4

Romance Series 22450

"Aisy ?" Zayn tersedar yang Aisy tidak mengikuti jejaknya . Dia kembali semula ke tempat dia berpisah dengan Aisy tadi .

"Ya , dah lama tak jumpa . Abang dah sampai ..."

"Aisy !" Zayn berlari mendapatkan Aisy sekali gus memotong percakapan Aisy bersama Faiq .

"Kenapa ?" kata Aisy .

"Kau ni . Kau tahu tak aku risau . Yang kau menghilang je tiba - tiba kenapa ?"

"Kau yang tinggalkan aku . Ha , ni valaknya ." kata Aisy sambil menunjuk ke arah Faiq .

"Faiq , abang saudara Aisy ." Faiq menghulurkan tangan ke arah Zayn .

"Zayn ." Zayn menyambut tangan Faiq .

"Zayn , kalau kau nak balik dulu , baliklah . Aku boleh balik dengan Abang Faiq ." kata Aisy .

"Eh , takpe . Aku yang ambil kau , biar aku je hantar kau ." kata Zayn , tidak puas hati . Cemburu agaknya .

"Takpe , saya hantar Qai balik . Lagipun memang jalan dekat area rumah Qai . Lama tak jumpa dia ni ." Faiq melagakan bahunya dengan bahu Aisy , menyebabkan Zayn makin membahang .

"Takpe , biar saya hantar dia ." nada Zayn agak tinggi kali ini .

"Qai , Qai nak kawan Qai hantar ke abang hantar ?" soal Faiq .

"Takpe , Zayn . Biar Abang Faiq hantar aku ." kata Aisy tersenyum .

"Suit yourself ." Zayn berlalu menuju ke keretanya tidak puas hati .

"Heh , Faiq konon . Kau ingat , kau boleh rampas dia dari aku , Faiq . Eh , apa aku mengarut ni . No , no , Zayn . Takkan kau dah jatuh cinta dengan ..."

~~~

"Terima kasih tau sebab abang hantar Qai sampai sini ." kata Aisy .

"Sama - sama . Qai tahu kan abang sayang Qai ?" Faiq memandang Aisy . Mata mereka berlaga . Degupan jantung Aisy tiba - tiba menjadi laju secara automatik .

"Err , oklah , abang . Qai masuk dulu . Assalamualaikum ." Aisy keluar dari perut kereta .

"Waalaikumussalam ." Faiq masih memandang Aisy sehingga Aisy lenyap dari pandangan .

~~~

"Mana si Zayn ni . Dah pukul 11:20 , bila nak callnya ?" Aisy duduk di atas katilnya sambil membelek telefonnya .

"Merajuk ke ? Takkan cemburu ?" pelbagai soalan di kepala Aisy dan membuatkan Aisy mengambil keputusan untuk menelefon Zayn .

"Hello ? Siapa ni ? Boleh tak jangan kacau saya malam - malam buta macam ni ?" Zayn masih dalam nada marah .

"Waalaikumussalam . Amboi , marahnya . Sabarlah , Encik Zayn Adrean . Ni aku lah . Aisy ." kata Aisy .

"Oh , awak . Kenapa ni ? Awak okay tak ? Sihat ?"

"Sihat jelah . Apa awak - awak ni ? Gelilah ." Aisy menjulingkan matanya ke atas .

"Biarlah ." giliran Zayn pula menjulingkan matanya ke atas .

"Kau merajuk eh ?" kata Aisy .

"Mana ada . I have no time to sulk , okay ?And , biasakan diri 'saya' 'awak' dengan saya ." kata Zayn .

"Habis kenapa tak call dari tadi ? 20 minit saya tunggu tau . Ke awak cemburu , Encik Zayn ?" Aisy mengusik .

"Mengarut . Dah , pergi tidur . Esok ada kelas ." kata Zayn .

"Tak ada apa apa lagi ke ? Good night ke ?" Aisy mengusik .

"Tadi tak puas ke dengan Faiq ." kata Zayn perlahan .

"Apa ? Tak dengar lah . Cakap clear sikit boleh ?" kata Aisy .

"Tak ada apa - apa . Ok Assalamualaikum ." Zayn memutuskan talian .

"Kenapa aku rasa macam dia sebut pasal Abang Faiq ?" kata Aisy sendirian .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience