10

Romance Series 22450

Dua aktiviti telah dijalankan dan tinggal aktiviti terakhir untuk hari ini .

"So , semua dah ada dalam kumpulan ?" kata Puan Amirah .

"Dah ." semua menjawab .

"Auch !" Aisy mengerang kesakitan akibat digigit kerengga .

"Eh , kenapa ni ?" soal Zayn .

"Semut ." Aisy menundingkan jarinya ke arah kakinya .

"Tulah , siapa suruh manis sangat ." kata Zayn .

"Ha ha ha ." Aisy gelak memerli Zayn .

Zayn memegang kaki Aisy yang berlapik seluar .

"Ni kerengga . Semut dengan kerengga pun tak kenal ke ?"

"Err , adik beradik jugak kan ?" Aisy tersengih .

"Alright . Based on the clue that you guys are holding right now , cari sembilan lagi klu dan bawa klu tersebut ke lokasi terakhir yang tertulis di klu terakhir . You have 3 hours from now . You can start now ." kata Puan Amirah .

"First clue dekat mana ?" soal Aisy .

"Entah ." Zayn menjawab soalan Aisy dengan jawapan yang bodoh sedangkan petunjuk berada di tangannya .

"Bukalah !" Aisy menunjukkan sampul yang berada di tangan Zayn .

"Oh . Hehehe ." Zayn membuka sampul tersebut .

"Anda perlu mencari seorang wanita berusia lingkungan 30 tahun yang berbaju merah dan meminta petunjuk seterusnya ." Zayn membaca petunjuk pertama .

"Merah ? Tu kan ?" Aisy menunjuk ke arah seorang wanita yang memakai baju merah .

"Ha jom ." mereka berlari anak mendapatkan wanita itu .

"Nak petunjuk seterusnya ." kata Zayn dan tidak dibalas oleh wanita tersebut .

"Eh awak ni . Tepi biar saya cakap . Assalamualaikum , kak . Boleh saya dapatkan petunjuk dari akak tak ? Sebab dalam petunjuk ni ada ciri - ciri yang akak pegang petunjuk kita orang ." kata Aisy .

"Waalaikumussalam . Nah ." wanita itu menghulurkan sekeping sampul surat berwarna coklat .

"Yes !" Aisy bersorak gembira .

"Eleh . Baru satu . Dah cepat buka ." kata Zayn .

"Anda dikehendaki mendapatkan tandatangan dari penjual aiskrim yang berada agak hampir dengan anda ." Aisy membaca lalu mencari penjual Aisy yang berdekatan .

"Tu !" Zayn berlari mendapatkan penjual aiskrim yang agak berumur .

"Pak Cik , tandatangan kat sini ." Zayn menghulurkan kertas .

"Woi , cakap elok - elok sikitlah !" Aisy menjeling Zayn .

"Pak Cik , boleh tak pakcik tanda tangan kat sini ?" kata Aisy lembut .

"Boleh , nak ." penjual aiskrim itu menandatangani kertas itu .

"Kau nak aiskrim tak ?" soal Zayn .

"Awak belanja ? Nak ! Yang Coklat ni ." Aisy menunjukkan ke gambar aiskrim coklat .

"Pak Cik bagi aiskrim ni satu ." kata Zayn .

"Terima kasih Pak Cik ." kata Aisy dan dibalas anggukan dari penjual aiskrim itu .

"Haih , asyik kau je lepas ." Zayn mengeluh panjang .

"Hahaha ! Sabar lah ." kata Aisy .

Setelah 30 minit mereka menyelesaikan satu lagi misi .

"Zayn , ni nak buang kat mana ?" Aisy menunjukkan plastik aiskrim yang telah habis dimakannya .

"Tu buang kat situ ." kata Zayn tanpa menoleh Aisy .

"Kat mana ?" soal Aisy sekali lagi menyebabkan Zayn memandang Aisy . Sejurus Zayn terpandang Aisy , dia tergelak .

"Asal awak gelak ?" Aisy terpinga .

"Kau pakai lipstick warna coklat eh ?" Zayn masih tergelak .

"Hah ? Comot eh ? Kat mana ?" Aisy mencapai tisu lalu tisu itu dirampas oleh Zayn .

"Meh , aku lapkan ." Zayn mengesat kesan aiskrim coklat dibibir Aisy . Mata Aisy tertatap dimuka Zayn , agak lama .

"Tahulah aku handsome . Jangan pandang macam tu malu ni ." kata Zayn menyebabkan Aisy mengalih pandangan .

"Ew , please . Dah jom ." kata Aisy .

---

"Cepat baca last task kita !" arah Aisy .

"Sabar ." kata Zayn lalu membuka sampul surat berwarna merah .

"Anda dikehendaki berjalan 50 meter ke arah timur dan mencari sebatang Pokok Akasia . Seterusnya , terdapat satu sampul berwarna ungu . Anda perlu mengambil sampul tersebut lalu pergi ke tapak permulaan semula ." Zayn membaca dengan pelbagai nada . Sesekali Aisy tergelak .

"Jom ?" kata Aisy setelah hampir 30 saat Zayn merenung mukanya .

"Oh , jom . 50 meter je , kan ?" kata Zayn .

"Entah . Cuba tengok . Tadi awak baca 50 ." kata Aisy lalu mencapai sampul tadi .

"500 meter lah ! Mak ai , jauhnya . Lutut saya dah longgar ni ." Aisy memegang lututnya .

"Jom . Takkan nak give up macam tu je ." Zayn mencapai lengan Aisy dan menariknya . Berlapik , okay . Takde nak buat dosa . Zayn budak baik .

"Awak , nanti orang nampaklah ." kata Aisy .

"Biarlah . Berlapik , ni . Ke kau takut tergoda ?" kata Zayn .

"Eh . Mana ada . Awak takpelah , ramai fans . Saya ni ramai haters . Takde fans pun ." kata Aisy .

"Ilham ?" langkah mereka terhenti .

"Err , can we just stop talking about this ?" Aisy terus berlari pantas .

"Hey ! Kau yang buka cerita lepas tu lari . Sini kau !" Zayn mengejar Aisy sambil bergelak .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience