BAB 16

Romance Completed 14843

Aku berdebar debar, saatnya telah tiba. Sedang yang lain didampingi oleh
orang yang tersayang, aku dibiarkan keseorangan menahan sakit. Aku
berserah pada allah. Disaat saat begini, terbayang dosa dosaku yang
telah lalu. “Ya allah, kau saja yang maha pengampun, ampunkanlah dosa
hambamu yang hina ini” tatkala itu, kenangan silam berligar ligar di
ruangan mata. Aku rasa lebih bersalah.

“Lia, kau jangan buat begini. Terus terang saja dengan Hans” mak memujukku.

“macamana lia nak terus terang mak, dalam keadaan lia yang macam ni” aku
dalam kebingungan.

“mak, tolonglah lia mak, jangan bilang apa apa pada Hans kalau dia
datang dan tanya tentang lia. Cuma katakan padanya lia terpaksa pergi
atas sebab tertentu dan suruh dia lupakan lia. Buat sementara ni, lia
duduk rumah uncle Halim, sampai lia selamat nanti. Lia akan telefon mak
sekerap yang mungkin.”

“Kau cuba lari dari masalah ini. Nabilah macam mana?” mak bertanya

“Lia terpaksa mak. Lia tak nak keruhkan lagi keadaan. Mak fahamkan”. Aku
mengesat airmata ku yang dah mula mengalir. “Kemana lia pergi, lia akan
bawa Nabilah bersama, itu sudah pasti.”

“mak mertua kau tahu kau………” pertanyaan mak terputus

“lia dah beri tahu tapi tak selebih dari yang mereka patut tahu”

Itulah keputusan ku bila aku dapati yang aku mengandungkan anak abang
hairie. Sekali lagi aku jadi orang yang tak berani menghadapi keadaan.
Aku pun tak tahu apa yang aku takutkan sehingga aku tak terfikir
keputusan aku ini bukan hanya melibatkan aku sorang tapi juga orang
orang yang tertentu disekelilingku. Tapi kalau dulu Hans boleh maafkan
aku, biar kali ini dia lebih membenci aku. Aku ambil jalan mudah.
Mengharapkan agar Hans terus membenciku, jadi lepas balak aku untuk
menerangkan duduk perkara yang sebenarnya. Aku penat bermain dengan
perasaan aku sendiri. Pada satu ketika aku pasrah dan redha pada
kehendak allah, tapi pada ketika yang lain aku jadi kurang yakin dengan
diri sendiri sehingga aku rasa ini satu bebanan yang sungguh berat untuk
aku pikul. Padahal aku tahu setiap ujian allah samada ianya untuk
mengangkat darjat hambanya ke tahap yang lebih tinggi atau ingin
menghapuskan dosa sekaligus.

“Maam, are you ready? Your time is up”. Staff nurse menolak katil ku
untuk ke suatu tempat yang aku rasa semua orang yang akan melahirkan
akan ke tempat itu. Aku semakin panic dan tak tahu apa yang bakal aku
hadapi.

Mulut ku tak lepas dari berselawat dan bertasbih dan berdoa agar apa
yang aku lalui ini dapat berjalan dengan licin tanpa sebarang masalah.
Di mata dan fikiran ku sudah tak ingat apa apa lagi hanya untuk melahirkan.

Terdengar suara tangisan bayi. Aku jadi lesu dan sungguh aku tak dapat
mengawal emosi ku pada waktu itu. Baru aku tahu, betapa besar
pengorbanan dan jasa ibu sehingga Allah sendiri mengampunkan dosa ibu
yang berjihad menerusi kelahiran. Kini aku telah bergelar ibu dan aku
sendiri dapat merasakan perasaan seorang ibu bila selamat melahirkan
kerana tiada lain yang diharapkan hanya kelahiran dan anak yang normal.
Patutlah syurga itu terletak di telapak kaki ibu.

“Zalia, kalau awak izinkan, biar saya azankan budak ini”. Doktor bidan
ku meminta izin.

Semenjak aku disahkan mengandung, Doktok Aziz begitu mengambil berat
tentang kesihatan ku apalagi dia tahu yang aku ni ibu tunggal. Aku tak
pernah pandang serong pada nya malah aku berterima kasih sebab dia lebih
mengetahui perassan aku dalam saat saat aku perlukan sokongan
terutamanya sokongan moral. Memang uncle Halim dan auntie Syida banyak
membantu tapi aku sendiri rasa malu untuk mengharapkan bantuan mereka
terus menerus. Mereka dah macam mak dan abah aku sendiri., begitu
mengambil berat tentang aku. Cuma aku saja yang tak nak menyusahkan mereka.

“Hes’ yours”. Dr aziz serahkan bayi kecil itu di pelukan ku. Aku usap
kepalanya dan aku bersyukur kerana allah telah membantu aku dalam
menghadapi keadaan getir ini.

Aku namakan anak ku…….Hardy Amirul Heridzuan. Gabungan dari uncle Halim
dan Auntie Syida yang masih belum mempunyai cucu walau sepupuku Ain dah
lapan tahun mendirikan rumahtangga. Tapi pada aku, Amirul tu sudah cukup
melambangkan pembantu dan pembimbimg. Semoga anak ku kelak akan menjadi
orang yang membimbing ke jalan yang benar, jalan allah.

Nabilah” terdengar teriakan dari luar arrival hall.

Nabilah tak sabar sabar lagi berlari kearah suara itu sambil tangannya
melambai lambai ke arah sekumpulan orang di luar cermin.

“mak, abah” aku bersalaman dengan mak dan abah ku. Kuserahkan Amirul ke
pangkuan ibu ku. Mak hanya merenung cucunya dengan sayu dan mendakap
erat budak kecil yang tak tahu apa apa itu.

Sebentar kemudian, aku terpandang ibu bapa mertua ku sedang berlari anak
menuju kearah kami. Mak mertuaku terus mendakap ku tanpa berkata apa apa.
“maafkan lia mak”.

Tapi ibu mertuaku tak dapat nak berkata apa apa. Hanya dia saja yang
tahu apa yang sedang dirasakan saat itu. Bila diserahkan amirul ke
tangannya, perasaan hibanya semakin ketara. Aku terpaksa kuatkan semangat.

“mami, why is everybody crying. Shouldn’t they be happy to see us?”
nabilah mulakan kepetahannya.

“Sometimes when you are too happy, you will also cry. At times, you just
cry without a reason”. Aku menerangkan.

Nabilah seperti keliru. “I’m hungry. Atok, shall we go to Mc Donalds?”

Abah dan bapa mertuaku yang berjalan seiringan tersenyum dan memimpin
cucu kesayangan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience