Bab 3

Fantasy Completed 35136

Sudah lima hari Teh Ariah tidak lagi diganggu dengan mimpi pelik. Dia cukup bersyukur kerana gangguan yang dialaminya itu bersifat sementara. Dia kembali dengan aktiviti rutin meneruskan kerja-kerja menjahit tempahan pakaian yang diterima. Sejak keguguran sebelum ini, dia sudah tidak lagi melakukan kerja berat. Sebab itulah dia menerima tempahan menjahit pakaian kerana banyak masa yang boleh dihabiskan dirumah tanpa perlu keluar dan bersusah payah membanting tulang.

Anjang Bulat juga sudah tidak membenarkan dirinya bekerja keras. Biarlah dia seorang yang bekerja di bawah terik matahari tetapi bukan isteri yang disayanginya itu.

Setelah selesai makan malam bersama Anjang Bulat, Teh Ariah kembali menjahit sisa pakaian yang belum disiapkan lagi. Anjang Bulat menemani isterinya menjahit sambil dia sendiri menjahir jala yang telah berlubang kerana menangkap ikan siang tadi.

Selesai itu, dia duduk di sebelah melihat Teh ariah menjahir tak henti-henti hingga dia sendiri naik bosan dan terlena.Ralit menjahit, Teh Ariah tidak sedar sudah pun jam 12 tengah malam. Biar pun sudah mengantuk dan menjahit tersenguk-senguk, dia tetap meneruskan jahit.

Teh Ariah masih lagi setia menjahit di tepi tingkap bertemankan cahaya yang menyisip dari celah-celah jendela. Jika ingin mendapatkan bayaran cepat, dia mesti berusaha dengan gigih untuk menyiapkan tempahan yang diterimanya walaupun dia terpaksa berjaga pada lewat malam seperti itu.

"Aduh!" Jari Teh terluka akibat tercucuk jarum. Matanya yang mengantuk itu terus segar. Darah merah keluar dari jarinya itu lantas dia memasukkan jarinya ke dalam mulut untuk menghentikan pendarahan.

Selang beberapa minit, lampu diluar biliknya berkelip-kelip secra tiba-tiba. Bunyi tapak kaki juga kedengaran dari luar biliknya. Teh menelan air liur. Di acuba menangkap bunyi tapak kaki itu. Dia mendiamkan diri daripada bersuara kerana bibang sesuatu yang buruk berlaku seperti sebelum ini.

Teh Ariah rasa tidak senang hati. Dia berhenti menjahit dan mendekati suaminya yang sudah terlentok di sebelahnya. Dia masih memasang telinga mendengar setiap langkah tapak kaki itu. Dia sudah pun rapat dengan suaminya.

Selepas bunyi tapak kaki itu melalui biliknya, bunyi itu berhenti serta-merta. Tubuh Teh menggigil kerana ketakutan. Badannya kaku. Nafasnya naik turun dengan deras. Walaupun cuba mengejutkan suaminya dari tidur, berat pula mulutnya rasa untuk bersuara ketika itu.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik mereka diketuk dari luar.

Teh ariah mendiamkan diri. Menitik peluh dari dahinya tatkal itu. ketukan pintu masih lagi kedengaran tetapi tidak pula dia mendengar bunyi pintu terkuak. Bunyi tapak kaki kedengaran semula. menghampiri pintunya sekali lagi. Teh ariah menelan air liur. Dia takut memikirkan apa sahaja kemungkinan yng bakal berlaku.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu dari luar biliknya. Bunyi ketukan itu lebih kuat daripada ketukan yang pertama tadi.

Bulu romanya meremang saat itu. Teh masih diam terkaku. Peliknya suaminya masih boleh lena seakan tidak mendengar ketukan yang bertubi-tubi di pintu. Lengan suaminya di pegang sekuat mungkin. Ingin mengejutkan suaminya, suaranya pula tidak terkeluar.

Kini tombol pintunya pula dipulas seseorang dari luar.

"Sia..pa..?" soal Teh ariah dengan suara tersekat-sekat.

Tidak berjawab.

"Siapa?" soal Teh Ariah sekali lagi.

Kekal tidak berjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience