Bab 7

Fantasy Completed 35136

Selepas mengetahui berita gembira itu, Teh Ariah dan Anjang Bulat pulang ke rumah dengan gembira. Tidak lekang senyuman dari bibir kedua-duanya. bagaikan tidak percaya, Teh Ariah mengandung lagi dan inilah peluang mereka untuk bergelar ibu dan ayah.

"Terima kasih sayang. Abang sangat gembira dengan berita baik ini. Akhirnya kita akan jadi ibu dan ayah. Abang janji akan kerja dengan lebih kuat lagi untuk menampung kehidupan kita sekeluarga. Kali ini abang mahu awak jaga diri dengan baik. Tak perlu menjahit lagi higga ke tengah malam ya. Pastikan awak sentiasa sihat," kata Anjang panjang lebar menasihati isterinya.

"Baiklah abang. Saya aan jaga diri. Tapi bagilah saya habiskan semua tempahan yang diterima. Kesian pulak saya lihat orang kampung kalau saya tak dapat menyiapkan baju-baju mereka," ujar Teh Ariah.

"Baiklah. Abang akan minta Mak Limah ke rumah menemani awak bila abang keluar bekerja ya. Abangtak mahu lagi perkara dulu menimpa awak sekali lagi," katanya mengimbas kejadian pahit yang berlaku dulu. Teh Ariah hanya mengangguk setuju kerana dia juga bimbang jika kejadian buruk yang sama berulang kembali.

*********

Teh Ariah ke bilik air untuk mandi. Namun selesai sahaja mandi, dia dapati tuala yang disangkut di pintu tadi sudah tiada di tempatnya. Pelik! Seingatnya tadi, dia membawa sekali tuala mandinya. Tapi sudah tiada lagi tersangkut di pintu.

Sudahnya, Teh melaung nama suaminya unuk mengambilkan tuala. Tambah pelik apabila Tualanya itu tidak ada juga di bilik.

"Saya tak nampak pun tuala awak di bilik. Mana awak sangkut?" soal Anjang. Bengang apabila tuala yang diminta tida di tempatnya.

"Kalau tak jumpa, abang ambil saja tuala yang baru di dalam bilik. Saya pun tak pasti di mana tuala tu," balas Teh Ariah. Dia tidak mahu suaminya terus mencari tuala yang hilang entah dimana letaknya. Dia sendiri pun bingung memikirkannya.

SEtelah keuar dari bilik air, Teh Ariah pula mencari tualanya di dalam bilik.Dia tidak puas hati kerana tuala itu tiada di tempat yang sepatutnya.

Jenuh mencari akhirnya Teh terlihat hujung tuala di kaki katil. Dia menunduk untuk melihat dan sahlah tualanya ada di bawah katil.

"Eh, cahaya apa pula ni?" soalnya dalam hati apabila melihat ada sekilas cahaya bergerak ketika dia menunduk untuk mengambil tualanya itu.

Pelik dia tidak pernah meletakkan tuala di bawah katil jadi bagaimana ia boleh berada di situ. Malah seingatnya lagi, dia ada membawa bersama ke bilik air dan menyangkutnya di pintu bilik air namun lesap begitu sahaja dan muncul di bawah katil.

"Abang ada letak tuala di abwah katil ke?" tanya Teh.

"Buat apa pula abang buangtuala di bawah katil. Siapa punya kerja tu? Kalau bukan saya dah tentulah awak!" kata suaminya geram.

"Tapi buat apa pulak saya nak buat begitu. Siapa punya kerja ni?" Teh Ariah mengomel geram apabila suaminya menuduh begitu.

"Tak payah difikirkan sangat. Awak tu mengandung, banyak fikir benda bukan-bukan ni tak elok. Saya bimban nanti awak yang sakit ke apa. BAsuh sajalah tuala tu. GUna yang baru Habis cerita," katanya tidak mahu melanjutkan perbualan dengan isterinya tentang kehilangan tuala sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience