Bab 4

Fantasy Completed 35136

Lama juga Teh Ariah berjaga selepas tiada yang menjawab dari luar pintunya. Lantas dia memeluk suaminya dan terlena...

Sekali lagi dirinya mengalami mimpi.

Teh Ariah berjalan ke arah pintu dan memulas tombol pintu biliknya bagi mengetahui gerangan yang mengetuk pintu biliknya tadi. Alangkah terperanjatnya dia tatkala melihat seorang gadis yang berbaju kurung, bertudung litup dan berselendang labuh serba putih. wajahnya cukup cantik seperti bidadari dan tersenym manis memandang wajahnya. Gadis itu seperti bercahaya dan berbau harum sama seperti yang dilihatnya dalam mimpi sebelum ini.

Kali ini, gadis itu datang sendirian tanpa harimau putihnya. Entah mengapa, Teh Ariah cukup senang melihat wajah gadis itu. Hilang rasa takut yang membelenggu dirinya sebentar tadi.

Mata gadis bercahaya itu memandang tepat ke arah Teh Ariah sambil tersenyum.

"Siapa kau?" soal Teh dengan perasaan teruja. Gadis itu masih tersenyum melihatnya.

"Bagaimana kau boleh berada dalam rumah aku? Siapa kau sebenarnya?" soal Teh Ariah lagi ingin mencari kepastian.

"Aku Puteri dari alam bunian," jawabnya ringkas dengan suara yang cukup lembut dan lunak.

Teh Ariah terpinga-pinga. Dia terasa dirinya seperti dalam mimpi tapi apa yang dilihat di depan matanya ini kelihatan bagai benar terjadi. Bukan mimpi!

"Aku tak percaya ada putei dan alam bunian," kata Teh Ariah memberanikan diri. Gadis itu masih tersenyum melihat gelagat tidak percaya Teh Ariah.

"Jangan nak main-main. Mengarut! Tak mungkin semua ini wujud. Kau hanya mainan perasaan aku sahaja," ujar Teh Ariah lagi walaupun dia agak gementar berkata demikian.

Teh Ariah tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh gadis bercahaya di hadapannya itu. Benarkah wujud alam bunian atau itu sekadar gangguan syaitan yang menyamar untuk menyesatkannya? Fiir Teh Ariah.

"Aku tak percaya kau wujud! Sila pergi dari sini, aku takmahu bergaul dengan kau," kata Teh Ariah lagi.

"Tak mengapa kalau kau tak percaya. AKu datang membawa khabar berita gembira untuk kau dan suami," jawab gadis bercahaya itu. Halus sungguh suaranya hingga Teh sendiri rasa terbuai dengan suara yang keluar dari gadis bercahaya itu.

"Apa yang kau cuba beritahu? khabar gembira tentang apa?"tanya Teh Ariah lagi.

"Sesuatu yang kau idam-idamkan selama ini akan datang pada kau dan suami. Tidak lama lagi... Jagalah diri baik-baik," pesan gadis bercahaya itu. Teh Ariah tidak dapat menangkap kata-kata yang cuba disampaikan. Dia terpinga-pinga lagi. Matanya menekur ke lantai memikir. Belum sempat dia mengangkat muka untuk bertanya, gadis bercahaya itu sudah tiada di hadapan mata.

"Apa yang..... kau maksudkan?" soal Teh yang tidak dapat dihabiskan kerana gadis bercahaya itu sudah lenyap dari pandangan. Terkebil-kebil Teh Ariah memandang sekeliling.

Apa benar tadi dia berbual dengan puteri dari alam bunian? Keadaan sekeliling kembali seperti biasa. Suasana sejuk dan berangin. Sepi dan sunyi. Kakinya bagaikan terlekat di hadapan pintu biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience