Bab 1

Fantasy Completed 35136

Suasana di rumah kayu itu agak suram tidak seperti selalu. Teh Ariah dan suaminya Anjang Bulat bertengkar sebentar tadi. Isunya tentulah anak. Teh Ariah dan Anjang Bulat sudah tiga tahun berkahwin. Namun sehingga ke hari ini, pasangan tu belum juga di kurniakan anak. Pernah sekali Teh Ariah disahkan mengandung namun sudah tertulis bukan rezekinya, kandungannya gugur pada usia lima minggu.

Ini semua silapnya juga kerana terlalu teruja dengan perkhabaran gembira itu. Hingga mengabaikan keselamatan dan kesihatan diri. Mungkin juga kerana inilah kali pertama pengalamannya mengandung, dirinya tidak terjaga rapi. Kerja-kerja harian dilakukan tanpa memikir keselamatan kandungannya. Barang yang berat juga dipikul sendiri hingga dirinya letih.

Bukan Anjang Bulat tidak menasihat, tetapi Teh Ariah tidak sampai hati membebankan suaminya bekerja sendirian bagi menampung keperluan kehidupan mereka sekeluarga. Sudahlah suaminya itu bekerja di kampung saja dan pendapatan pula tidak tetap. Jika ada yang mahu memberi upah, barulah suaminya akan dibayar dan dari duit itulah dibuat untuk menampung makan minum mereka berdua.

Teh Ariah masih berjaga menjahit baju yang baru diterima tempahannya siang tadi. Cahaya lampu yang menyisip dari celah-celah tingkap dijadikan lamu buatnya menyambung jahitan. Tersalah jahit mahu jarinya tercucuk jarum dan luka. Anjang Bulat sudah pun tidur akibat kepenatan bekerja keras siang tadi. Tinggal Teh Ariah seorang diri yang belum tidur mahu menyiapkan tempahan jahitnya itu.

Entah mengapa jantungnya berdegup kerap apabila jarum jam berganjak makin hampir ke angka 12 tengah malam. Berdebar-debar seperti ada perkara buruk yang akan berlaku. Diperhatikan sekeliling namun tiada apa yang berbeza pada malam itu.

Teh Ariah berdiam diri. 'Mungkin itu hanya perasaan aku sahaja. Tak ada apa-apa yang pelik pulak dalam rumah ni. Mudah-mudahan tiada apa-apa yang buruk berlaku' Bisiknya dalam hati. Dipandang wajah suaminya yang sedang nyenyak tidur. Suasana juga semakin sejuk pada malam itu. Meremang bulu roma Teh Ariah apabila angin berhembus ke arahnya.

"Aaa...aaa...aaa...." ada suara orang sedang bersenandung sayup-sayup kedengaran di telinganya.

Teh Ariah menoleh ke belakang kemudian ke sisinya. Namun tidak ada sesiapa melainkan dirinya dan suami. Diintaina dari celah-celah tingkap jika ada orang yang alu di tepi rumahnya sambil bersenandung tadi, tapi tiada siapa juga.

"Siapa tu? Abang ke?" soal Teh ARiah ingin tahu dari mana suara senandung itu. Teh Ariah mengagak suaminya sengaja mahu bergurau dengannya. TApi, nampak dia memang benar-benar sedang lena. Tak mungkin!

"Abang, jangan main-main macam ni. Kalau nak buat lawak bukan masa ini. Saya nak siapkan jahitan ni cepat." katanya.

Teh Ariah melihat sekeliling lagi. Tiada orang, sunyi dan sepi. Jantungnya berdegup kencang.

"Abang... Jangan nak main-main. Tak lawak ni," kata Teh Ariah meninggi.

Dup!!! Tiba-tiba pintu bilik tidur tertutup dengan sendirinya. Teh Ariah terkejut. Suaminya yan sedang nyenyak juga terjaga. Segera Teh Ariah mendapatkan suaminya dan meninggalkan kain dan barang jahitan di tepi tingkap.

"Apa yang bising malam-malam ni? Cuba tutup pintu perlahan-lahan. Terkejut saya dibuatnya," marah Anjang Bulat kerana terganggu tidurnya.

"Bukan saya yang tutup pun. Saya menjahit di tepi tingkap tu," jelas Teh Ariah sambil tangannya menunjukkan ke arah tingkap.

"Habis tu, siapa pula yang nak hempas pintu tu malam-malam ni?," kata Anjang Bulat mendengus. "Sudahlah. Baik awak pergi tidur saja," arah Anjang Bulat apabila melihat Teh Ariah seperti ketakutan dan memeluk lengannya dengan kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience