7

Romance Series 22450

"Weh , tak sabarnya !" kata Natrah .

"Esok , kan ?" soal Farrah .

"Aah . Korang happy , lah . Aku ni ." Aisy mengeluh panjang .

"Ala , kita kan nak happy happy masa Day Out ni . Kau jangan sedih sedih ." kata Farrah .

"Yelah , aku cuba ."

---

"Alright , guys are you ready ?" kata Puan Amirah setelah menaiki bas .

"But puan , saya rasa ada yang tak datang lagi ." kata Ayna .

"Siapa ?" soal Puan Amirah .

"Zayn ."

"Sorry puan , saya lambat ." Zayn memasuki pintu bas .

"Hah , nasib baik awak cepat . Dah pergi duduk ." kata Puan Amirah .

Zayn mengambil tempat duduk disebelah Aisy .

"Hai ." Zayn menegur Aisy .

"Hai ." jawab Aisy tidak bersemangat .

"Kau tak sihat ke ?" soal Zayn .

'Kejap kau , kejap awak . Pelik dia ni .' kata hati Aisy .

"Sihat je ." Aisy membuang pandangan ke luar tingkap .

"Period ke ?" bisik Zayn perlahan kerana tidak ingin didengari Aisy .

Aisy tertidur . Kepalanya semakin memberat . Perlahan - layan kepalanya jatuh ke bahu Zayn .

"Eh , kenapa dia ni . Lah , tidur macam ni ? Aisy , Aisy ." kata Zayn .

---

"Okay , kejutkan siapa yang tidur tu . Kita dah sampai ." Puan Amirah memberi arahan .

"Aisy . Aisy . Bangun lah ." Zayn menolak kepala Aisy . Aisy terbangun .

"Eh , sorry . Tak sengaja . Sakit ke bahu awak ?" soal Aisy serba salah .

"Tak sakit . Tapi cramp . Heh , dah sampai tu , jom ." Zayn bangun mengambil begnya yang berada di bahagian tempat letak beg .

"Ambilkan beg saya ." Aisy bangun .

"Ada tangan ada kaki , jangan nak berangan ambil sendiri ." Zayn keluar dari bas .

"Eleh . Macam aku perlu sangat pertolongan kau . Aku boleh mintak tolong Natrah dengan Farrah lah ." kata Aisy tidak puas hati .

"Awak nak saya tolong tak ?" Syed Ilham muncul dari belakang .

"Eh , takpe . Saya boleh ambil sendiri ." Aisy melompat untuk mencapai beg miliknya .

"Tak sampai ni ." Syed Ilham mengambil beg milik Aisy dan menghulurkannya pada Aisy .

"Terima kasih ." kata Aisy .

"Sama sama . By the way awak ..." telefon Aisy yang berbunyi menghentikan bicara Syed Ilham .

"Hello , Assalamualaikum Mak . Mak apa khabar ? Sihat ?" soal Aisy .

"Waalaikumussalam . Mak sihat wal afiat . Kamu tu dah sampai ke ? Jaga diri kat sana ." kata Puan Samnah .

"Ye , mak . Orang jaga diri elok - elok ." kata Aisy .

"Ok , Assalamualaikum ."

"Waalaikumussalam ." Aisy mematikan panggilan .

"Syed , awak nak cakap apa tadi ?" soal Aisy .

"Saya ..."

"Aisy . Bila nak turun ni ." Farrah pula memotong percakapan Syed .

"Ha jom ." Aisy bergerak keluar bersama Farrah dan Natrah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience