15

Romance Series 22450

"Guys, apa ni?" soal Aisy kepada Natrah dan Farrah yang rancak bergosip.

"OMG babe! Ada fans dah kawan aku!" kata Natrah.

"Hello, ni bukan fans. Ni haters!" Aisy menunjukkan surat tersebut.


STAY AWAY FROM ZAYN. I'M

WARNING YOU!

"Baru nak berputik hati rasa bahagia kawan aku ada fans. Last last salah faham." kata Natrah, membelek kertas itu.

"Aku kena jauhkan diri dari dia." kata Aisy.

"Kenapa pulak? Kau tak kenal pun siapa yang hantar surat ni." kata Farrah pula.

"Yang penting kalau aku jauh dari dia, dapat bahagiakan orang tu." kata Aisy walaupun hatinya menangis membaca surat itu.

"Hmm, nak cakap lebih lebih, tak boleh. So, aku pun rasa kau patut jauhkan diri kau dari dia. Sebab, orang yang tulis letter ni boleh buat apa apa je." kata Natrah.

Aisy tersenyum kelat. Entah kenapa berat untuk menjauhkan dirinya dengan 'KAWAN' -nya iaitu Zayn.

~~~

"Mak Cik, bungkus kuih ketayap ni RM3." Aisy tersenyum, gembira dapat mengisi perutnya walaupun dengan kuih.

"Hai!" Zayn menyapa Aisy.

"Err, mak cik, saya minta maaf ya. Cancel kuih tadi." Aisy terus berjalan menuju ke tandas. Hanya satu dalam fikirannya, LARI DARI ZAYN!

"Aisy! Tunggu." Zayn mengejar Aisy dari belakang.

'Uish, tak boleh jadi, ni. Aku kena guna super power.' Aisy terus berlari menuju ke tandas.

"Fuh, selamat." Aisy mengunci pintu tandas. TING! Nada mesej masuk berbunyi.


What's your problem?

Aisy hanya menghadiahi Zayn double blueticks.


Bluetick? Answer me.

Tiada respon. Aisy masih diam. Zayn pening memikirkan apa yang sebenarnya terjadi.


Take your time. Bila dah ready,

tell me everything, okay?

Masih bluetick. Zayn sendiri bingung apa yang harus dia lakukan.

~~~

Esok genap tiga minggu Aisy melarikan diri dari Zayn. Penat, tidak diambil kira oleh Aisy.

"Aduh, tinggi sangat ni!" kata Aisy terjengket jengket untuk mencapai buku di rak paling atas perpustakaan.

Tiba tiba seorang lelaki memakai bomber jacket berwarna biru gelap datang mencapai buku tersebut.

"Nah, lain kali minta tolong."

Aisy menoleh. Tidak tahu apa yang patut dilakukan. Terkedu melihat wajah itu.

-

^^^ nah hadiah for 150 followers. *lap air mata*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience