16

Romance Series 22450

Zayn. Wajah yang hampir sebulan tidak ditatap Aisy.

"Thanks." Aisy cuba melarikan diri dari Zayn. Namun tangan Zayn pantas menghalang Aisy.

"What's your problem? Bagitahu aku kalau ada salah yang aku buat." kata Zayn. Matanya dan mata Aisy bertemu.

"Nothing." Aisy cepat melarikan matanya. Takut tergoda.

"Kalau nothing kau takkan buat aku macam ni. Tell me what's wrong?" soal Zayn lagi.

"Kan aku dah cakap tak ada apa apa!" Aisy menjerit kecil.

"Shush." penjaga kaunter memberi amaran kepada Aisy.

"Kalau betul tak ada apa apa, aku ada cabaran." kata Zayn.

"Cabaran?" kata Aisy, tanpa memaling ke arah Zayn. Malas layan!

"Cabaran dia senang je." Zayn tersenyum.

"Apa dia?"

"Aku kahwin dengan kau , then aku ceraikan kau lepas 6 bulan kita kahwin . Deal ?"

"Eh , kau gila eh ? Soal kahwin cerai ni tak boleh bawak main ." Aisy memandang Zayn, serius.

"Heh , pengecut . Tak kental ah kau ." Zayn tersenyum sinis.

"Eh , ni Aisy Qaisara lah . Setakat 6 bulan , apa ada hal !" kata Aisy menjeling.

"So? On?" kata Zayn.

"For sure." yakin Aisy mengeluarkan kata kata itu. Tak mahu mengalah.

"Okay, dua hari lagi rombongan sampai. Bagi alamat tau." kata Zayn selamba.

"Okay. Eh, what?! Dua hari?" kata Aisy. Meminta pengesahan. Salah dengar ke apa ni? Mampus kau, Aisy!

"Yeah, dua hari." Zayn berlalu keluar dari perpustakaan.

"Hah, tulah kau! Cakap main lepas je. Aduh, sekarang ni siapa nak kahwin dengan dia? Aku juga. Tapi tak pe, 6 bulan aje!" kata Aisy.

~~~

"So macam mana Tuan, Puan? Apa planningnya?" kata Puan Samnah, ibu Aisy.

"Kami lampu hijau je, Samnah. Tak payahlah nak ber'tuan' 'puan' dengan kami. Bakal berbesan juga nanti." kata Puan Adira, berserta gelak dari semua kecuali Aisy.

'Apa yang lawak? Haih aku pun tak faham. Kenapa aku pergi terima semua ni.' kata hati Aisy.

"Ala mummy, daddy. Terus kahwin je lah. Tak payah panjang cerita." kata Zayn.

"Apa nama kamu tadi? Zan? Zon?" kata Puan Samnah.

"Apalah mak, ni. Zayn lah. Zayn Adrean." kata Aisy, tergelak. Jauh bunyinya dengan Zon.

"Susah benar nak sebut." kata Puan Samnah.

"Panggil je lah apa apa yang mak suka." kata Zayn. Amboi, belum kahwin lagi suka suka je panggil mak orang 'mak'!

"Kalau macam tu, mak panggil Yan jelah. Dekat lah dengan Aderian kamu tu." kata Puan Samnah lalu disambut gelak tawa seisi rumah.

"Dah kalau itu yang mak senang nak panggil." kata Zayn tersenyum.

'Eww tolonglah! 6 bulan aje kan? Nak 'mak' 'mak' pulak dengan mak aku. Eleh!' Aisy menjeling Zayn. Hatinya tak habis berbicara.

"Aii, Qai, menjeling nampak." tegur Puan Samnah.

"Eh tak ada lah, mak." Aisy tersengih. Aduh kantoi pulak!

"Kalau macam tu tunang minggu depan, lagi dua minggu nikah. Next week tu reception." cadang Puan Adira.

"Okaylah tu." jawab Puan Samnah.

"Aii, taknak tanya tuan empunya badan ke?" kata Aisy setelah membiar mereka berbicara dari tadi.

"Yang tuan badan kena ikut jelah." kata Zayn. Aisy menjeling.

~~~

"Qai? Lah, kenapa termenung ni? Tetamu dah tunggu tu." kata Puan Samnah.

"Mak.. Kalau abah ada, mesti abah sukakan?" tanpa disedari air mata Aisy mengalir.

"Anak dia yang suka panjang pokok, suka ponteng kelas mengaji, suka terjun sungai ni, nak kahwin. Tak mungkin dia tak suka." Puan Samnah tersenyum. Dia menyeka air mata Aisy.

"Dah, jangan sedih. Abah mesti sedih kalau tahu Qai menangis sebab dia." sambung Puan Samnah lagi.

"Dahlah mak. Jangan nangis." kata Aisy, memeluk Puan Samnah.

"Eh, kamu yang nangis, mak pulak yang kena." Puan Samnah meleraikan pelukan anaknya.

"Hehehe, jomlah, mak."

~~~

"Aku terima nikahnya Aisy Qaisara Binti Ehsan dengan mas kahwinnya RM15,000 tunai."

Aisy dan Zayn telah sah menjadi suami isteri.

"Awak, tidur bawah. Katil saya ni tak muat tidur dua orang." kata Aisy.

"Eh, habislah patah tulang aku nak tidur kat lantai ni." kata Zayn sambil menundingkan jarinya ke arah lantai yang beralaskan tilam nipis.

"Satu hari je, kan? Esok balik tidur lah kat katil empuk di raja awak tu." kata Aisy.

"Boleh tak nak tidur sama sama?" Zayn tersenyum nakal.

"Eh dah dah saya nak tidur awak jangan naik atas! Ni kelambu." Aisy mencampakkan kelambu ke arah Zayn.

"Sampai hati kau buat suami kau macam ni. Eh jap, apa 'bu' tadi?" kata Zayn sambil membelek kelambu yang diberi Aisy tadi.

"Tu nama dia, kelambu." kata Aisy yang sedang baring membelakangi Zayn.

"Untuk?"

"Nyamuk tak gigit."

"Nyamuk?"

"Yelah, nyamukkan banyak kat kampung."

"Tapi aku tak selesa duduk kat bawah ni. Tukar tempat jom. Tak pun kasi aku duduk sebelah kau. Janji tak kacau." kata Zayn. Senyap.

"Oi." kata Zayn lagi.

Zayn bangun menuju ke katil.

"Lah, tidur dah." kata Zayn lalu mengambil tempat di sebelah Aisy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience