Bab 8

Fantasy Completed 35136

Mak Limah datang menemankan Teh Ariah di rumah. Sempat juga Anjang brpesan supaya tolong menjagakan Teh Ariah yang sedang mengandung.

"Teh bersyukur sangat selepas disahkan mengandung ni. Tidak sabar rasanya menantikan kelahiran anak sulung kami," katanya tersenyum gembira kepada Mak Limah yang menemaninya di rumah.

"Alhamdulillah. Akhirnya doa kamu berdua dimakbulkan. Dah lama jugak kamu berdua menanti kelahiran cahaya mata. KAlau si Anjang tu tak gembira, tak adalah dimintanya Mak Limah ni datang sini temankan kamu sementara dia keluar bekerja," katanya. Teh hanya menganggukkan kepala.

"Saya ada sesuatu nak tanya MAk Limah," kata Teh teragak-agak.

"Boleh. Tanya aje lah. Kalau nak minta nasihat ke apa-apa, boleh sangat. Kita pun bukan bar hari ini kenal. Dah lama," kata MAk Limah selamba.

"Mak Limah pernah kena ganggu tak?"

"Ganggu? Ganggu macam mana? Siapa pula nak gangggu MAk Limah yang dah tua ni," kata Mak Limah kehairanan.

"MAksud saya kena ganggu dengan makhluk halus. Saya rasa saya ni kena ganggu dengan orang bunian, tapi entahlah. Nak percaya atau tidak saya sendiri tak pasti," ujar Teh Ariah cuba menceritakan apa yang tejadi kepadanya selama ini kerana Anjang tidak mahu melayannya apabila dia membuka cerita ini.

"Apa?" ulangnya.

"Saya rasa saya kena ganggu dengan orang bunian," jawab Teh sekali lagi.

"Kau biar betul? MAcam manakau diganggu?" tanya MAk Limah lagi.

"Saya dah banyak alami benda pelik Mak LImah. RAsa macam dalam mimpi je tapi bila saya ikir semula macam betul-betul terjadi. Apa yang saya nampak tu semuanya bukan macam dalam mimpi," jelas Teh Ariah bersungguh.

"Ke disebabkan kau terlalu banyak fikir, jadi kau membayangkan bukan-bukan?" kata MAk LImah Pula.

"Tapi Mak Limah, saya ras atak mungkin... sa.." Kata Teh Ariah dipotong segera. Tak sempat nak habiskan, Mak Limah sudah menyambung bicara.

"Minta bntuan dari Allah. Itu sahaja. Baca ayat-ayat al-Quran sentiasa. InsyaAllah dengan izinNya, semua gangguan yang kau bayangkan tu akan hilang. jika benarlah dia itu bunian, dia kaan berhenti mengganggu engkau," kata Mak Limah memujuk.

"Baiklah Mak Limah, saya cuba," ujar Teh dengan wajah yang muram.

*********

Tidak sukar menyelami kegembiraan yang dirasakan Teh yang bakal menimang anak sendiri. Kandungannya dijaga dengan penuh hati-hati, malah temujanji dengan jururawat tidak pernah diabaikan.

"Abang nanti temankan saya ke klinik untuk pemeriksaan ya," ajak Teh.

"jam berapa temujanji awak tu? Esok ke?" tnya Anjang lagi melayan karenah isterinya yang sedang mengandung. KAsihan pula jika dia tidak melayan.

"Esok jam 10 pagi. Kita Keluar awal sikit ya abang. Nanti maklumkan pada Mak Limah supaya tak payah datang jaga saya esok," kata Teh lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience