DUA PULUH TUJUH.

Fanfiction - KPOP Completed 774

Cikgu Siwon masuk ke kelas 5C dengan membawa fail poket berwarna kelabu. Dia terkejut apabila melihat para pelajar di kelas itu enak bersembang.

“Kolot betul korang ni. Balik ke tempat masing-masing!” arah Cikgu Siwon kepada para pelajar kelas 5C. Apalagi, mereka segera balik ke tempat masing-masing.

“Cikgu nak bagitahu kamu sesuatu,” kata Cikgu Siwon sambil mengeluarkan sesuatu dalam fail poketnya.

“Apedia, cikgu?” Jooheon ingin tahu. Cikgu Siwon mengeluarkan sekeping kertas mengandungi kandungan menarik.

“Ada berita baik untuk kamu semua. Bulan Mei ini akan ada Bulan Matematik dan Sains. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan: Kuiz Matematik, Pertandingan Sudoku, Pertandingan menyusun blok-blok ala lego, dan banyak lagi. Dipendekkan cerita, semua pertandingan akan ada hadiah disediakan,” terang Cikgu Siwon.

“Besar ke tak hadiah tu?” tanya Youngjae.

“Bergantung kepada setiap pertandingan. Ketua panitia Matematik dan Sains, Cikgu Joy dah aturkan segala pertandingan. Hadiah tu belakang cerita,” jawab Cikgu Siwon.

“Cikgu, pasal pertandingan tu, semua pelajar ade peluang untuk menyertai ke?” tanya Mimi. Cikgu Siwon pun mengganguk tanda ya.

“Penyertaan terbuka kepada semua pelajar. Korang jangan risau. Tiada batasan untuk korang menyertainya. Free aje. Takpe, nanti kami akan uruskan,” kata Cikgu Siwon.

Tersenyum para pelajar kelas 5C apabila mendengar perkataan ‘free’ disebut oleh Cikgu Siwon.

“Free? Kami masuk pertandingan tu free je kan? Takde bayaran? Bestlah!!!” kata Jackson sambil gembira.

“Blom kamu nie. Cikgu tak habis cakaplah. Sabar dulu,” balas Cikgu Siwon. Classmate mereka ketawa terbahak-bahak.

“Jangan potong cakap cikgulah,” tegur Ravi.

“Senarai pertandingan akan ditampalkan pada papan notis di lobi akademik. Jadi, korang bolehlah tengok bila-bila masa. Butiran acara dan pertandingan turut ditampalkan pada notis jugaklah,” jelas Cikgu Siwon.

Para pelajar mula berhimpun pada papan notis tentang butiran pertandingan dan acara yang bakal diadakan sempena Bulan Matematik dan Sains.

“Wah, apesal ramai sangat pelajar ni girls?” tanya Sowon kepada geng-geng GFRIEND.

“Mereka sibuk tengok notis tu. Jom kita tengok,” ajak SinB.

Selepas melihat…

“Apa acara yang kita sertai ye?” tanya Yerin.

“Saya nampak pertandingan membina blok ala lego tu bestlah,” kata Eunha.

“Ye ke? Kita join nak?” ajak SinB.

“Apa syaratnya?” Yuju ingin tahu.

“Ini dia syaratnya,” kata Sowon sambil membaca syarat pertandingan untuk menyertai pertandingan membina blok ala lego.

------
Pertandingan membina blok ala lego.

Penyertaan: Terbuka kepada semua pelajar.
Syarat pertandingan:
1. Bentuk kumpulan (1 kumpulan 6 – 9 orang)
2. Tidak dibenarkan membawa lego dari rumah. (Pihak sekolah akan sediakan)
3. Gadget seperti telefon pintar dan kamera tidak dibenarkan sama sekali.

Berminat? Sila jumpa Cikgu Taeyeon untuk mendapatkan borang penyertaan. Isi dengan lengkap dan hantar selewat-lewatnya pada 5 Mei. Lewat hantar borang, penyertaan juga dibatalkan. Kasahaminda.
-------

“Macam simple je syarat tu,” kata Eunha.

“Macam mana girls? Nak join ke tak?” kata Sowon dengan memandang geng-gengnya.

“Ya!!” sahut yang lain.

“Ajak sekali Tzuyu dan Yulhee tau!” kata Umji.

“Nae~ siapa ajak kami?” tegur satu suara.

Yulhee dan Tzuyu datang menghampiri mereka.

“Eh, kebetulan pulak awak berdua datang. Kami nak ajak awak berdua untuk sertai pertandingan membina blok ala lego, korang nak ikut?” tawar Umji.

“Ya. Kami nak!!” balas Tzuyu dan Yulhee serentak.

“Daebak! Baguslah kalau korang nak. Jom kita jumpa Cikgu Taeyeon untuk isi borang,” ajak Sowon.

“Ok. Jom!!” sahut yang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience