.. Kak Rian ni." ujar Ayu. Dia bingkas bangun hendak keluar dari bilik Rian. Tetapi tangannya ditarik Rian. Rian berasa bersalah pula dengan Ayu.
"Sorry." ujar Rian. "Ayu nak cakap apa tadi?" kata Rian. Dia cuba untuk memujuk Ayu. Ayu duduk semula. Wajahnya masam mencuka. Lalu Rian memeluk adiknya itu. Kepala Ayu diusap beberapa kali.
"Kak Rian.." Ayu bersuara. "Ye?" balas Rian. "Kak Rian tak shampo rambut eh?" ujar Ayu. "Hah?" Rian melepaskan pelukkannya. Hahaha. Ayu ketawa. "Ayu!" kata Rian.
"Gurau je." kata Ayu. "Ayu nak cakap apa sebenarnya?" soal Rian. "Sebenarnya.. Ayu nak ajak pergi tengok wayang esok." kata Ayu. "Hah? Wayang? Lah, esok kan boleh cakap. Kenapa malam buta macam ni?" balas Rian. "Bukan apa tadi kawan Ayu mesej. Dia kata ada dua tiket free. Tapi dia tak boleh pergi. So dia bagi Ayu. Ayu excited, tu yang nak terus bagitahu kak Rian" kata Ayu.
"Yang bergurau tengah malam tu apa pulak?" kata Rian. "Hehe, tu saje je. Tapi awal lagi la Kak Rian. Belum tengah malam lagi." balas Ayu. "Hmm.. ada-ada jelah." kata Rian.
"Kak Rian, kita pergi eh esok?" pujuk Rian. "Malas." jawab Rian. "Tapi.. tapi Kak Rian dah janji." kata Ayu. "Bila akak janji?" kata Rian. "Yang ni tu.." Ayu menunjukkan jari kelingking. "Jangan buat-buat lupa. Kak Rian yang janji nak keluar." kata Ayu lagi.
"Err.." balas Rian.
"Hmm.. yelah. Esok kita keluar." jawab Rian. Tak nak digelar pemungkir janji, dia ikut sahaja kehendak Ayu. "Yeah. Sayang Kak Rian." Pipi Rian dicium Ayu. "Ei.." kata Rian. Ayu ketawa. "Thanks Kak Rian." kata Ayu. "Okay." kata Rian. Apalah Rian ni orang cakap terima kasih dia jawab okay je.
"Erm.. takpelah Kak Rian. Nak masuk bilik dulu. Bye." Ayu ingin masuk ke biliknya semula. "Ayu! Hati-hati." kata Rian. "Hah?" balas Ayu. "Nanti tok, tok, tok..." kata Rian sambil membuat gaya ketuk pintu.
"Kak Rian..." lantas Ayu baring ke katil Rian dan terus menarik comforter Rian. "Eh! Pergilah tidur bilik sendiri." Rian menampar belakang Ayu. "Tak nak! Nak tidur sini." kata Ayu. "Mana boleh. Pergilah bilik Ayu." kata Rian. "Tak nak, tak nak. Nak tidur sini jugak." ujar Ayu sambil menutup telinganya dengan bantal. Rian ketawa melihat telatah adiknya.
"Hmm. Yelah, yelah. Tapi jangan tidur kasar sangat." kata Rian. Sebenarnya dia juga berasa takut untuk tidur seorang. "Okay." balas Ayu. "Jangan lupa baca doa." pesan Rian. "Iye." balas Ayu.
Rian baring disebelah Ayu dan berselimut. Selang beberapa minit, akhirnya mereka berdua ketiduran.
Share this novel