12

Romance Series 22450

"Babe! Bangun pun kau!" suara Farrah menyapa telinga Aisy.

"OMG, kau ni buat kita orang risau tau!" kata Natrah pula.

"Zayn.. Zayn mana?" kata Aisy, lemah.

"Zayn dia dengan Ayna and the gang. Kaki dia berbalut tu." jawab Farrah.

"Jadi, siapa yang tolong aku tadi?" soal Aisy, dalam nada yang perlahan kerana kekurangan tenaga.

"Oh, Ilham yang tolong tadi. Dia orang paling risau tau. Kesian pun ada aku tengok dia. Macam kucing hilang anak." kata Natrah.

"What?!" Aisy yang tadi lemah terus bersemangat.

"Assalamualaikum, eh Aisy awak dah sedar.

"Ilham. Err, terima kasih sebab tolong saya tadi."

"No, it's okay." Ilham tersenyum.

'Kalaulah Zayn baik macam dia ni.' kata hati Aisy.

-

2 hari telah berlalu

"Okay , sebelum kita gerak balik , saya nak awak semua tunggu kat depan bas . Kita ambil gambar , okay ?" kata Puan Amirah .

"Farrah , Natrah . Aku nak duduk dengan korang ." kata Aisy .

"Okay ." kata Farrah .

"Eh , Zayn mana ?" Ayna menghampiri Aisy lalu menanyakan soalan tersebut .

"Mana aku tahu ." kata Aisy . Tiba tiba satu mesej masuk ke telefon Aisy .

"Zayn ? Nak apa dia ni ." kata Aisy .


Aisy . Kau kat mana ?

"Kenapa dia ni ?" soal Aisy sendirian . Matanya melilau mencari kelibat Zayn .


Ada kat depan bas , lah .

Kan Puan Amirah dah cakap

tunggu depan bas .


Tolong aku .


Eh kenapa ni ? Awak jangan

takutkan saya .


Aku rasa aku dah tersesat ..


Hah sudah . Sesat kat mana

pulak ni ?


Mungkin kat hati kau ?

Aisy tersenyum sendirian .


Main main pulak !

"Aisy !" panggil Farrah .

"Coming !" Aisy berjalan menuju ke arah Farrah dan Natrah .

"Okay everyone , say CHEESE !"

~~~

"Okay duduk ikut partner masing masing ." kata Puan Amirah .

Aisy mencari Zayn . Kelihatan Zayn telah duduk di tempat duduk mereka .

"Hai !" kata Aisy ceria .

"Waalaikumussalam ." kata Zayn .

"Hehehe , kenapa awak nampak sedih je ni ?" soal Aisy .

"Tak ada apa ." Zayn membalas pendek .

"Eleh , tunggu aku cari apa yang kau sedihkan tu ." kata Aisy perlahan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience