EMPAT PULUH.

Fanfiction - KPOP Completed 774

24 Mei. Hari Penyampaian Hadiah. Majilis Penutupan Bulan Matematik & Sains di dewan sekolah.

“Okey, semua pelajar. Sekarang inilah masanya untuk penyampaian hadiah. Korang semua dah tertunggu-tunggu saat ini kan?” ucap Mr. Kwang Soo kepada para pelajar yang berhimpun.

“Ya, pengetua!!!!” jawab para pelajar secara beramai-ramai.

“Baik! Penyampaian hadiah dimulakan sekarang. Diminta Cikgu Joy, ketua panitia Matematik dan Sains untuk menyampaikan hadiah,” ucapan pengetua telah mempersilakan Cikgu Joy untuk menaiki pentas untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dia dibantu oleh Cikgu Wendy, penolong kanan hal ehwal pelajar.

“Ok! Sekarang penyampaian hadiah untuk pertandingan kuiz sifir. Diminta semua geng Gugudan untuk naik ke atas pentas dan menerima hadiah dan sijil penghargaan,” kata Mr. Kwang Soo.

Para member Gugudan menaiki pentas untuk menerima hadiah dan sijil penghargaan. Mereka berbaris mengikut nombor yang diwakili mereka. Hana orang yang pertama untuk menerima sijil penghargaan dan hadiah hamper. Diikuti oleh Soyee, Sejeong, Nayoung, Hyeyeon, Haebin, Mimi, Sally dan akhir sekali Mina.

Para pelajar bertepuk gemuruh. Kemudian pengetua pun meneruskan ucapannya. Sementara itu, para member Gugudan pun menuruni pentas dan kembali kepada barisan kelas masing-masing.

“Kita beralih kepada pertandingan sudoku. Diminta ketua geng dari Laboum, BTS, VIXX dan TVXQ untuk menerima hamper.”

4 ketua dari empat geng datang untuk menerima hamper setiap seorang. Yujeong (Laboum), Rapmon (BTS), N (VIXX) dan Yunho (TVXQ) menaiki pentas untuk menerima hamper sederhana besar dari Cikgu Joy. Selepas itu, mereka turut balik ke barisan kelas.

“Baiklah, kita beralih kepada pertandingan membina blok ala lego. Tempat pertama adalah TWICE, tempat kedua adalah MONSTA X, tempat ketiga adalah GFRIEND. Ketua setiap geng, sila datang untuk menerima hamper yang sangat besar. Manakala, tempat ke-empat adalah BTS dan tempat kelima adalah GOT7. Ketua setiap geng, sila datang untuk menerima sagu hati.”
Setiap ketua menerima hadiah. Jihyo, Shownu, Sowon, Rapmon dan GOT7 datang untuk menerima hamper atau sagu hati.

Akhir sekali adalah pertandingan kuiz Matematik. Kali ini lain sikit. Cikgu Hyoyeon akan memaklumkan markah untuk kuiz Matematik. Dia menukar tempat pengetua sebentar.

“Baiklah, saya akan memaklumkan siapa pemenangnya. Sebelum itu, saya mengumumkan markah untuk geng-geng yang terlibat; Laboum, MONSTA X, GOT7, LABOUM, EXO dan TWICE. Markah untuk semua pelajar dari nama geng yang saya sebut tadi semuanya dicampur dan digabungkan menjadi markah keseluruhan
mengikut geng. Berikut adalah markah individu dan markah keseluruhan:”

Para pelajar begitu terkejut. Geng-geng EXO sangat gembira. Mereka sangat gembira kerana mereka mendapat tempat pertama. Pada mulanya mereka gementar, tetapi selepas melihat keputusannya, barulah mereka menarik nafas lega. Tetapi geng-geng TWICE tidak gembira. Mereka hanya mendapat tempat terakhir dalam kuiz. Lagi teruk, CIkgu Hyoyeon tidak membatalkan markah geng Laboum seperti disangka. Cikgu Hyoyeon akan menerangkan bagaimana dia menyelesaikan masalah rumit berkenaan dengan pemarkahan.

“Para pelajar dah lihat sendiri kan? Geng EXO sekali lagi juara dalam kuiz Matematik. Tetapi geng TWICE hanya mendapat tempat terakhir. Dua sebab geng TWICE tidak memenangi adalah; Pertama – Mereka dapat markah yang sedikit sahaja. Kedua – Salah seorang memberi wang sogokan kepada cikgu supaya memansuhkan markah geng Laboum menjadi sifar. Orang yang mengamalkan rasuah adalah Son Chaeyoung. Sebab itu, markah dia saya sendiri mansuhkan menjadi sifar. Saya tidak mahu menerima wang haram sebanyak 10,000 ? kerana saya tidak mahu imej kerjaya saya menjadi guru tercemar. Saya tidak suka menerima wang sebegini kerana ini boleh menyalahi undang-undang menjadi guru. Sudah 4 tahun saya bergelar guru, ini kali pertama saya menerima wang sogokan. Mujur Cikgu Seulgi menasihati saya agar tidak menerima wang sogokan itu. Beliau yang membantu saya selesaikan masalah rumit, kerana dia merupakan guru Pendidikan Moral yang berkelulusan Master. Dia menuntut di United Kingdom selama 5 tahun dalam bidang kemanusiaan; Major Pendidikan Moral, Minor Kerohanian. Dia lebih berpengalaman tetapi dia lebih muda daripada cikgu. Oleh itu, saya sarankan agar pelajar sekalian tidak boleh memberi wang sogokan kepada guru untuk menjadikan kamu tempat pertama dalam kelas. Dan satu lagi, pelajar hendaklah jujur dalam segala tindakan. Kalau kamu dapat markah banyak tetapi tidak mengamalkan rasuah, itu sudah memandai. Kita perlu berusaha sendiri untuk memperoleh prestasi yang bagus dalam pelajaran, tanpa rasuah. Sekian, terima kasih.”

*****

Di luar dewan (selepas upacara penutupan)

“Jom, kita selfie dengan hamper ni,” ajak N kepada anak buahnya. Apalagi, berkumpulah geng VIXX dengan hamper di tengah-tengah.
“1, 2, 3!” Gambar selfie diambil serta-merta.
(macam mereka memenangi anugerah jer)

“Nanti post kat instagram tau!” kata Ken sambil memegang hamper. “Okey! Nanti aku post. Jangan lupa like!” balas N.

Geng lain turut melakukan perkara yang sama seperti geng VIXX.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience