Bab 10

Fantasy Completed 35136

Gadis itu mengerat tali pusat, memandikan dan membalut tubuh bayinya. Gadis asing itu turut menunjukkan bayi itu kepadanya. Malah Teh Ariah sempat menyusukan bayi lelaki yang dilahirkan dalam keadaan serba tidak masuk akal itu. Saat gadis berkenaan membawa bayinya keluar, Teh cuba menghalang. Sayangnya Teh terus kaku tidak dapat berbuat apa-apa. Cuma air mata yang mengalir mengiringi pemergian anak yang baru dilahirkan.

"Jangan ambil anak saya," kata Teh ARiah diiringi air mata yang mencurah-curah.

Belum sempat menghalang, gadis itu sudah hilang ditelan kabus. Panahan cahaya menusuk-nusuk mengenai dirigadis yang berpakaian serba putih itu. Keadaan di sekeliling yang kosong berubah sekelip mata. Dari tiada apa-apa, kini dia berada di biliknya semula.

Tidak mengerti apa yang telah terjadikepadanya. Akibat terlalu berduka cita, Teh Ariah pengsan.Adakah peristiwa ini hanya mimpi atau pun khayalan semata? Pelbagai soalan membelengu fikirannya tatkala itu.

"Anak aku... Anak aku..." Teh Ariah meracau. Anjang Bulat yang berada di sisinya mengusap lembut kepala Teh. Semua yang berada di situ hairan emlihat Teh Ariah.

"Teh, sedarlah sayang," kata Anjang menggerakkan tangan Teh, dia juga bingung dengan apa yang telah terjadi. Semua mata memandang ke arah Teh untuk mendapatkan jawapan daripadanya.

"Anak aku... Mana anak aku?" laju sahaja Teh Ariah bertanyakan keadaan anaknya. Ramai yang terejut engan pertanyaan itu kerana perut Teh sudah kempis dan bayinya sudah tiada di situ. Suasana di biliknya hening seketika. Mereka seakanakan tidak percaya. Adakah Teh waras ataupun sebaliknya? Fikir mereka.
Teh menundukkan wajahnya. Dia hanya ingin tahu sama ada anaknya masih ada dan benarkah dia benar-benar bersua dengan puteri bunian lagi atau sekadar bermimpi.

"Teh, dari mana awak dapat selendang putih ini? Warna putihnya lain macam, wangi pula tu." Sampuk Mak Limah menghulurkan selendang itu kepada Teh Ariah.

Teh menyambut huluran itu danmengamatinya. Dia mencium selendang yang harum ini. benarlah dia telah bertemu dengan puteri bunian. Haruannya sama dengan bau yang diciumnya sebentar tadi.

Teh Ariah memeluk kemas selendang putih yang harum semerbak itu. Pertemuannya bukan mimpi tapi memang benar terjadi.

**********

Jururawat yang sepatutnya menemani Teh Ariah di bilik tiba-tiba tersedar dan panik apabila melihat Teh sudah selamat melahirkan anak tetapi bayinya tiada. Bidan yang kembali semula ke bilik juga terkejut kerana Teh Ariah sudah bersalin.

Dia bertanya kepada Teh apa yang berlaku kerana perlu membuat laporan kepada pihak hospital tetapi Teh sendiri kebingungan. Teh Ariah masih ingat bagaimana jururawat berkenaan seperti hilang punca. Beberapa kali dia berkata kepada diri sendiri: “Macam mana aku nak buat laporan kepada hospital? Pesakit sudah bersalin tetapi bayi tiada.”

Dia juga hairan mengapa dia boleh tertidur. Jururawat berkenaan bertanya Teh Ariah apa yang berlaku tetapi Teh cuma boleh menceritakan apa yang berlaku ketika dalam keadaan sedar dan tidak. Teh jadi seperti orang hilang akal selepas peristiwa itu. Namun setiap malam Jumaat, anaknya akan dibawa berjumpa Teh Ariah dan menyusukan bayi itu. Cuma pada waktu itulah dia berkesempatan menemui anaknya. Itu pun berlaku seolah-olah dalam mimpi tetapi dapat rasakan dia menyusu.

Keadaan itu berlanjutan sehingga anak lelakinya itu berusia dua tahun dan sehingga sekarang Teh tidak pernah lagi bertemu dengan anaknya yang dibawa orang bunian memasuki alam mereka. Teh Ariah juga tidak pernah mengandung lagi. Akhirnya dia dan Anjang Bulat mengambil dua orang anak angkat sebagai penyeri rumah tangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience