14

Romance Series 22450

"Hoi Aisy !" sergah Natrah .

"Oh mak kau Zayn !" Aisy menekup mulutnya .

"Hah , kantoi teringatkan Zayn !"

"Eh mana ada ! Kebetulan je eh tersebut Zayn . Lagipun bukan dia sorang je Zayn !" Aisy menafikan .

"Apa main sebut sebut nama aku ni ?" Zayn muncul dari belakang Aisy .

"Oh mak kau Zayn !" Aisy mengetuk kepalanya .

"Adoi , ni hah si Aisy ni dah angau sangat kat kau !" kata Farrah . Zayn tergelak , tidak mengambil hati dengan percakapan Farrah tadi .

"Eh mana ada!" kata Aisy, menafikan.

"Aisy aku nak tanya, boleh?" soal Zayn.

"Eh, tiber je ni. Kenapa?" kata Aisy. Yalah, mana pernah si Zayn ni berbaik dengan dia. Selalunya asyik nak menyakat aje.

"Berdua."

"Oh, so kita orang naik dulu eh? Kita orang tunggu kau kat atas tau, Aisy!" Farrah melambai ke arah Aisy.

"Kau..." percakapan Zayn terhenti sejurus melihat Elena melambai ke arahnya.

"Elena..? Apa dia buat kat sini?" Zayn berjalan menuju ke arah Elena.

"You buat apa datang sini?" soal Zayn, dengan muka yang ketat.

"Mummy you, suruh I datang. Mana tahu I boleh temankan you? Kita makan makan ke?" Elena berkata dengan nada gediknya.

"You boleh balik, tak? Sebab I tak perlukan you untuk temankan I. I ada kawan, lah kat sini." Zayn membuat rolling eyes.

"Ala you ni. Nak manja sikit pun tak boleh." tangan Elena melingkar di lengan Zayn, ditepis kuat oleh Zayn.

"You dengar sini, our story is over! Is over! You faham ke tak?!" kata Zayn tidak begitu kuat kerana enggan mata mata di situ berpaling ke arah mereka.

Aisy yang dari tadi menyaksikan 'Perang' antara Zayn dan Elena menuju ke arah mereka.

"Hai, borak apa tu?" Aisy menegur dari belakang Zayn.

"Oh well, for your information, this is Aisy Qaisara, my girlfriend." Zayn menekan perkataan GIRLFRIEND. Aisy memandang Zayn, tidak faham.

'Baik kau jangan menyampuk kalau tak mati kau kena.' kata Zayn menggunakan isyarat mata ayat difahami Aisy.

"What?! Since when you suka perempuan yang bertudung, kampung macam ni hah?" bentak Elena.

"Hello, miss. Saya sedar saya ni orang kampung, tak berfesyen tak cukup kain macam Cik Elena ni. Tapi, fikirkan kenapa Zayn pilih saya dari cik. It's mean I'm better than you." selamba Aisy berkata.

Zayn hanya terdiam, tidak mampu berkata apa apa kerana terkejut dengan kebolehan Aisy.

"Dah, jom sayang." kata Aisy, menekan perkataan SAYANG. Aisy berjalan diikuti Zayn.

"Wow! Power gila kau cakap tadi!" kata Zayn setelah agak berjauhan dengan Elena.

"So, amacam? Ada bonus tak?" Aisy mengenyitkan matanya.

'Asal dia comel sangat eh kalau senyum? Bila marah lagi comel. Eh apa ni stop Zayn!' kata hati Zayn.

"Hello, ada bonus tak?" Aisy menepuk tangan dihadapan muka Zayn.

"Eh, ada. Nanti aku pertimbangkan." Zayn berjalan untuk ke dewan kuliah.

"Eleh, main tinggal je orang kat sini. Kalau tahu macam ni, takde aku backup kau! Heh." kata Aisy perlahan.

Setiba di dewan, Aisy ternampak satu nota di atas mejanya. Kertas putih, renyuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience