11

Romance Series 22450

"Kena panjat ke pokok ni ?" Zayn menunjuk ke arah Pokok Akasia yang agak rendang .

"Ya , lah . Kalau awak taknak panjat , takpe . Biar saya panjat ." kata Aisy .

"Apa , kau ingat aku macam Faiz Roslan ke ? aku reti panjat lah ." Zayn memulakan langkah memanjat pokok .

"Eh , Faiz Roslan pulak disalahkannya . Tersedak anak orang ." kata Aisy tergelak . Zayn turut tergelak . Zayn mendekati dahan yang reput .

"Eh , awak . Dahan tu ..."

Belum sempat Aisy menghabiskan ayatnya Zayn sudah mendarat ke tanah .

"Awak okay tak ? Saya dah cakap , dahan tu reput . Tak sempat saya cakap lagi awak dah pijak dahan tu . Tak pasal pasal dah jatuh . Mana yang sakit ni ?" kata Aisy risau .

"Ni , kat kaki ." kata Zayn .

"Awak ada bawa handphone tak ? Boleh call Puan Amirah ." kata Aisy .

"Kan Puan Amirah dah ambil phone semua orang tadi ." kata Zayn .

"Okaylah . Awak nak give up or teruskan ?" soal Aisy .

"Petunjuk dah ada depan mata . Teruskan je lah . Tapi kau boleh panjat ke ?" soal Zayn .

"Hey , saya Ratu Memanjat Pokok kat kampung tahu ? Tapi sekarang dah pencen . Mak saya kata nanti takde orang masuk meminang ." kata Aisy sambil memanjat pokok .

"Oh , lasak rupanya kau ni ." kata Zayn tergelak .

"Kawan saya kat kampung tu , walaupun perempuan , perangai sama je macam lelaki ." kata Aisy . Teringat dekat si Fariza . Rindu ler tu ! Aisy mencapai sampul berwarna ungu itu lalu membukanya di atas pokok .

"Kot ya pun kau turun lah dulu . Aku pun nak baca juga ." kata Zayn . Aisy tersengih .

"Okay ."

Sedang Aisy menuruni pokok tersebut , dia terpegang sesuatu yang lembik . Oh , tolong jangan cakap ulat beluncas !

"Argh !" Aisy menjerit .

"Kenapa ?" kata Zayn .

"Tu .. Ulat .. Buangkan !" Aisy masih belum tenang .

"Mana ada . Open your eyes ." kata Zayn .

Aisy membuka matanya .

"Ouch . Sakit . My leg ." kata Zayn .

"Eh sorry !" Aisy terjatuh di atas kaki Zayn . Aduh , dahlah kaki orang tu tengah sakit , kau lagi tambah kesakitan dia . Aisy , Aisy .

"Sakit ni . Aku rasa tak boleh jalan ." kata Zayn .

"Ala awak ni . Mengada - ngadalah ." kata Aisy .

"So we have two choices , nak stay kat sini lagi 2 jam then semua orang akan cari kita or nak jalan dan kau papah aku ?" kata Zayn .

"Saya papah awak ? Eeee taknaklah ! Kita tunggu kat sini jelah ." Aisy duduk agak jauh dari Zayn .

"Okay , suit yourself ."

"Okay ." balas Aisy .

"So , kau dengan Ilham , apa cerita ?" Zayn membuka mulut .

"Ilham pulak dah . Haih kalau macam ni jom saya papah awak ." Aisy bangun mengibas pasir di bahagian seluarnya .

Zayn bangun dibantu oleh Aisy .

Setelah berjalan hampir 400 meter , Aisy memulakan bicara .

"Awak boleh tak ni ?" soal Aisy .

"Boleh ."

"Sakit ke ni ?" soal Aisy lagi .

"Sakit lah jugak ."

"Saya minta maaf eh ." kata Aisy .

"It's okay ." Zayn malas bercakap panjang .

"Tak marah kan ?" soal Aisy tersengih .

"Nak marah apa , benda dah jadi ."

"Ha , tu dia orang !" kata Aisy setelah melihat Natrah dan Farrah melambai ke arah mereka .

Tiba - tiba , telefon Zayn berbunyi menandakan mesej masuk .

"Tu , telefon awak , kan ?" Aisy memandang Zayn .

"Oh , lupa . Saya bagi satu phone je kat Puan Amirah . Lagi satu ada ." Zayn tersengih .

"Oh ." Aisy hendak melepaskan Zayn .

"Aisy , don't ..."

Belum sempat Zayn menghabiskan percakapannya , Aisy telah melepaskan Zayn .

"Sorry ." Aisy terus berjalan ke arah Farrah dan Natrah tanpa menghiraukan Ayna , Shasha dan Geena yang marah kerana Aisy melepaskan Zayn .

Aisy menoleh ke arah Zayn. Dia ternampak sesuatu, merah mengalir di dahi Zayn. DARAH!

Aisy rebah. Dia merasakan seseorang mengangkat kepalanya, meletakkannya di atas riba. Yang pasti, bukan Zayn. Dan, semuanya gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience