“N sunbaenim!” panggil Nayeon. Ketika itu Nayeon bertemu dengan N di luar tandas. Ketika itu, N baru keluar dari tandas. Ingatkan Nayeon nak ‘stalk’ N kat dalam tandas! Gila ke!
“Wah, buat aku terkejut je,” kata N sambil terperanjat.
“Sorry sunbae. Nayeon ade benda nak bagitahu,” kata Nayeon sambil memegang bungkusan kotak.
“Apedia? Ape benda yang kau pegang tu?” ujar N sambil menundingkan jarinya ke arah bungkusan kotak yang dipegang oleh Nayeon.
“Haa, ni bungkusan kiriman dari Sejeong untuk Hongbin sunbae. Aku cari-cari dia, tapi alang-alang aku jumpa kau dan kau sama geng dengan dia, aku bagi kau jelah. Pass kat Hongbin sunbae,” kata Nayeon sambil menunjukkan bungkusan kepada N.
“Nanti aku bagi dia. Aku chow dulu,” balas N sambil mengambil bungkusan dari Nayeon.
Di kelas 5D, Hongbin sedang bermain game PSP. Mujur takde orang dalam kelas! Kalau tak, kantoi!
“Hongbinie!!!!” jerit N hingga Hongbin tersentak. Pekak telinga Hongbin dibuatnya.
“Wae?! Kenapa menjerit-jerit? Aku bukannya pekak,” balas Hongbin sambil menyimpan game PSP ke dalam beg sekolahnya.
“Ni, ade orang bagi kau bungkusan. Dari Nayeon!” kata N sambil meletakkan bungkusan di atas meja Hongbin.
“Heh, bungkusan apa ni? Macam bungkusan poslaju pulak!” Hongbin melihat bungkusan itu nampak sebijik dengan bungkusan poslaju. Pelik!
“Pengirimnya - Kim Sejeong?” Hongbin membaca butiran bungkusan itu.
“Yelah. Tu Nayeon suruh aku bagi kau,” kata N sambil membawa kerusinya di hadapan meja Hongbin.
“Ye ke. Biar betik? Sejeong tak pernah kirimkan aku bungkusan apa-apa. Macamlah dia tu pergi travelling ke luar negara pulak. Lantaklah! Buka jelah!” kata Hongbin sambil meleraikan tali bungkusan. Dia membuka bungkusan yang berwarna coklat gelap, sebijik dengan warna kulit N! Selepas membukanya, ada kotak kek kelihatan.
“Kotak kek?” N agak hairan. Hongbin pun terkejut.
“Nama ke main. Tu macam surprise birthday aku jer,” kata Hongbin.
“Ye ke. Cuba bukak. Aku nak tengok,” ujar N.
“N dan Hongbin (Nbin) tengah buat apa tu? Ada bungkusan ke?” ujar Ravi kepada 3 gengnya. Mereka sedang mengintip kelas Hongbin.
“Entahlah. Jom tengok,” ajak Leo. Mereka datang ke kelas 5D.
“Kami nak tengokkk!!!!!” jeritan 4 member VIXX hingga nak pecah kelas Hongbin!
“Omak kau!!! Terkejut aku,” tempelak N. Siap mengurut dadanya dengan tangannya di bawah tali leher. Itulah korang jangan nak kejutkan N tanpa diduga!
“Heh! Sibuk je korang ni!” cebik Hongbin.
“Ala~ bukalah. Mana tau ada bom kat dalam tu,” paksa Ravi. Terus terbeliak mata Ken dan Hyuk.
“BOMM!!!! Tidak!!!!” jerit Ken dan Hyuk.
“Jangan kacau Hongbin tengah bukak kotak tu!! Ci!!!” marah Leo sambil mengetuk kepala Ken dan Hyuk. Padan muka!
Hongbin pun membuka kotak itu. Apabila dibuka, bukan kek hari jadi Hongbin. Ada sebuah kotak kecil yang menyerupai bekas CD.
“Bukan kek birthday akulah. Masih lame lagi birthday aku ni,” kata Hongbin sambil mengeluarkan kotak kecil.
“Dia ni main-main ke ape? Kat dalam kotak kek pun ade kotak kecik ke?” sindir Ravi.
“Itu aku tak tau,” kata Hongbin sambil membuka kotak itu. Mata mereka terkejut melihat apa yang dilihatnya.
“CD album Michael Jackson ke?” tanya Hyuk, aneh. Macam mana album boleh dijumpai? Makin pelik!
“Itu album Michael Jackson. Sapa yang buat benda kat CD nie?” soal Hongbin sambil membuka bekas CD tu. Ternyata itu CD sebijik dengan CD kosong yang dijual kat kedai!
“Ade sapa-sapa yang bawak laptop ke?” tanya Ken.
“Aku ade, tunggu kejap!” kata Leo untuk mendapatkan laptopnya di dalam bengnya.
Selepas Leo keluarkan laptop, dia kembali memandang gengnya.
“Mane CD tu? Bak sini!” pinta Leo sambil membuka laptopnya. Hongbin pun menghulurkan CD kepada Leo. Apalagi, CD itu dimainkan. Satu folder muncul.
“Taekwoonie, ade folder baru. Klik kat folder tu,” pinta N. Mata mereka fokus terhadap satu video. “Kita tengok video ni,” ujar Hyuk.
Mata mereka ternampak sesuatu yang mengejutkan di stor sukan. “Eh, boys! Itu Sejeong! Apesal dikurung?” kata N sambil menundingkan jarinya ke arah Sejeong yang diikat pada kerusi.
“What?” Terus Hongbin membeliakkan matanya.
“Ooi ooi ooi ooi ooi ooi ooi tu tu tu tu tu tu tu tu tu….” kata Ravi apabila dia ternampak Sejeong didatangi oleh Jihyo, Dahyun dan Chaeyoung. Mereka membawa senjata berbahaya.
“Ape tu tu tu? Cakap elok-elok!” tempelak Leo sambil menjeling ‘maut’ ke arah Ravi.
“Tu…” Ravi memuncungkan bibirnya. “Haaa~” balas yang lain. Mulut mereka ternganga.
“Dahsyatnyer…” Hyuk mula takut.
“Pasti Sejeong disembelih macam ayam pulak! Bahaya ni!” kata Ken.
“So, boys! Macam mana? Biar Sejeong macam tu je kena belasah? Kita kene selamatkan dia! Bertindak segera!” seru N dengan mengesa anak buahnya.
“Roger!!!” sahut 5 geng VIXX ala tentera.
****
Di stor sukan.
“Aku bagi kau warning. Kalau nak selamat, jauhi Hongbin oppa, kalau tak…” ayat Jihyo terputus di situ.
“Kalau tak, ape?” suara garau Ravi muncul keluar. Geng VIXX muncul tak ubah macam power ranger!
“Kenapa kau culik yeochin aku!!” marah Hongbin. Jihyo segera menangkap kaki Hongbin.
“Oppa, aku crush kau. Sepatutnya kau jadi crush aku. Bukan dia!” rayu Jihyo.
“Lepaskan kaki aku! Crush konon! Aku bukan crush kau! Aku benci yeoja keji dan bengis macam kau!” bentak Hongbin sambil mengoyangkan kakinya untuk melepaskan cengkaman dari tangan Jihyo. Tetapi Jihyo berdegil. Dia pegang seluar Hongbin pulak! Hati-hati jangan sampai Jihyo tertarik seluar Hongbin hingga menampakkan boxer! (Janganlah menjerit apabila boxernya terdedah!)
“Serang!!” jerit Ken. Maka dengan bermulanya geng VIXX menyerang geng TWICE dengan tangan dan kaki sahaja. Biar cedera asalkan Sejeong selamat! Hyuk pula sempat meleraikan ikatan tali pada kerusi Sejeong.
*******
3 jam kemudian, di bilik kesihatan.
“He he he,… ingat yeoja yang bertubuh lembik tu kuat ke! Kita pun boleh! Siap ade otot-otot untuk melawan orang! Ni!!!” kata Ken sambil menyinsingkan lengan baju dan menunjukkan ototnya di bahagian lengannya. (Waaahhh!!!! Tak sangka Ken oppa bermaskulin!!)
“Yelah. Otot pun berguna jugak untuk keperluan aje. Bukan selalu kot,” kata N sambil membalut tangan kirinya dengan kain kasa putih. Nasib baik N bukan kidal macam Hongbin! (Dia tulis dengan tangan kanan) Dahi N dilekatkan plaster sebab luka ringan.
“Woi, kau cakap senang, aku pun dah cedera disebabkan gunting besar si Dahyun ni. Nasib baik baju tak terkoyak!” kata Ravi sambil menahan sakit di bahagian dadanya. (Ala~ takpe. Terlepas peluang untuk tengok abs Ravi yang sampai 6 pack! Lain kalilah!)
“Nasib baik Hyuk sunbaenim selamatkan saya,” kata Sejeong sambil membalut lengan Hongbin dengan kain putih.
“Yelah. Mujur VIXX sunbae datang nak tolong. Kami bukannya terer dalam bab melawan orang. Tapi kami risau tentang awak,” balas Leo.
“3 yeoja tu macam mana? Masih dirawat ke Ken hyung?” tanya Hyuk.
“Masih kot. Cedera parah agaknya. Padan muka. Tulah akibatnya menculik Sejeong. Senjata makan tuan,” balas Ken sambil menjengok ke tingkap wad bersebelahan dengan tempat mereka.
“Eh, dah pukul 1:00 tengah hari, jom balik!” ajak Ravi.