TIGA PULUH TIGA.

Fanfiction - KPOP Completed 774

Dua hari N tidak hadir ke sekolah. Leo yang masih tinggal asrama tidak bebas untuk menjenguk sepupunya. Tapi sekurang-kurangnya dia dapat melawat N di bilik kesihatan hari itu. Dia hanya harapkan agar sepupunya sembuh.

“Leo-ssi, kami dengar berita yang kazen kau demam. Ape kes?” tanya Rapmon dalam dorm.
“Hmm… dia tu gian sangat main sudoku sampai pengsan. Kami lima puas pujuk Hakyeon. Tapi dia masih tenung buku sudoku. Tulah yang aku rasa nak hentikan dia dengan cara kasar. Kalau cara lembut tu tak boleh dipakai, nak tak nak kene guna cara kasar. Tapi, aku takde niat nak rampas buku sudoku Hakyeon. Aku just suruh dia berhenti jer,” luah Leo.

“Oh, kesiannyer,” Wonho bersuara.

“Aku hanya harapkan dia sembuh. Tu je,” balas Leo.

“Ermm… Kami nak ajak kau main bola sepak. Kau nak ikut tak?” tawar Suga.

“Takpelah. Aku tak nak ikut. Korang mainlah,” ujar Leo.

“It’s okay. Cakap kat N yang budak BTS, EXO, GOT7, TVXQ, dan Monsta X kirim salam,” kata Suga.

“Ye. Nanti aku sampaikan,” balas Leo.

Selepas kawan dormnya pergi, hanya tinggal Leo duduk dalam dorm. Kemudian dia mengambil tuala berwarna biru jernih. Dipeluknya tuala itu. Dia rindukan N. Dia rindukan saat dia membalut badan N dengan selimutnya yang tebal dan menghangatkan badannya.

“Hakyeonnie, aku rindu dengan kau. Seandainya aku tak tinggal asrama, bolehlah aku jenguk kau bila-bila masa,” ujar Leo sendirian sambil memeluk tualanya.

******
Di rumah N – bilik tidur.

“Honey, omma bawakan bubur untuk kamu. Bangun, honey,” kata Mrs. Cha sambil meletakkan dulang di atas meja tulis N. Dia mengambil kerusi dan duduk di sebelah katil N. Apalagi, N pun bangun dan duduk bersila di atas katil. Dia pun mengambil semangkuk bubur.

“Omma suapkan untuk kamu. Buka mulut, honey,” kata Mrs Cha sambil menyudu bubur lalu dihalakan kepada mulut N.

***
Selepas memakan bubur…

“Omma masih ingat kamu demam sebab appa kamu baru meninggal dunia. Dah tu kamu masuk bilik terus apabila omma nak suap kamu. Kamu kurung diri dalam bilik. Bila omma buka pintu, kamu terbaring macam tu je,” kata Mrs. Cha sambil mengelap mulut N dengan kain bersih.

“N masih ingat ketika itu. N masih kecil dan tak tahu apa-apa. Tak sangka appa tinggalkan N dengan cepat. Dan N masih rindukan belaian kasih appa,” balas N.

“Omma faham. Tapi lega sebab honey terima hakikat bahawa appamu tidak akan kembali buat selama-lamanya,” ujar Mrs. Cha sambil mengambil ubat dan menuangkan segelas air suam.

“Honey makan ubat, dah tu tidur,” katanya sambil menghulurkan ubat dan segelas air suam kepada N.

“Okey, omma…”

------
Esoknya… di stor sukan.

Geng-geng TWICE sedang menangkap geng Laboum lalu mengunci mereka di situ. Selepas itu, geng TWICE sedang ‘membakar’ geng Laboum. Chaeyoung, Dahyun dan Momo menuangkan minyak petrol sebelum membakar mereka. Manakala Sana, Mina dan Jeongyeon pula menuangkan minyak petrol di luar stor. Jihyo dan Nayeon pula mencucuhkan api.

Jeritan para member Laboum tidak diendahkan. Sowon dan Eunha baru keluar dari tandas terbau sesuatu yang terbakar.

“Sowon, saya terhidu bau hangus,” kata Eunha.

“Yelah. Saya pun terhidu jugak. Dari mana ia datang?” tanya Sowon. Eunha hanya ‘mengangkat bahu’.

Ketika itu Leo turut keluar dari tandas terhidu sesuatu yang hangus. “Bau terbakar tu datang dari mana?” tanya Leo kepada dua yeoja itu.

“Entahlah. Kami pun tak tahu,” balas Eunha.

“Hei! Stor sukan terbakar!! Palli!!!” jeritan Jackson sehingga loceng kecemasan dibunyikan oleh Jooheon.

“Cepat padamkan api!!” seru Ravi sambil membawa pemadam api. Hongbin dan Ken turut bergegas dengan membawa pemadam api. Cikgu Siwon dan Hyuk juga datang.

Leo, Sowon dan Eunha segera melihat stor sukan yang hampir hangus.

“Tolong!!! Kami dikurung!!!!” teriak para member Laboum meminta tolong. Leo terdengar suara orang meminta tolong.

“Cikgu!! Ada orang di dalam!” jerit Leo. Cikgu Siwon tersentak.

“Apa!! Dalam stor sukan tu ada orang ke?” tanya Cikgu Kyuhyun.

“Betul, cikgu. Ada orang di dalam tu. Cepat keluarkan mereka,” desak Sowon.

“Baik! Cikgu, jom kita padam api sebelum merebak,” kata Cikgu Siwon kepada Cikgu Kyuhyun.

“Kami nak tolong cikgu!” kata Jooheon. Semua pelajar lelaki membantu dua guru memadamkan api sebelum merebak cepat.

*****

10 minit kemudian…

Para member Laboum diselamatkan oleh Cikgu Siwon. “Kamu semua okey? Ade cedera?” tanya Cikgu Kyuhyun.

“Takde, cikgu. Terima kasih kerana tolong kami,” ujar Yujeong.

“Iye, sama-sama,” balas Cikgu Kyuhyun.

“Ini mesti kerja budak TWICE, cikgu. Kami nampak mereka dari jauh. Mereka tergamak membakar budak Laboum tu, cikgu,” kata Jooheon.

“Haish… kenapa mesti budak TWICE? Ini perlu dimaklumkan kepada pengetua dengan segera!” ujar Cikgu Siwon.

“Baiklah, segalanya sudah selamat. Korang semua balik ke kelas masing-masing,” arah Cikgu Kyuhyun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience