Mata pun dah mengantuk, rumah pun sunyi sepi, baik aku masuk tidur. Baru
rasa nak terlayang, telefon bimbit ku berdering.
“Yes, lia speaking”. Berderau sekejap jantung aku dan terus terduduk.
“Oh, hi, well, no, I am still awake, and in fact am watching tv”.
Aku cuba sembunyikan suara selamba ku. Ku lirik mata ke jam dinding, dah
pukul 12. Terdengar suara di hujung talian.
“Sorry lia, I cant call you earlier as I am stuck in a whole day
meeting. I am still out entertaining those guys. How I envy you. Tell
you what, meet me for lunch tomorrow at Steakhouse and we can discuss
the necessary. Good nite and see you tomorrow”.
Belum sempat aku berkata apa apa, talian telah pun diputuskan. Macam dia
tahu aja apa aku nak bincangkan. Aku merengus dan tanpa kusedar, jam pun
dah berbunyi. Seperti biasa, selepas solat, aku tak terus siap, aku lagi
baring baring di katil sambil baca suratkhabar. Pagi ni aku sarapan kat
office aja. Sampai di office, maria yang semalam beriya riya benar nak
ke gym sugul aja. Aku tak berani nak menyapanya. Mesti ada problem
dengan syed. Hai nasib baik aku ni masih single, kalau tak, mana nak
settle kerja, mana nak settle keluarga, mana nak settle boyfriend. Aku
terus ke tempat duduk ku.
“Lia telefon untuk kau”. Maria tak cakap apa apa lantas terus sambungkan
talian.
“Cik Zalia, Hi, I’m calling from Mr Isacs office, your appointment with
Mr Isac this afternoon at 12.30 at the steakhouse is confirmed”. Aku
dengan segera membelek diary.
“Fine, Its fixed then.”
***
Panasnya cuaca hari ini. Budak office takda pulak yang nak keluar kalau
tak boleh aku tumpang. Di perhentian teksi ramai orang yang menunggu
teksi, aku pun join sekaki. Ingat sedap sikit naik teksi. Teksi nya
takda, yang tunggu semakin ramai. Aku pun belah. Masih ada time, aku
window shoppinglah sekejap di perkarangan Raffles place. Sedar tak
sedar, dah 12.15. kelam bakut aku dibuatnya. Aku tak nak buang masa
tunggu teksi, aku naik mrt. Aku sampai genap pukul 12.55. Alamak matilah
aku, mesti kena hamput punya. Penyambut tamu menyambutku dengan senyuman.
“Can I help you maam”?
“Actually I have a reservation made under Mr Isac”.
“Sorry maam, Mr Isac had left and heres for you”.
Dihulurkan satu nota yang tertera tulisan
"To be a good coordinator, one point you should observe is never to make
others wait. Time is precious to others if not for you”. Signed, Hans Isac.
Geramnya aku. Dia sindir aku begitu sekali. Memang lah salah aku tapi
takkan sampai serious sangat macam ni. Tak boleh lebih kurang langsung.
Kalau ya pun dia boleh call aku kat hp, sekurang kurangnya dia tahu aku
dalam perjalanan dan tak payah aku buang masa datang kalau dia tak boleh
tunggu. Dia punya masa dia cakap, orang punya masa ada dia ingat. Aku
naik geram sendiri. Baru aku perasan yang si penyambut tamu tu sedang
merenung ku.
“Heres maam, cold water to cool down the heat”.
Punyalah malu aku.
“Thanks so much, you shouldn’t bother”.
Nanti, aku akan ajar dia. Dia belum kenal lagi siapa aku.
Share this novel