EMPAT BELAS.

Fanfiction - KPOP Completed 774

Yulhee menerima SMS dari Yujeong. SMS itu tertulis:
Yulhee, kami nak cakap sesuatu dekat awak. Jumpa di taman pada pukul 3:00 petang.

Tepat pukul 3:00 petang, Yulhee tiba di taman. Dilihatnya Yujeong, Soyeon, ZN, Haein dan Solbin duduk dekat pondok itu. Yulhee menghampiri mereka.

“Ada apa?” soal Yulhee.

“Awak sangat rapat dengan Leo kan? Kenapa awak sering abaikan kami?” Soyeon pula menyoal.

“Manalah saya tahu. Saya tak permah masuk campur urusan orang lain, terutamanya awak semua,” balas Yulhee.

“Selama ni awak tak hiraukah pasal kami?” soal ZN.

“Pasal korang dipukul leh geng TWICE kat gelanggang bola jaring tu, saya cuma nak pertahankan, tapi saya tak mampu sebab unnie senior melarang saya,” jelas Yulhee.

“Kenapa?” Yujeong tak puas hati.

“Saya tak mahu jadi mangsa seterusnya. Saya tak mahu turut dipukul juga,” sambung Yulhee.

“Rasanya awak sering rapat dengan Leo setiap hari kan. Dan awak sering tak balik ke asrama. Kononnya awak menginap di rumah Leo pulak,” Haein turut menyampuk.

“Apa? Saya tak pernah pergi ke rumah Leo oppa, saya sendiri tak tahu alamat rumah dia. Macam mana saya pergi sana?” Yulhee mula mengalirkan air mata.

“Habis tu?” soal Solbin.

“Omma saya sakit jantung, dia masuk hospital. Saya dihantar oleh appa saya untuk menjaga omma saya. Bila omma saya dah pulih, barulah saya balik ke asrama,” terus terang Yulhee berbicara.

“Tipulah!!” bentak Yujeong dengan geram.

“Apa? Saya tak tipulah! Kalau unnie tak caya, unnie pergi tanya appa saya. Saya bagi pinjam handphone nanti. Unnie call jelah appa saya. Itu saje,” bela Yulhee. Yujeong terdiam.

“Unnie semua tak faham perasaan saya. Bila saya cari unnie semua untuk meluahkan isi hati, masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Takde sesiapa yang faham perasaan saya. Apatah lagi nak minta ajar subjek yang susah. Takde sesiapa yang tolong. Kecuali Leo oppa. Dia selalu tolong saya. Kami habiskan banyak masa dalam perpustakaan. Dia dengar masalah saya dan menasihati saya. Bahkan, semasa kami berdating, saya ceritakan masalah saya kepada dia sekaligus dia menjadi pendengar tetap. Leo oppa sangat memahami saya, bukan saja dia baik hati. Bukan macam kamu semua!” jelas Yulhee dengan panjang lebar.

“Sudah, berhenti berlakon, Kim Yulhee!!” marah Yujeong.

“Saya tak sangka, awak bela Leo daripada kami,” sampuk ZN.

“Kalau awak tak mahu berkawan dengan kami, cakap jelah!” kata Soyeon. Mukanya masam.
“Unnie semua pentingkan diri sendiri. ‘Selfish’ kata orang putih. Untuk pengetahuan unnie semua, tahun depan saya tak nak tinggal di asrama. Omma dan appa saya bersetuju dengan pilihan saya. Mereka tahu saya rapat dengan Leo dan dia tidak menghalang kehendak saya. Kalau unnie semua bencikan saya, takpe. Saya benci unnie semua!! Baik kita berpisah! Appa saya melarang saya bergaul dengan orang yang pentingkan diri sendiri,” kata Yulhee sambil mengalirkan air matanya. Dia menangis. Tak sangka mereka pentingkan diri sendiri. 5 unnienya tidak berbuat apa-apa. Lidah mereka kelu untuk berkata. Ini memang jelas kata Yulhee ada benarnya!

“Saya tetapkan pendirian saya. Mulai esok atau lusa, dan selama-lamanya, kita bukan lagi kawan! Saya letih jadi member Laboum. Lebih baik saya keluar dari geng Laboum! Jangan cari saya lagi. Kita dah putus!! Ini keputusan muktamad daripada saya sendiri, Kim Yulhee. Selamat tinggal,” ucap Yulhee sambil keluar dari taman itu dengan hati yang kecewa.

Yulhee segera pulang ke rumah dengan perasaan yang sedih dan kecewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience