13

Romance Series 22450

Kedengaran dengkuran halus Zayn . Menyebabkan Aisy terus berpaling .

"Lah , dah tidur rupanya . Cepat gila dia nyenyak ."

"Eh tu telefon dia ." idea jahat muncul di fikiran Aisy .

"Aku nak tengok apa masalah dia ni asyik sedih je ."

Aisy cuba mencapai telefon Zayn . Tiba tiba bas brek kerana lampu isyarat menyebabkan Aisy terjatuh di atas Zayn .

"Uhuk uhuk ." Zayn batuk dan tersedar dari lenanya .

"Eh kau kenapa ?" kata Zayn sejurus menyedari Aisy berada di atas dadanya .

"Eh ... Errr ... Tak .. Saya cuma ..." Aisy tergagap .

"Ke kau nak ambil kesempatan , hah ?" tuduh Zayn .

"Eh , banyak handsome muka awak . Saya tak ingin lah nak ambil kesempatan . Ada chance pun saya tak try , takkan takde chance tiba tiba nak try ." kata Aisy .

"Sekarang ni , aku yang patut marah kau . Bukan kau marah aku ." kata Zayn .

"Erm , sebenarnya , saya nak capai telefon awak . Yelah , saya nak tahu apa yang buat awak asyik marah marah , asyik emo , macam perempuan tak makan sebulan ." kata Aisy .

"Haih kau ni . Kan aku dah cakap takde apa apa ." kata Zayn .

"Awak tipu kan ? Kalau tak ada apa apa , awak tak sedih , awak tak emo . Ni , marah marah tak tentu pasal . Tak handsome tau muka awak kalau tak senyum ." kata Aisy .

"Oh , kalau aku senyum handsome lah ni ?" Zayn tersenyum nakal .

"Hah sudah . Menyesal pulak cakap ." Aisy menggaru kepalanya yang berbalut tudung yang tidak gatal .

"Hah , nah aku senyum ." Zayn tersenyum manis yang boleh membuat korang korang korang semua yang tengah baca ni boleh kencing manis ! Perlahan lahan Zayn merapatkan mukanya ke arah Aisy .

"Eeee apa ni !" Aisy memejamkan matanya .

"Syuhhhh Syuhhh." Aisy membuat isyarat tangan agar Zayn menjauhkan mukanya.

"Eleh , baru dekatkan muka sikit dah blushing . Kalau kena cium , macam mana pulak tu ?" Zayn tergelak perlahan dan mejauhkan mukanya dari muka Aisy .

"Eh mana ada blushing !" Aisy membuang pandangan ke luar tingkap . Wajahnya sudah merona merah .

~~~

"Okay guys dah sampai !" Puan Amirah menjerit dari pintu bas . Zayn dan Aisy tidak melelapkan mata mereka sejak kejadian tadi . Zayn yang memakai headphone mendengar lagu dari tadi segera menanggalkannya .

Zayn bangun mengambil begnya dan beg Aisy . Lalu dia mencampakkan beg Aisy ke arah Aisy .

"Eee , jahat !" kata Aisy sejurus Zayn membaling begnya tepat ke arah tudungnya menyebabkan tudungnya menjadi senget . Zayn terus berjalan keluar bas . Syed Ilham yang dari tadi memerhatikan mereka berdua bangun menuju ke arah Aisy .

"Aisy awak okay tak ?" kata Ilham .

"Okay . Ala tak ada apa apa lah ." kata Aisy .

"Zayn memang macam tu . Dia tak suka bergaul dengan perempuan sejak dia ..."

"Sejak dia ?" soal Aisy .

"Sejak dia putus tunang dulu . Tapi tak sangka pulak awak orang yang boleh buka hati dia untuk mencintai semula ." kata Ilham , nada sayu .

"Eh mana ada . Saya kawan je dengan dia . Tak lebih dari tu ." kata Aisy .

"Saya kenal Zayn tu sangat . Awak dah lupa ke , saya tempat dia luahkan perasaan dari dulu lagi . Sebelum masuk kolej ni lagi . Bila saya tengok first day dia putus tunang tu , saya pulak yang susah hati . Asyik unlock , lock screen phone aje . Tapi sejak awak datang dalam hidup dia , saya tengok dia senyum senyum pandang phone ." kata Ilham panjang lebar .

"Tapi , awak ?" soal Aisy . Entah kenapa soalan itu meluncur dari mulut Aisy .

"Saya redha awak dengan saya tak ada jodoh . Mungkin ada yang lebih baik untuk saya ?" kata Ilham .

"Lega saya dengar ." kata Aisy tersenyum .

"Tapi saya tak akan boleh lupakan awak , Aisy ."

Aduh , baru nak feeling bebas dari peminat kononnya . Eh , perasan betul ada peminat si Aisy ni !

"Saya pergi dulu , assalamualaikum ." kata Ilham lalu berlalu pergi .

"Waalaikumussalam ." Aisy menendang kerusi bas apabila Ilham berjalan keluar .

"Baik gila dia . Tak macam Zayn . Tapi kenapa aku tak suka dia eh ?" kata Aisy sendirian .

"Eh stop it , Aisy ! Dah dah , jalan , keluar , balik !" Aisy mencapai begnya lalu keluar .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience