Bab 5

Fantasy Completed 35136

"Teh... Apa yang awak buat tercegat depan pintu ni? Mengigau sambil berjalan pula dah ke sekarang ni?" soal Anjang Bulat apabila melihat uisterinya sedang berdiri statik di hadapan pintu bilik mereka tanpa berkata apa-apa. Hairan dibuatnya kerana sebelum ini isterinya tidak pernah berkelakuan seperti itu apatah lagi mengigau, berjalan dalam tidur.

Teh Ariah tersedar. Dia membuka matanya dan mendapati dirinya berdiri di hadapan pintu biliknya seperti yang berlaku dalam mimpinya. Dia menggelengkan kepala. Dilihatnya jam sudah pukul 4 pagi. Dia kembali kepada suaminya yang masih kelihatan kehairanan dengan kelakuannya sebentar tadi.

"Saya bermimpi kot tadi abang. Jangan risau, saya tak apa-apa. Marilah kita tidur semula," kata Teh Ariah mahu menenangkan suaminya yang kehairanan. Anjang Bulat hanya mengikut. Lagi pun dia sendiri masih mengantuk. Teh Ariah tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya masih menerawang dengan kehadiran gadis bercahaya itu dan kata-katanya tadi.

Selesai solat subuh, Anjang Bulat keluar untuk mencari rezeki. Sejak petang semalam, Pak aki sudah memintanya ke rumah untuk menebas lalang yang sudah meninggi di halaman rumah. Selesai menebas lalang tinggi itu nanti, adalah habuan yang diberikan Pak Aki.

Siang itu, Teh Ariah diganggu lagi. Suara orang bersenandung didengrrinya lagi tapi kali ini dari bahagian belakang rumah.

Teh yang semasa itu sedang ralit memasak kelam kabut meninggalkan ruang dapur dan berlari menuju ke ruang tamu. Diliatnya di luar tiada siapa pun yang melalui rumahnya. Suara senandung itu pula sama seperti yang pernah didengarnya sebelum ini. Tidak syak lagi!

"Kenapa terjenguk-jenguk begitu Teh?"soall Mak Limah yang kebetulan melalui rumahnya. Pertanyaan itu mengejutkan Teh Ariah.

"Saya dengar suara perempuan bersenandng tadi Mak Limah. Tu yang jenguk luar. Nak tahu siapa yang menyanyi. Mak Limah ke?" kata Teh ARiah.

"Eh tak lah, Mak lImah baru je nak lalu depan rumah kau ni. Mak imah tengok kau terngendap-ngendap macam tu, yang Mak Limah berhenti bertanya kenapa. Mak Limah ni tak pernah nak nyanyi-nyanyi sambil berjalan. Kalau suara sedap tak pe juga. Ni nak pergi karaoke pun tak lepas. Kasihan orang dengar," kata Mak Limah cuba membuat lawak. Teh ariah terus tersenyum geli hati.

"Tak pe lah kalau bukan Mak Limah. Saya tanya je," ujar Teh.

"Mak Limah nak ke mana ni? Keluar cantik-cantik tengah hari rembang ni ?" tanya Teh lagi.

"Mak limah nak balik rumahlah. Tadi ke pekan kejap. Ni baru nak balik," kata Mak Limah tersenyum manis. Teh ariah mengangguk-angguk.

"Tak pelah. Mak Limah balik dulu ya," kat MAk Limah untuk berundur pergi.

"BAiklah. Jalan elok-elok. Senang-senang nanti, singgahlah," pelawa Teh lagi. Mak Limah sudah dianggapnya seperti ibu sendiri. Wanita tua ini banyak membantunya keika susah dulu. Lebih-lebih lagi ketika dia keguguran. wanita inilah yang membantunya berpantang. mak Limah pun sudah tinggal seorang dan dia juga gemar membantu orang kampung yang dalam kesusahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience