BAB 8

Romance Completed 14843

Sejak pertemuan malam tu, kami putus hubungan. Dah sebulan dah. Segala
kerja yang melibatkan bersama dia, aku telah serahkan pada Mikha. Kenapa
agaknya? Ah, orang macamdia, petik satu seribu yang datang, apa yang nak
dirisaukan? Dah ada pompan lain yang dia dah dapat mengurat lah tu.
Dalam lamunan, telefon ku berdering. Suara yang kudengar memang aku kenali.

“ingatkan dah tak ingat nombor tel I lagi”, aku megusik.

“I have something to discuss with you, I am in london visiting my
parents, as soon as I got a confirm flight back, I nak jumpa you. I
mesti jumpa you”.

“kenapa ni”, aku tanya sebab suaranya seakan panik.

“We talk when we meet ok”. Please believe me, whatever that I do, its
for the best of us”.

Apa yang dia merepek ni. Apa kena mengenanya aku dengan dia. Selepas
perbualan kami yang singkat itu, aku tak dengar lagi dari hans. Terasa
macam nak telefon tapi takut aku menggangu dia. Entah dia dah balik ke
belum ke. Ah, janga ikutkan perasaan. Kan dia dah cakap nanti dia balik
dia akan call. Tunggu sajalah.

“lia, kakak ni, kau free tak next Wednesday, ikut kakak pergi check up”
Abg hairie kat overseas.”

“Pukul berapa? Kat mana, oklah tunggu kat teksi stand ok”.

Setiba aku di teksi stand di kk hospital, kakak pun sudah berada di
sana. Dia nampak pucat dan semakin kurus.

“You look sick, are you ok?”

“ok, cuma penat aja, dengan kerenah Nabilah dan urusan kerja. Shall we
go. I want you to promise me one thing. Jangan bilang sapa sapa you
follow me here and whatever that you may hear, ini antara kita berdua
ok. Janji”

aku terkebil kebil. Aku dan kakak ku Diana Estella memang rapat dari
kecil. Kita tak pernah bergaduh apalagi mak dan abah tak pernah berbelah
bagi dan selalu berlaku adil terhadap kami berdua. Tapi kakak lebih
lembut perwatakannya dari aku.

“Kak, kenapa kakak tak bilang lia kakak sakit”.

Aku bertanya dengan nada sedih.

“Mak dan abah tahu tak, macamana boleh jadi macam ni?” Aku menyampuk lagi.

“Kakak tak nak risaukan hati mereka. Kakak pun tak expect boleh jadi
serius macam ni. Tanda tandanya memang dah ada, tapi kakak take for
granted aja” mata kakak sudah mula bergenang dengan airmata.

“Kakak pasrah. Kakak serahkan segalanya pada Allah kerana dia yang maha
mengetahui”.

Dalam perjalanan dalam teksi pulang ke rumah kakak, kami lebih banyak
berdiam saja dan aku biarkan kakak melayani perasaannya. Lagipun aku tak
tahu apa nak cakap, takut tersalah cakap pulak. Aku cuma menggengam erat
tangan kakak dan sesekali bila aku melirik padanya, dia sekadar
melemparkan senyuman tawar.

“Mama, you are back so early today.”

Nasha lari mendakap kakak di pintu.

“Hello darling, my sweet little girl”.
Aku memeluk dan mencuim kedua belah pipi anak saudaraku yang comel itu

“mami is here too” sambil dia menarik aku ke meja makan untuk
menunjukkan gambar yang telah diwarnakan.

“Isnt it nice”, dia mencelah. “Beautiful, my little girl is so bright”.

Begitulah Nabilah. Memang sedari kecil lagi kakak dan abang Hairie
berbual dalam bahasa ingeris saja dengan Nabilah. Kesian anak saudaraku
yang satu ni. Dia tak tahu apa apa. Bagaimana kalau kakak pergi
meninggalkan dia…..

"Lia, lusa abang hairie balik. You join us for dinner will you. Ada
sesuatu yang kakak nak bincangkan dengan lia.”

Aku mengangguk tanda setuju. Sebelum berpisah, aku berpelukan dengan kakak.

“Ingat lia, jangan kasi tahu siapa siapa”

Malam itu, aku tak dapat tidur. Walaupun satu demi satu ayat suci al
quran yang aku baca, namun mataku tak dapat lelap langsung. Ku pandang
jam, dah pukul 3 pagi. Aku lantas bangun, mengambil wudhu dan terus
bertahajjud.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience