BAB 17

Romance Completed 14843

“Oh ya, Lia kat dalam meja tu ada surat-surat Lia, mak tolong ambilkan kat peti surat rumah Lia masa Lia tiada di rumah tempoh hari.’’ Ujar mak ketika kami semua sedang duduk beristirehat di ruang tamu usai makan malam.
‘’Okay, terima kasih mak. Nanti-nanti saja Lia tengok. Rasanya tiada yang penting sangat, banyak surat dari bank, promosi pasar raya agaknya. Esok Lia nak balik rumah.’’
“Eh, Kau kan belum sihat lagi”

“Dah lama lia tinggalkan rumah mak, nak tengok apa yang perlu dibuat.
Mungkin kalau mak ok, lia tinggalkan budak budak sebab susah nak buat
kerja kalau ada dorang.”

Entah kenapa malam ni aku tak boleh tidur pulak. Mungkin kerana
perubahan cuaca dan masa. Kalau di Sydney, waktu sekarang aku sedang
rehat rehat bersama uncle dan auntie sambil menghirup hot chocolate dan
makan kuih muih buatan auntie. Auntie memang rajin buat kuih muih. Dah
menjadi kebiasaan katanya.

Lantas ku hampiri meja study ku, ku capai kotak di dalam laci dan
terburai semua isi kandungan dalam kotak itu. Mungkin terlalu berat
untuk menampung berat isinya.

Satu persatu surat surat itu aku kutip. Semua surat surat itu aku lihat
berenvelopkan yang sama dan tulisan pada surat surat itu pun semuanya
dari orang yang sama aku jangkakan.

Aku mula aturkan mengikut haribulan yang tertera pada stamp di envelope.
Ada dari dalam negeri dan ada yang dari luar negeri. Memang aku tak
dapat jangkakan isi kandungan surat itu atau siapa penghantarnya.

Surat pertama ku buka dan seterusnya. Semua isi kandungan surat itu
mencerminkan kesedihan, perpisahan dan yang sewaktu dengan nya. Walaupun
terusik hati ini tapi aku tidak lagi mengharapkan apa apa lagi dari si
pengirim surat surat itu. Tapi bila ku buka surat yang terakhir, ku rasa
macam nak putus jantungku. “Majlis Perkahwinan Hans Isac dengan Iylia”
Rupanya dah bernikah pun dia. Dia berkahwin sewaktu aku sedang
melahirkan Amirul, what a coincidence. Aku terus memujuk hatiku.
Baguslah, sekurang kurangnya aku tak sangat rasa bersalah terhadapnya.
Lagipun dah lebih dari setahun peristiwa ini aku tinggalkan, mungkin dia
pun dah terus melupakan aku. Itu yang aku inginkan.

“Lia, jangan lupa minggu depan ada jemputan makcik timah jiran lama
kita. Anak dia si Maisarah tu nak kahwin”. Mak peringatkan aku.

“Ya ke mak. Dah besar lah budak maisarah tu. Dulu teringat masa dia
kecik kecik cengeng”. Aku terkenang zaman dulu

“Nasib baik minggu depan sebab kalau minggu selepasnya, lia ingat nak
sambutkan birthday amirul setahun”

“kalau kau tak nak bawak budak budak, kau tinggalkan kat rumah mak
mertua kau”

“taklah mak, nabilah tu da lama ngoyok nak makan nasi orang kahwin”

“hei, lia, how are, lama betul kita tak jumpa”. June, kawan sekolah lama
aku, menghampiriku dan terus memeluk ku erat.

“yes, its really a long time. What you doing now” aku mulakan bicara

“Anak I dah lima, I cant afford to work, jadi full time housewife”.

“alhamdulillah. Where are your kids?”

“budak budak, dah ramai ramai gini entah mana dorang main”

Sedang kami berbual tiba tiba, seorang wanita manis menghampiri kami
sambil bawa air pencuci tangan
“ah lia, kenalkan my sister. Iylia”

“Ni adik you yang mana satu ni?” sambil aku hulurkan tangan untuk
bersalaman

“you wont remember anyway”

Aku melirik adik June yang namanya mula bermain di benak fikiran ku
sambil mata ku mencari cari kalau aku ternampak seseorang yang pernah
aku kenal.

“Mak, esok lia nak pergi interview kerja. Mak tolong tengokkan budak
budak ya”

“kat mana kau cari kerja”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience