BAB 6

Romance Completed 14843

Petang tu, sebelum balik, maria datang ke meja ku dengan sejambak bunga
di tangannya.

“Heres another one for you, untung betul kau ni tak macam Syed, aku
merajuk pun jangan kata nak kasi bunga, pujuk pun tak sudi”.

“Syed tu bodoh kalau dia pujuk kau”.

Aku bergurau.

“Apa punya kawan kau ni, bukan nak backing kawan. Dektu lagi ke yang
kasi. Semenjak dua menjak ni aku tengok kau bukan main banyak lagi
admirer. Ok aku nak balik. Syed dah tunggu kat bawah. Kau nak turun
sekali tak?”

“Tak, kau turun dulu lah, aku nak kemaskan ni sikit”

“Nak kemas ke, nak tunggu telefon”.

Maria mencelah dan terus melarikan diri. Aku sempat melemparkan pen ke
arahnya. Dia tersengih sengih.

“This is for the sick girl. Get well soon. Take care” Hans.

Dia ni dah banyak duit sangat ke, kalau tak tahu belanja kasi aku kan
lagi bagus. Aku biarkan bunga bunga itu layu di meja.

“Maria, today aku tak join kau lunch. Aku ada appointment kat daerah
geylang, so aku solat jumaat di Darul Aman aja. Kalau si botak tu tanya,
kau pandai pandailah cover. Aku mungkin lambat sikit”.

“Yes maam, habis kalau si mat handsome tu yang tanya, aku nak cakap apa”

“kau cakap aku dah mati”.

“Tak baik kau lia, orang tu ikhlas”.

“Ok dah lah tu, kau boleh pergi jiwang dengan dia”.

Sedang aku mencari kasut aku, aku disapa orang.

"Assalamualaikum!"

Aku jawab dalam hati seruan salam tu.

"Tak jawab berdosa."

Aku mendongak dan tercegat satu makhluk yang tak asing lagi. Dia lagi,
cetus hatiku.

"Mualaikum salam warahmatullah."

“You dah makan?”

“Sudah”. Aku jawab ringkas.

“You nak ke mana ni?, mari I hantarkan”

“tak pa terima kasih, I lagi selesa naik pengangkutan awam”.

“You masih marahkan I ke?” Dia bertanya sambil kami berjalan keluar dari
kawasan masjid.

“Tak, seronok sekali”.

“Bagus, kalau gitu, kita pergi makan ok?”.

Tak faham faham ke, orang cakap dah makan, nak suruh orang senak senak
perut ke apa.

“Sungguh I dah kenyang, lain kali saja lah”.

“You ni weird lah tapi ini yang buat you menarik tau”

aku weird, dia yang lagi tak betul, keluh hati ku.

“You nak balik office ke, I hantar you balik boleh?”

“Encik Isac, saya boleh balik sendiri, tolong jangan buat saya marah ok”

“Kenapa you tak boleh panggil I hans”.

Aku punya suka lah, kata hati ku.

“I really got to go, see you”

aku terus pergi menghilangkan diri

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience