TIGA PULUH.

Fanfiction - KPOP Completed 774

“Omma! N dah balik~” jerit N sambil membuka pagar rumahnya. “Eh – Omma kat kedai jahit kot, jadi rumah pun berkunci! Adeh, lupa pulak,” katanya lagi. Lepas ni dia buka pintu rumahnya. Nasib baik dia bawa kunci rumah!

Selepas mandi dan makan tengah hari, N pergi ke kedai jahit untuk menemui ommanya. Dia mengunci pintu dan pagar rumahnya sebelum keluar. Kunci rumahnya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

“Ting! Ting!” pintu kedai jahit itu berbunyi. Ketika itu, Mrs. Cha sibuk menjahit baju yang pelanggannya menempah untuknya.

“Omma!!” panggil N selepas dia melangkah ke kedai jahit ommanya.

“Eh! Budak ni! Buat omma terkejut aje!” balas ommanya sambil tangannya terpegang fabrik.
“Kacau daun betulla honey ni,” katanya sambil meletakkan fabrik pada meja.

“Mianei, omma. N saje je nak lawat omma,” balas N sambil melabuhkan punggungnya pada kerusi kayu (stool) bertentangan dengan tempat ommanya meletakkan fabrik.

“Ha – sekolah macam mana honey?” soal Mrs. Cha sambil mengambil pola fabrik berwarna coklat.

“Sekolah kami ade aktiviti sepanjang Bulan Matematik dan Sains. Geng kami nak join pertandingan sudoku,” N memulakan ceritanya.

“Oooh… sudoku? N reti main sudoku ke? Tak nak main isi air lagi dah?” balas Mrs. Cha sambil mengambil gunting dan kapur untuk melukis pola jahitan.

“Tak naklah! Kami serik dah omma. Kami budak VIXX kena marah dengan Cikgu Hyoyeon sebab main tipu. Tu sebab Hongbin mandikan N, omma. Dahlah air tu sejuk giler!” jawab N.

“Ooh,.. patutlah. Omma masih ingat lagi,…”

*****

Flashback # di asrama lelaki Blok A (A1-1) – bilik mandi.

N dibawa oleh Leo di bilik mandi dekat asrama. “Kau masuk kat bilik mandi dulu. Nanti aku ambik tuala lebih untuk keringkan badan kau. Jangan lari! Siap kau,” pesan Leo kepada N. Salah satu bilik mandi dibuka pintu untuk N masuk.

“Kejap – kau bukak baju dan seluar kat sini jugak!” arahan Leo mengejutkan N. Biar betul!

“HAA!!! Kau nak aku bogel kat sini jugak ke?!!” tempelak N sambil terkejut. Leo menepuk dahi. Takkanlah dia nak bogel di hadapan sepupunya? Gila betul!

“Aniya! Maksud aku, kau masuk, dah tu kau bukalah baju!! Aku tak suruh kau telanjang bogel pun! Adeh!!!” jerkah Leo sambil menolak N masuk dalam bilik mandi. Pintu ditutup kasar. (Pendek kata lelaki pun perlu privasi jugak!)

Leo kembali dengan membawa tuala. Dia ketuk pintu bilik mandi. (N berada di dalam bilik mandi)
“Tok! Tok! Tok!” pintu diketuk. “Ya!! Taekwoonie!” jerit N.

“Nah, ni tuala!” ujar Leo sambil menyangkutkan tuala berwarna biru jernih pada pintu. Senang N capai tuala itu.

“Ambik baju aku jugak. Dah tu keringkan,” ujar N sambil menyangkutkan pakaian sekolahnya pada pintu.

“Okey!” balas Leo sambil mencapai pakaian sekolah kawannya. Lalu dia memasukkan ke dalam baldi.

“Dah pakai tuala tu, kau keluar dari sini. Dan tunggu kat katil aku,” kata Leo sambil memulas seluar N sehingga airnya kering. (Tali pinggang dikeluarkan)

Selepas itu, Leo mengantungkan pakaian sekolah N (termasuk tali leher), stoking dan kasut di ampaian dekat bawah cuaca matahari. Nasib baik hari panas terik!

N duduk di katil Leo. Dia masih selsema. Sebentar lagi Leo datang.

“Ah choo!” sempat pula N bersin. “Taekwoonie, jangan bukak kipas tu. Sejuklah,” pinta N. Baru saja jari Leo mencapai suis kipas siling. Dan Leo pula menghampiri N.

“Kau masih selsema? Kejap tau, aku cari ubat,” kata Leo sambil membuka laci almarinya untuk mencari ubat selsema.

“Nah, ambik ni,” kata Leo sambil menghulurkan ubat selsema kepada N. “Kasahaminda,” balas N sambil menerima ubat daripada Leo lalu memakannya.

“Ni jangan lupa,” ujar Leo sambil menuangkan air suam pada cangkirnya. Lalu dihulurkan kepada N. Lepas itu, dia meminumnya.

Leo mengambil selimutnya untuk membalut badan N yang menggeletar dek kerana air yang terlalu sejuk. Dia mengeluarkan tali pinggang dan tag nama ‘N’ dari poket seluarnya. Lalu dihulurkan kepada N.

“Ni tag nama kau dan tali pinggang,” ujar Leo. “Oh, aku lupak. Ambik ni,” ujar N sambil mengembalikan cangkir kepada Leo.

“Hakyeonnie, buat masa ni kau pakai baju aku dulu. Aku ade 5 pasang baju sekolah. Satu dekat ampaian dan satu lagi aku pakai sekarang. Aku bagi kau pinjam sepasang. Kau pakailah dulu,” ujar Leo sambil mengeluarkan sepasang pakaian sekolah bersaiz ‘XL’ kepada N.

“Biar betul kau ni. Baju sekolah aku saiz ‘S’, dan kau suruh aku pakai baju bersaiz ‘XL’? Kan baju kau tu besar sangat, badan aku kecik pulak tu,” balas N.

“Ala~ pakai jelah. Confirm muat punyalah. Tapi takpe jugak. Buat sementara waktu jer,” pujuk Leo sambil meletakkan pakaian sekolahnya di tepi katilnya.

“Yelah, yelah. Aku nak. Tapi bukan sekarang,” balas N.

“Macam mana? Selesa tak?” soal Leo sambil duduk di sisi N.

“Badan aku rasa hangat sikit,” balas N sambil kepalanya menyentuh bahu Leo. (Mengada-ada je NEO ni!)

“Ye ke. Kalau kau masih selsema, kau ambik jelah ubat aku. Lain kali aku beli ubat baru,” ujar Leo sambil tangannya mencapai bahu N. Bukan main lagi N selesa berada di sisi Leo!

Flashback ends… balik ke kedai jahit Mrs. Cha.

“Jadi, Taekwoonie nak N pakai baju dia. Dah cukup untuk membuatkan N terharu sangat,” ujar N. Dia masih ingat kejadian lepas. Ommanya mengangguk.

“Baik sangat dia tu nampaknya. Tapi, ni kisah tahun lepas,” kata Mrs. Cha sambil menggunting pola.

“Omma, N nak pergi ke kedai buku,” N meminta izin.

“Nak buat ape?” soal Mrs. Cha sambil membentangkan fabrik di atas meja.

“Beli buku sudoku. N kena belajar main,” balas N.

“Ye ke? Pergilah,” ommanya memberi keizinan.

******
Balik ke rumah N. Selepas beli buku sudoku.

Selepas makan malam, N duduk di meja tulisnya dengan buku sudoku di atas mejanya. Dia tengah selesaikan ‘puzzle’ sudoku. Ketika itu, Mrs. Cha datang ke bilik N.

“Honey main sudoku ke tenung buku sudoku?” tegur Mrs. Cha. Serta-merta N terkejut dengan kedatangan ommanya.

“Omma, N tengah siapkan puzzle sudoku tu. Tapi susah sangat sebab ada banyak ruang kosong tu,” kata N sambil menggaru kepalanya dengan pensel.

“Lah, apa susahnye honey. Honey kena isi nombor 1 – 9 pada setiap baris, melintang, dan satu petak yang mengandungi 9 nombor yang disusun rawak. Tak boleh ada nombor yang sama pada setiap baris, melintang (column), dan satu petak (3x3),” jelas Mrs. Cha.

“Oh, begitu ke…” balas N.

“Yelah. Sudoku ni permainan logik. Ianya ditunjukkan melalui pemikiran. Jadi, kita kena bersabar. Kena fikir yang mana satu nombor layak masuk ke dalam petak tanpa wujudnya nombor yang sama. Omma pernah main sudoku semasa masih sekolah dulu,” terang Mrs. Cha. N hanya mengangguk faham.

“Patutlah omma tahu tentang sudoku,” ujar N. Ommanya tersenyum.

“Yelah. Lepas main, kena buat homework kalau ada. Dah, omma pergi sambung jahit baju,” kata Mrs. Cha lalu dia keluar dari bilik anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience