18

Romance Series 22450

Aisy Qaisara's POV

Aku berjalan menuju ke kelas dengan pantas. Dari tadi aku rasa macam ada orang ikut aku. Setelah menaiki tangga, aku menoleh ke belakang. Tak ada orang. Aku pusing ke depan, eh makhluk mana pulak berdiri depan aku ni!

Aku menjerit lalu ditekup oleh makhluk itu.

"Woi, apa masalah kau ni?" Aku membuka mata. Memandang wajah yang menekup mulutku itu.

"Awak! Nasib baik saya tak ada sakit jantung. Kenapa tak call je cakap nak jumpa? Kelas kita bukan jauh sangat pun." Aku berdiri, menjauhi Zayn. Takut #ZaynScreamer nampak nanti.

"Macam mana aku nak call, phone kau pun ada kat aku." Dia menghulurkan iPhone 6s gold aku.

"Kenapa ada kat awak?" soalku.

"Semalam masa aku hantar kau kat rumah Farrah dengan Natrah, kau lupa amik purse kau. Mesti kau tak on phone langsung, kan?"

"Memang tak. Saya bukan artis macam awak kena update media social hari hari." Aku membuat rolling eyes.

"Tapi, aku ada on Instagram kau." kata Zayn selamba.

"Awak buat apa hah? Awak mencuri data peribadi saya eh?!"

"Tak ada masa aku. Aku nampak ada acc nama dia... @zayn.adrean.fansclub . Kau ke yang handle?" kata Zayn. Alamak, habis kantoi. Malunya!

"Err.. Dah tak ada apa lagi kan? Saya masuk kelas dulu." Aku berjalan meninggalkan Zayn.

"Babe! Sini cepat sini cepat!" Natrah memanggilku.

"What?" Aku mengambil tempat di sebelahnya. Lambat pulak Puan Amirah masuk.

"Baca artikel ni." Farrah menghulurkan iPhone miliknya. Aku mula membaca.


BERHENTI BELAJAR, BAKAL CEO

C.A.M HOLDING.

"Apa masalahnya?" soalku tidak mengerti.

"Baca sampai habis!" Arah Natrah.

Zayn Adrean, 29, bakal mewarisi pangkat bapanya, Tan Sri Hisham Abdullah sebagai CEO di C.A.M Holding. Menurutnya, kariernya sebagai pelakon dan penyanyi tetap aktif.


Mengulas kepada hubungan, Zayn masih tidak mempunyai pengganti kepada Elena Damia merangkap bekas teman wanitanya.

"Saya masih tiada pengganti. Saya tak terfikir nak cari pengganti lagi. Apa apa pun, doakan sahaja." katanya.


Apa apa pun, kita doakan yang terbaik buatnya.

-Natalia Hairi,

Wartawan InG Online-

"Dah tak ada benda lain ke InG ni nak publish? Kenapa mesti pasal dia?" Aku cuba menutup rasa sedih yang menyelubungi diri. 'Tiada pengganti' ? Aku ni siapa?

"Eh, dulu bukan main excited pasal Zayn kalau keluar online. Kau kenapa ni?" soal Farrah.

"Eh, dah ada cincin! Cincin siapa ni weh?" Natrah nembelek cincin di tanganku. Aku menanggalkannya dengan segera.

"Cincin saje saje je ni. Eh, Puan Amirah dah sampai." Aku segera mengubah topik.

"Aisy, ada orang nak jumpa." kata Puan Amirah. Eh, aku tak kenal pulak mamat ni. Bukan Zayn. Tapi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience