Bab 6

Fantasy Completed 35136

Anjang Bulat sudah keluar untuk bekerja pagi-pagi lagi. Teh Ariah pula hanya tinggal di rumah. Seperti biasa, dia sibuk dengan kain-kain yang dihantar oleh orang kampung untuk dijahit dan dijadikan baju. Dalam sibuknya dia menguruskan kain-kain itu, Teh Ariah rasa tak sedap badan.

Ditahannya juga rasa tidak sihat itu kerana mahu semua baju yang ditempah dapat disiapkan segera. Namun tidak semena-mena, Teh Ariah muntah-muntah hingga ke tengah hari. Anjang Bulat yang baru sahaja sampai di rumah mereka terdengar Teh sedang muntah di dapur.

"Teh, awak kenapa? Sejak bila muntah-untah ini? Saya tinggalkan tadi elok saja. Awak okay ke tidak?" soal Anjang Bulat bertubi-tubi kerana panik melhat Teh sudah tidak bermaya. Bibirnya juga pucat.

Anjang Bulat memapah Teh Ariah menaiki tangga ke ruang tamu. Teh Ariah belum mahu menjawab soalan suaminya tadi. Dia rasa cukup loya dan masih mahu muntah tapi ditahan.

"Awak dah pucat ni. Jom saya bawa awak ke klinik," pelawa Anjang. Dia bimbang melihat keadaan Teh. Teh menggeleng-gelengkan kepala.

"Tak apalah. Saya salah makan agaknya. Tak pun kerana badan letih kerana dah beberapa malam saya tidur lewat," katanya cuba menenagkan perasaan bimbang si suami.

"Tapi saya tengok awak ni dah pucat sangat. Risau pula saya. Marilah kita ke klinik. BUkannya jauh sangat dari rmah ni nak ke pekan," pujuk Anjang lagi supaya Teh Ariah setuju dibawa ke klinik untuk diperiksa oleh doktor.

"Eh, tak payahlah. Kita pun bukannya ada duit. kalau ke klinik, nanti berapa pulak kita dikenakan bayaran. Saya tak mahu abang susah payah," katanay perlahan.

"Tak apa, abang baru dapat duit dari PAk Aki tadi. InsyaAllah cukup untuk bayar duit klinik awak tu nanti. Dah jangan nak berdegil. Kalau awak tak sihat, abang lagi tak sanggup tinggalkan awak seorang di rumah dan keluar bekerja. BAik awak siap sekarang, kita ke klinik terus. Kalau dibiarkan, entah apa pula yang jadi nanti," katanya tegas setelah mengetahui Teh menolak kek linik kerana bimbangkan fasal duit.

Teh diam. Dia tidak mampu berkata apa lagi kerana suaminya sudah tetap mahu membawanya ke klinik. Anjang memapah Teh Ariah ke dalam bilik menukar pakaian dan membawanya ke klinik setelah meminjam kereta Pak Aki. Mujurlah Pak Aki mahu membantu. Jika tidak susah juga mereka pelu menunggu bas ke pekan untuk sampai di klinik.

*********

"Tahniah, puan mengandung sebenarnya," kata doktor yang merawat.

Teh Ariah dan suaminya, Anjang Bulat saling berpandangan. Mereka tersenyum gembira. sudah lama mereka menunggu berita gembira ini dan kini ia menjadi kenyataan. Teh ariah dipeluk dan satu ciuman mesra singgah di pipinya.

"Dah berapa bulan kandungan isteri saya doktor?" tanya Anjang Bulat dengan wajah cukup teruja.

"Kalau ikutkan pemeriksaan saya sudah lima minggu," jelas doktor itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience