Completed
803
“Aku geram dengan si Tzuyu ni. Berapa kali aku call dia, langsung tak diangkat. Kononnya dia tengah sibuk,” rungut Jihyo. Kawan-kawannya pun tidak gembira. Mina nampak sesuatu. Dia nampak geng Laboum duduk di pondok sekolahnya tidak jauh dari asrama.
“Itu budak Laboum. Jihyo, apa kita buat? Buli mereka macam biase?” soal Mina kepada Jihyo.
“Yelah. Alang-alang nampak mereka, jom kenakan mereka!” seru Jihyo dengan membuat langkah macam orang jahat.
“Ya! JOM!!” balas geng-gengnya yang lain. Tak cukup member pun takpe! Biarlah!
8 budak TWICE (kecuali Tzuyu) sedang memgambil tanah dan pasir lalu dimasukkan ke dalam pongkes (bakul untuk mengumpul tanah) serta batu-batu kecil. Selepas semuanya selesai, geng TWICE melangkah ke pondok sekolah dimana geng Laboum bersembang di situ.
“Hei budak kampung dan miskin! Aku bagi amaran dengan korang berlima. Jangan sesekali bagitahu cikgu tentang kegiatan kami. Kalau ingkar, korang tak akan selamat buat seumur hidup! Arasseo!!!” tengking Jihyo kepada 5 geng Laboum.
Geng Laboum hanya mendiamkan diri sahaja.
“Serang mereka!!” seru Momo lalu secara rasminya mereka mula menaburkan tanah dan pasir kepada mereka berlima. Geng Laboum tidak berani melawan. Biar macam tu je dibuli oleh budak TWICE. (Inilah nasib kumpulan yang ‘underated’)
*****
“Hyung!!” jerit Jungkook berlari mendapatkan hyungs.
“Kookie,” Jin menoleh.
“Korang pergi mana?” tanya Jungkook.
“Pergi ke bilik guru. Cikgu Kyuhyun minta tolong,” balas Jimin. Geng BTS baru melangkah ke lobi pentadbiran.
“Tolong apa?” soal Jungkook.
“Tolong…”
Flashback # Cikgu Kyuhyun di bilik guru.
****
“Jimin, mari sini sekejap,” panggil Cikgu Kyuhyun.
Jimin menghentikan langkahnya dan pergi menghampiri tempat Cikgu Kyuhyun. Dia baru sahaja menghantar buku latihan Matematik untuk kelas 3A setelah dikumpulkan dari setiap pelajar.
“Cikgu minta tolong ke?” kata Jimin.
“Ya. Boleh tak ajak geng awak datang ke sini. Cikgu minta tolong awak semua untuk stapler semua kertas soalan Geografi Tingkatan 3. Nanti saya bagitahu selanjutnya,” balas Cikgu Kyuhyun.
“Baiklah, saya akan bawak geng BTS sekaligus, termasuk Kookie,” jawab Jimin.
“Bawak mereka ke sini. Cikgu tunggu,” ujar Cikgu Kyuhyun.
*****
Flashback ends.
“Cikgu Kyuhyun minta tolong kita semua stapler semua kertas soalan Geografi Tingkatan 3. Jomlah, tolong sekali,” ajak Rapmon.
Mereka sampai ke tempat Cikgu Kyuhyun. “Baguslah awak datang. Sekarang cikgu nak nak kamu angkut kotak A4 ke tempat kamu. Satu kotak angkut 2 orang. Jangan lupa stapler dan dawai kokot di dalam bekas transparent. Kamu stapler ikut muka surat 1 – 15, termasuk bahagian muka depan soalan. Setelah selesai, simpan elok-elok dalam kotak. Kotak itu mesti dikembalikan ke meja cikgu semula,” terang Cikgu Kyuhyun.
“Baiklah, cikgu,” balas Rapmon lalu dia mula mengangkut kotak A4.
“Ada lagi tak cikgu?” soal J-Hope.
“Dalam kereta cikgu. Jom,” ajak Cikgu Kyuhyun. J-Hope, Jungkook dan V mengikut Cikgu Kyuhyun mengambil 4 buah kotak A4 selebihnya di dalam kereta Cikgu Kyuhyun.
“Cikgu, kalau kami ajak 6 geng VIXX boleh tak?” kata J-Hope. Mereka dalam perjalanan ke tempat letak kenderaan guru. “Boleh. Lagi cepat kerja korang. Panggil mereka nanti,” balas Cikgu Kyuhyun.
Selepas 10 minit, 6 buah kotak A4 serta beberapa kotak dawai kokot serta 11 stapler diletakkan ke atas meja kantin. Serta merta geng VIXX datang ke tempat mereka. (Siap berpegang tangan lagi tak ubah macam MV GFRIEND
Share this novel