DUA PULUH ENAM.

Fanfiction - KPOP Completed 774

Dewan sekolah. Perhimpunan pagi yang gempak dengan ucapan ‘rasmi’ dari VIXX!

“Wahai para pelajar sekalian. Hari itu kita dikejutkan dengan tragedi menculik Sejeong. Nasib baik 6 pemuda yang besar dan ‘giant’ yang menyelamatkan Sejeong daripada 3 geng TWICE yang jadi pembuli. Mereka bukan sebarangan namja. Mereka berani berdepan dengan geng pembuli. Biarpun cedera, asalkan Sejeong selamat daripada orang jahat. Inilah perwira yang kita sanjung! Dipersilakan geng V.I.X.X!!” laungan Mr. Kwang Soo disertai dengan tepukan gemuruh daripada para guru dan pelajar.

Geng VIXX disuruh naik ke atas pentas. Apabila berada di pentas, dapatlah mereka melihat para pelajar yang berhimpun macam semut! Gelilah~

“Bagaimana korang menyelamatkan Sejeong? Kongsikan bersama kami,” tanya Mr. Kwang Soo. Dia memberikan mikrofon kepada ketua geng, N.
“Annyeonghaseyo! Real V!” sahut N. “V.I.X.X. ibnida!” sambung geng-gengnya termasuk ketuanya. Jari mereka berbentuk ‘peace’ semasa menyapa.

N teruskan ucapan. Macam perdana menteri je.

“Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu pengetua kerana memberi peluang kepada kami untuk berkongsi serba sedikit tentang kejadian hari tu,” ucap N lalu mikrofon diberikan kepada Hongbin di sebelahnya.

“Nae~ Kami menerima sebuah bungkusan daripada pengirimnya, Kim Sejeong. Tapi kami mendapati ada kotak kecil sebijik macam album CD,” ayat Hongbin berhenti setakat ini sahaja. Lalu dia memberikan mikrofon itu kepada Hyuk.

“Nasib baik Leo hyung ade bawak laptop. Kami terkejut melihat video Sejeong diikat pada kerusi di stor sukan. Kami pun meluru ke tempatnya,” Hyuk berucap setakat ini dan memberikan mikrofon itu kepada Ravi.

“Kami mendapati Dahyun, Jihyo dan Chaeyoung datang dengan membawa senjata berbahaya. Niat mereka hendak menyembelih Sejeong macam kambing. Eeee…. Takut betul saya,” cara Ravi berucap dengan suara yang garau dan menakutkan. Mikrofon itu diberikan kepada Leo.
“Kami pun serang mereka dan Hyuk selamatkan Sejeong,” kata Leo lalu mikrofon itu diberikan kepada Ken.

“Haa-aaa~ Mereka sangat kejam!! Belachan!! Langsung tidak berperikemanusiaan! Belajar Pendidikan Moral pun tak pernah! Main kepalang ajar je. Kan N-ssi?” kata Ken lalu mikrofon itu diberikan kembali kepada N.

“Betul tu. Kami bukannya terer sangat dalam bab melawan orang. Bab tenung buku adelah. Tapi yang penting kena selamatkan yeochin Hongbinie sebelum melayang nyawanya. Sekian sahaja ucapan kami berenam. Kasahaminda. Jigeumkkaji! Real V!” N menutup ucapan. “V.I.X.X. yeossseubnida!!” sahut yang lain termasuk N. Jari mereka sekali lagi ‘peace’. Mereka menundukkan badannya secara 90°.
Para pelajar pun bertepuk tangan.

****

Di luar dewan… Geng BTS, EXO & VIXX bertemu. (VIXXO & BTIXX)

“Tahniah diucapkan kepada VIXX sunbaenim!!” ucap Suho disertai dengan tepukan gemuruh daripada geng-gengnya yang lain. Para member VIXX hanya menahan malu. Muka bukan main merah! Ahakss! VIXX tak pernah dipuji begitu ke?

“Kami sedar VIXX bukannya popular sangat macam korang semua. Kekuatan namja je penting,” balas N dengan mukanya merah sangat.

“Popular? Tu belakang kiralah sunbae!!” ujar Rapmon sambil merangkul bahu N.

“Betul. Yang penting keberanian. Popular tu belakang cerita!” sampuk Sehun.

Geng TVXQ, MONSTA X dan GOT7 datang. Mereka bertepuk tangan juga.
“Syabas! Korang semua sangat berani menghadap musuh!” puji Shownu kepada geng-geng VIXX.

“Kami kagum dengan keberanian korang. Gerenti budak TWICE tak berani nak kacau orang lagilah,” Changmin turut bersuara.

“Terima kasih kerana pujian yang melangit sangat,” balas Ravi dengan mukanya masih merah. Malu betul dipuji begitu! (Takkanlah VIXX tak suka disanjung tinggi?)

“Ala~ buat ape malu-malu? Man, korang layak dipujilah!” Jackson juga bersuara.

“Betul tu. Kami tahu latar belakang korang tak seberapa. Tapi korang melakukan kebaikan. Tu yang penting,” celah Bambam.

“Bukan macam yeoja samseng TWICE tu. Populariti yang tinggi menjadikan mereka sombong dan bongkak!” kutuk Chanyeol.

“Ya – betul! Populariti kami cukup tinggi, tapi kami pandai berubah,” celah Jimin.

“Tak kiralah geng korang ni popular ke tak, yang penting keberanian untuk menghadapi situasi yang mengemparkan!” sampuk Hyungwon.

“Eh, jom masuk kelas! Dah lewat ni. Nanti cikgu marah!” celah Jooheon sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

*****

14 hari kemudian…

“Hei, budak kampung!” ejek Sana kepada 5 geng Laboum yang berjalan di koridor Blok C. Sana, Momo dan Mina menghampiri mereka dengan muka meluat.

“Nak apa lagi? Tak puas ke korang buli kami?” soal Yujeong.

“Oh, kau tanya puas ke? Hello! Kami tak akan puas menyeksa korang yang miskin, yer,” kata Mina dengan angkuh.

“Kami dengar si Yulhee dah benci korang? Hahahaha!! Memang patut pun!” kata Momo sambil memegang kayu dari bengkel kemahiran hidup (kayu kerusi patah).

“Alololo,… kesianyer korang ni. Tengok keluarga si Yulhee tu orang kaya. Macam kami!” sindir Sana dengan jelingan maut.

“Betul tu. Yulhee dah benci korang kan? Sebab apa? Sebab dia tak pandang orang miskin dan kampung macam korang ni,” kata Mina disertai dengan gelak ketawa dari 2 gengnya.

“Walaupun Tzuyu dah berkawan dengan Yulhee, tapi kami biarkan saja mereka berkawan. Sama taraf, betul kan?” kata Momo lagi.

“Betul tu. Kami tak suka halang diorang. Itu urusan mereka berdua. Justeru, urusan kami adalah budak miskin macam korang!! Hahahahahahahahahahahaha!!!!!!” balas Sana dengan megah sambil gelak ketawa tak ubah macam orang iblis.

“Kau betul, Sana. Kami tak suka kacau diorang berdua sebab sama taraf. Kami biarkan saja Tzuyu tak nak kawan dengan kami. Jihyo dah tak marah lagi bila dia tahu Tzuyu berkawan dengan orang kaya macam si Yulhee tu,” balas Mina dengan mempersoalkan pasal ketua pembuli.

“Apalagi, jom belasah mereka!!!” seru Momo dengan melayangkan kayu jenis 2x4 kepada mangsa buli, iaitu, geng Laboum. Macam biasa mereka membelasah 5 geng Laboum tanpa belas kasihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience