TIGA PULUH LAPAN.

Fanfiction - KPOP Completed 774

“Unnie, kenapa termenung?” soal Cikgu Seulgi dengan hairan. Dia menghampiri tempat Cikgu Hyoyeon.

“Ni, budak Chaeyoung bagi duit 10,000? untuk mansuhkan markah budak Laboum. Unnie rase tak sedap hatilah,” luah Cikgu Hyoyeon mempersoalkan pasal tadi. Cikgu Seulgi terperanjat mendengar luahan Cikgu Hyoyeon.

“Jadi, unnie kenak rasuah lah nie?” soal Cikgu Seulgi.

“Cikgu Seulgi-ssi, ni apahal?” Cikgu Irene tiba di tempat Cikgu Hyoyeon.

“Haa – Irene unnie, Ade orang merasuah Cikgu Hyoyeon. Saya terperanjat apabila dia cakap si Chaeyoung merasuah Cikgu Hyoyeon tu semata-mata nak mansuhkan markah budak Laboum,” Cikgu Seulgi membuka ceritanya. Cikgu Irene pula blur.

“Bila?” soal Cikgu Irene.

“Lepas kuiz Matematik,” balas Cikgu Hyoyeon.
“Haa~ cikgu terima ke tak?” soal Cikgu Irene.

“Saya terpaksa terima, tak nak budak tu kecik hati,” balas Cikgu Hyoyeon dengan bersalah.

“Unnie dah kenak rasuah sebenarnye. Kalau unnie mansuhkan markah kuiz tu dengan menerima wang sogokan daripada seorang pelajar, rasuah namanya. Cikgu terima wang tadi tu dikira salah di sisi undang-undang,” jelas Cikgu Seulgi.

“Yelah, lebih baik unnie jangan buat,” saran Cikgu Irene.

“Perbuatan itu menyalahi undang-undang sebagai guru,” sokong Cikgu Seulgi.

“Habis tu, nak buat apa dengan duit tu?” soal Cikgu Hyoyeon.

“Haa~ unnie kembalikan jer wang tu. 10,000? tu wang haram. Kita kena jujur dalam segala tindakan. Kalau tak, profession unnie sebagai guru boleh hancur tau,” nasihat Cikgu Seulgi.

“Saya juga jujur dalam memberi markah dalam kelas taekwondo. Budak GFRIEND berlatih dengan rajin. Saya kutip markah berdasarkan tahap kemampuan mereka. Selama ni, tak pernah dalam kerjaya saya sebagai guru dan jurulatih taekwondo menerima rasuah daripada salah seorang dari budak GFRIEND. Mereka terima markah dengan hati yang terbuka,” ujar Cikgu Irene.

“Macam tu jugak. Dia menilai berdasarkan tahap kemampuan budak taekwondo dengan amanah. Bukannya menerima rasuah,” ulas Cikgu Seulgi.
“Kalau ada bahagian serangan yang mereka lemah tu, mereka cuba baiki. Mereka berlatih sebaik saja tamat waktu sekolah. Cikgu hanya pemerhati sahaja. Cikgu menilai mereka sekaligus menasihati mereka agar perbaiki bahagian serangan atau tangkisan yang mereka tidak kuasai. Ini satu kemajuan untuk mereka buat dengan rajin dan jujur. Tahun lepas, Sowon dan Yuju telah dinaikkan pangkat memegang tali pinggang hitam dalam taekwondo. Mereka juga tidak pernah memberi rasuah daripada cikgu atau jurulatih professional luar negara untuk memenangi perlawanan. Macam tu saja,” jelas Cikgu Irene. Cikgu Hyoyeon mengangguk. Dia tidak mahu membatalkan markah geng Laboum.

“Kalau begitu, saya tak boleh terima rasuah daripada si Chaeyoung. Saya tetap beri markah kepada budak Laboum. Saya tidak akan sesekali mengulangi kesilapan saya. Terima kasih kerana menyedarkan saya. Mujur saya belum ‘marking’ apa-apa,” kata Cikgu Hyoyeon.

“Baguslah unnie dah sedar. Jadi, unnie teruskan menyemak dan memberi markah, tau,” ujar Cikgu Seulgi sambil tersenyum.

“Kalau begitu, saya balik dulu. Saya nak ‘marking’ kat rumah,” jawab Cikgu Hyoyeon sambil mengemas mejanya sebelum balik.

******

16 Mei. Hari Guru – Party!!! Kelas 5A.

“Cikgu Kim Taeyeon!! Happy Teachers’ Day!!” ucap para pelajar dari kelas 5A. Cikgu Taeyeon terharu sambil mengalirkan air mata.

“Oh my students!! I love you, boys and girls!!” kata Cikgu Taeyeon sambil terharu. Dia paling gembira.

“Cikgu, terimalah hadiah kami. Anggaplah ini sebagai ucapan terima kasih kepada kami semua,” ujar Baekhyun sambil menghulurkan hadiah kepada guru kelasnya. Geng EXO pelajar lain di kelasnya turut memberi hadiah kepada guru kelasnya. Sampai bertimbun dek banyak hadiah di atas meja guru.

“Wah, kamu semua ni baik sangat!” ujar Cikgu Taeyeon sambil terkejut. Ketika ini mereka mengadakan ‘pot luck’ sempena menyambut Hari Guru.

“Cikgu, N ade hadiah nak bagi cikgu,” ujar N sambil memberikan sekotak hadiah.

“Pediaa?” soal Cikgu Taeyeon sambil tangannya menerima sekotak hadiah dari pelajar kesayangannya.

“Tanya saya pulak. Bukak jelah, hehehe~” jawab N dengan senyuman yang ‘cute’ sangat.

Cikgu Taeyeon segera membuka hadiah. Dia terkejut mendapati buku sudoku sebagai hadiah.
“Cikgu, anggaplah ni sebagai tanda terima kasih kerana cikgu jaga saya mase saya demam hari tu,” ujar N. Cikgu Taeyeon memeluk N.

“Kamu pandai balas budi,” ujarnya. Siap Cikgu Taeyeon mengusap belakang badan N pulak. (Jangan jeles!)

“Cikgu bukan setakat cikgu kami, malah ibarat omma,” ujar N dengan mengalirkan air matanya. Pelukannya dilepas.

“Yelah. Tugas cikgu bukannya senang, cikgu banyak mendidik korang,” balas Cikgu Taeyeon sambil mengelap air matanya. Dia turut mengelap air mata N dengan hujung jarinya.

“Hmm,… cikgu dah lame tak main sudoku nie. Cikgu pernah main dulu ketika usia cikgu sebaya kamu. Cikgu pernah memenangi pertandingan sudoku kat sekolah tinggi,” balas Cikgu Taeyeon sambil melihat buku sudoku.

“Yelah, cikgu. Sekarang saya limitkan mase bermain sudoku. Tak naklah si Taekwoonie tu ‘ganas’ sangat sampai rampas buku saya. Saya kene jaga hati dia sebagai kawan sekaligus sepupu,” jelas N sambil menjeling ke arah Leo. Classmatenya sibuk menjamu selera.

“Cikgu, N-ssi, ape tunggu lagi! Jomlah makan!!” ajak Ken sambil tangannya memegang chopstick.

“Yelah yelah. Cikgu, jom makan sekali,” ujar N sambil tangannya mencapai chopstick.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience