Bab 9

Fantasy Completed 35136

"Kena makan sayur pahit ye Mak Limah supaya senang melahirkan? Baiklah. Saya ikut," kata Teh apabila Mak Limah menyarankan dia mengambil makanan sayuran tertentu. Apa saja petua demi memastikan kandungan sihat, asalkan tidak melanggar syarak, Teh ikut. Semuanya bagi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sempurna.

"JAngan duduk berehat sahaja. Jalan-jalan sikit. Susu yang MAk Limah bawa tu jangan lupa minum ya," pesan Mak Limah lagi sebelum meinggalkan Teh Ariah yang sedang sarat mengandung apabila Anjang sudah pun pulang dari kerja.

*******

Penantian Teh tiba di penghujung pada satu petang Khamis. Sakit yang dialami di sekitar pinggang dan perut tidak pernah dialami sebelum ini. Namun kesakitan itu masih tidak dapat menandingi kebahagiaan yang menyelubungi Teh dan suami. Mereka bakal menimang anak sendiri. Biar perit menahan sakit, Teh Ariah tidak kisah kerana keinginan memeluk anak sendiri lebih mengujakan.

Erangan serta rintihan kedengaran dari dalam bilik. tidak tertahan rasanya kesakitan yang dialami. Segenap dirinya bagaikan dicucuk-cucuk dengan jarum nan halus. Pada masa yang lain, rasa kebas turut di rasai di seluruh badan. Yang pasti rasa yang tidak menyelesakan itu menyakitkan Teh Ariah.

Lantaran terlalu sakit, Teh Ariah berbaring saja dalam biliknya. Teh memilih untuk melahirkan anak di rumah. Jururawat tidak membantah kerana Teh tidak mempunyai masalah sepanjang mengandung. Kesihatan juga baik. Jadi, tiada masalah untuk melahirkan anak di rumah. Persiapan sudah dilakukan.

“Dari petang membawa ke senja, sakit Teh semakin berat. Teh sudah pun berada dalam bilik yang sudah dikemas untuk tujuan itu. Jururawat turut menemani Teh di dalam bilik itu," kata bidan yang datang ke rumah untuk membantu Teh Ariah bersalin. Anjang BUlat jadi resah. Dia bimbang jika ada apa-apa yang buruk berlaku pada isterinya itu.

"Mak bidan lakukanlah apa yang patut, saya terima asalakan isteri dan anak aya selamat," kata Anjang. Berpuluh-peluh di dahi Anjang menahan kerisauan tentang keadaan isterinya. Bidan itu mengangguk faham.

Teh tiba-tiba terbau haruman yang begitu menyegarkan. Haruman yang tidak pernah dihidu sebelum ini. Teh Ariah bertanya kepada jururawat yang menemani sama ada dia tercium bauan itu.

Soalan Mak Teh tidak berjawab kerana rupa-rupanya dia tertidur. Rasa marah terbit juga kerana dalam keadaan Teh yang semakin sakit hendak melahirkan anak, jururawat tertidur. Dalam keadaan menahan sakit dan marah itulah Teh Ariah seolah-olah berada di satu alam yang Teh dapat rasakan berada dalam keadaan antara sedar dan tidak.

TErpinga-pinga dirinya kala hadir seorang gadis yang sungguh cantik dan bercahaya. Rupa parasnya baik. Teh Ariah teringat bahawa dia pernah bertemu dengannya sebelum ini.

Gadis bercahaya itu memerhatikan Teh yang resah-gelisah. MEnyedari dirinya diperhatikan, gadis itu membalas pandanga dengan pandangan curiga. Tiba-tiba sahaa perutnya sakit dan rasa sengal.

"Bagaimana keadaan kau sekarang?" tanyanya dengan suara yang cukup halus dan lunak.

"Siapa kau hah? Mengapa kau ada di sini?" soal Teh Ariah dalam nada meninggi. Tubuhnya berasa sengal-sengal seperti bayi mahu keluar dari kantung rahimnya.

"JAngan begitu, Bayi kau dah nak keluar. Cuba kau teran sekali lagi," katanya. Teh ariah mengikut dan keluarlah bayinya. Batinya bayi lelaki. Gadis itu mengambil dan memangkunya dalam dakapannya. Teh ariah sempat melihat wajah anaknya. namun akibat keletihan, dia ttidak berdaya mahu mengambil semula anaknya itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience