TIGA PULUH ENAM.

Fanfiction - KPOP Completed 774

11 Mei. Pertandingan membina blok ala lego. (GFRIEND (Tzuyu + Yulhee), TWICE, BTS, MONSTA X, GOT7) Pukul 11:00 pagi.

*****

Para pelajar yang menyertai pertandingan itu berkumpul di dewan sekolah. Cikgu Taeyeon dan Cikgu Yeri mengagihkan satu set lego (20,500 keping) kepada setiap kumpulan. Sebelum mula, Cikgu Yeri memberi taklimat ringkas kepada para peserta. Dia bercakap melalui mikrofon.

“Okey semua. Korang duduk dalam bulatan. Kotak lego tu kamu letak di tengah dahulu. Sebelum menyertai pertandingan, pasti korang dah baca syarat pertandingan itu bukan? Kalau korang dah baca, maksudnya korang dah faham syarat itu. Jadi, telefon pintar kepada sesiapa yang bawak tu tolong tutup dan simpan dalam beg masing-masing. Kalau ade sesiapa yang bawak kamera tu, tolong keluarkan dan bagi Cikgu Taeyeon sebelum acara dimulakan. Masa yang diambil adalah 1 jam 30 minit. Bunyi wisel akan berbunyi sebelum mula dan tamat tempoh masa yang diberikan. Cikgu Taeyeon akan menilai setiap blok yang korang cipta. Blok yang paling tinggi, kukuh dan tidak runtuh maka kumpulan itulah pemenang. Hadiah akan disediakan. Hadiah sagu hati diberikan kepada kumpulan posisi selepas ke-3.”

Sebaik sahaja tamat taklimat, ada di kalangan pelajar yang terbawa kamera diserahkan kepada Cikgu Taeyeon dan menuntut selepas tamat acara ini. Selepas itu, Cikgu Taeyeon akan membunyikan wisel sebelum bermula acara.

“Bila cikgu bunyikan wisel ni, acara ini akan bermula. Okey semua, buka kotak lego tu bila wisel itu dibunyikan. Sedia,… Shi…..jak!!!” laung Cikgu Taeyeon sambil meniup wisel. Barulah acara ini dimulakan. Riuh rendah juga dibuatnya.

“Kita buat robotlah,” kata Sowon sambil mengeluarkan kepingan lego dari plastiknya.

“Apa kata kita buat kakinya, kemudian badannya, tangan dan kepala,” ujar Yuju sambil membahagikan kepingan lego kepada beberapa bahagian.

“Saya dan Tzuyu buat kakinya,” ujar Yulhee. Mereka mula untuk membuat kakinya.

“Kemudian, Sowon unnie dan saya buat tangan dan lengan,” kata Umji.

“Yuju dan saya buat badan robot,” celah Eunha.

“SinB, kita buat kepala robot,” ujar Yerin sambil mengumpul kepingan lego untuk membuat kepala robot.

“Nanti, kita gabungkan jadi satu robot,” celah Sowon.

Kumpulan GFRIEND termasuk geng tambahan, Tzuyu dan Yulhee membuat robot. Geng Monsta X pula membuat istana.

“Buatlah menara sampai empat. Dah tu, sambungkan pada bahagian tengahnya,” arah Shownu selaku ketua geng.

“Menara tu kena sama saiz ke?” soal I.M.

“Yelah. Pendek sama pendek, tinggi sama tinggi,” celah Hyungwon.

“Tak payah tinggi sangat. Pendek je dah cukup,” sampuk Wonho.

“Buat bahagian tengah bentuk sebijik macam kotak tisu,” kata Jooheon sambil tangannya lincah menyusun lego. (Mesti cepat)

“Janganlah menara tu pendek sangat. Tak pelik ke orang tengok,” ujar Kihyun.

“Yang bahagian luar tu buat ala istanalah. Tapi tak sama saiz. Kecik besar, kecik besar. Selang-selilah orang cakap,” ujar Minhyuk sambil mengumpul kepingan lego dan membuat bahagian luar.

“Mesti cepat, masa kurang sejam lagilah,” gesa Jooheon.

Geng TWICE membuat bangunan ala pangsapuri mewah. Mereka susun kepingan blok sehingga nampak sebijik macam pangsapuri mewah.

“Susun tinggi-tinggi bahagian luarnya termasuk yang bahagian dalamlah. Kita kena kalahkan geng-geng lain!” gesa Jihyo sambil tangannya lincah menyusun kepingan lego.

“Yelah. Kena kalahkan grup lainlah. Buatlah tinggi-tinggi tapi jangan sampai runtuh!” kata Dahyun sambil membantu Sana, Momo, dan Mina membuat bahagian dalamnya. Yang lain pula menyusun bahagian luarnya.

Geng BTS pula membuat hotel 5 bintang. Mereka bertungkus lumus untuk menyusun kepingan lego sehingga ianya sebijik dengan hotel 5 bintang.

“Susun kepingan blok lego tu elok-elok. Buatlah sampai bertingkat-tingkat,” ujar Rapmon sambil tangannya lincah menyusun kepingan lego untuk membuatkan hotel itu bertingkat-tingkat. Dia dibantu oleh Jungkook, J-Hope dan V.

“Atasnya kita buatkan bumbung rata,” ujar Suga sambil mengumpul kepingan lego dan membuat bahagian bumbungnya. Jimin dan Jin pun tolong Suga.

Geng GOT7 pula membuat rumah banglo yang mewah. Mereka juga bertungkus-lumus untuk membuat bahagian rumah dan gabung menjadi satu.

“Youngjae dan aku buat bilik ruang tamu,” ujar JB sambil tangannya ralit menyusun kepingan lego.

“Junior, Bambam dan aku buat bahagian bilik,” sampuk Jackson sambil membahagikan kepingan lego kepada beberapa bahagian.

“Mark hyung dan aku pulak buat bahagian bumbung,” kata Yugyeom sambil menyusun kepingan lego dan mencantumkan menjadi bumbung.

Tanpa disedari, 1 jam 30 minit sudah tamat. Cikgu Taeyeon membunyikan wisel menandakan tempoh masa sudah tamat.

“Berhenti sekarang! Duduk dengan mengelilingi blok yang kamu cipta,” arah Cikgu Yeri.

Cikgu Taeyeon menilai setiap kumpulan. Dia menghampiri kuumpulan GOT7.

“Siapa ketua geng GOT7?” soal Cikgu Taeyeon.
“Saya!” JB menjawab.

“Apa yang geng kamu cipta?” Cikgu Taeyeon menulis sesuatu dalam bukunya.

“Kami buat banglo, cikgu,” jawab JB.

Cikgu Yeri menyukat ketinggian bango itu dengan pita penyukat. Banglo itu tingginya 120 cm.
“Cikgu, bangunan mereka tingginya 120 cm,” ujar Cikgu Yeri selepas menyukat.

“Hmm… boleh tahan,” ujar Cikgu Taeyeon sambil merekod.

Kemudian, Cikgu Taeyeon pula beralih kepada geng GFRIEND.

“Siapa ketua geng di sini?”

“Saya, cikgu,” jawab Sowon.

“Korang cipta apa?” tanta Cikgu Taeyeon.

“Robot,” jawab Sowon. Lalu Cikgu Yeri menyukat ketinggian robot itu. Tinggi robot adalah 145.8 cm. “Cikgu, robot mereka tingginya 145.8 cm,” terus Cikgu Taeyeon merekod.

“Wah, tinggi betul,” kata Cikgu Taeyeon. Selepas itu dia menghampiri geng BTS.

“Cikgu, saya ketua di sini, Rapmon,” ujar Rapmon sambil mengangkat tangan.

“Baiklah, korang cipta apa?” ujar Cikgu Taeyeon sambil merekod sesuatu.

“Kami buat hotel 5 bintang. Tu cadangan J-Hope,” jelas Rapmon.

“Tinggi hotel mereka adalah 143.9 cm,” celah Cikgu Yeri setelah menyukat.

“Hmm… boleh tahan tinggi. Bagus,” jawab Cikgu Taeyeon sambil merekod.

Kemudian, giliran geng TWICE pula. “Cikgu, saya ketua TWICE, Jihyo,” ujar Jihyo dengan yakin.
“Awaklah ketua. Apa bangunan yang korang cipta?” soal Cikgu Taeyeon.

“Kami cipta pangsapuri mewah. Kami namakan TWICE expensive apartment!” jawab Jihyo. Cikgu Taeyeon terus merekod diikuti dengan Cikgu Yeri menyukat ketinggian pangapuri.

“Tinggi pangsapuri adalah 170.5 cm,” kata Cikgu Yeri. Terkejut Cikgu Taeyeon. “Amboi! Tinggi betul,” kata Cikgu Taeyeon sambil merekod. Kemudian, dia beralih kepada Monsta X.

“Siapa ketua geng Monsta X?” tanya Cikgu Taeyeon.

“Saya cikgu. Shownu,” jawab Shownu. “Kami bina istana Monsta X! Tu idea Jooheon,” terang Shownu. Cikgu Yeri sempat menyukat tinggi bangunan mereka.

“Tinggi istana mereka adalah 160 cm,” kata Cikgu Yeri. Cikgu Taeyeon merekod pula.

Cikgu Yeri membuat keputusan. “Baiklah, pemenangnya adalah geng TWICE!!”

Bersorak riang para member TWICE apabila diumumkan mereka adalah pemenang. ‘Grand prize’ sedang menanti mereka, dan Jihyo paling gembira sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience