Selepas selesai solat zohor, seperti biasa aku mencium tangan suamiku.
Dia mencium dahi ku.
“Lia, abang minta maaf kerana telah banyak menyusahkan lia”.
“Ini kan dah tanggungjawab lia sebagai isteri, lia happy with the
situation now as it is.”
“Abang telah menghancurkan kebahagiaan lia, tapi demi Nabilah yang Diana
dan abang sayang sangat…..”. Suaranya mula tersekat.
“Abang lia tak menyesal dengan keputusan lia. Lia bahagia bersama abang,
believe me. Tak payah abang nak sorry sorry. Lia masak special untuk
abang, lauk kegemaran abang, mari kita makan”.
Abang hairie banyak berdiam di meja makan. Aku naik risau pulak.
“Bang kenapa, abang sakit ke.”
“Takda apa apa cuma rasa macam taksedap sikit aja.”
“Lia amikkan panadol.” Aku terus menuju ke dapur. “Abang rest dulu,
nanti nak masuk waktu asar lia kejutkan ok.”
“Papa.” Teriak Nabilah bila saja dia melihat kelibat papanya.
Mak dan abah ku cuma tersenyum melihat keletah cucu kesayangan kami semua.
“Nabilah, papa is now going. Nabilah must be a good girl and listen to
mami and dun be naughty ok” Suamiku mencium Nabilah dan anak manjanya
cuma menganggukkan kepalanya saja.
“Mak, abah, hairie pergi dulu. Hairie minta maaf kalau hairie dah banyak
menyusahkan mak dan abah. Halalkan makan minum Hairie mak, abah. Restui
pemergian hairie”
Memang selalu kalau abang hairie nak ke luar negeri dia akan minta maaf
dari aku, mak dan abah. Memang dari time kakak abang Hairie dah biasa
begitu. Tapi hari ini ini macam terasa lain suasananya. Mak memeluk
menantunya yang satu itu sambil menangis
“kau takda salah nak. Mak dah halalkan segalanya”.
Abah pun memeluk abang hairie sambil berkata, “Baik baik jalan hairie.”
“Mak, lia turun sekejap hantar abang hairie. Mak mengangguk.
“Nabila darling, come we send papa off.” Nabila dengan kesukaan
mengambil sandalnya dan terus berlari ke pintu.
“nanti dah sampai tel lia ok bang”. Abang khairie cuma tersenyum.
“Let me take a last look at you”.
Abang hairie merenung muka ku dengan tajam dan memberi ciuman di kedua
belah pipiku. Dia mendukung Nabilah dan mencium anak kesayangannya itu.
“What will you do when papa is not around?” Abang hairie bertanya pada
Nabilah.
“Be a good girl, listen to mami and always pray for papa and mama”.
“That’s my girl.”
Teksi pun dah tiba.
“selamat tinggal sayang. Relakan pemerhian abang”.
Aku tak tahu kenapa begitu sebak dan berat sekali hati ini nak lepaskan
abang hairie. Tapi ini permintaan abang hairie sendiri. Dia tak nak
sesiapa menghantarnya ke airport termasuk keluarga. Dia begitu
bersungguh sungguh untuk nenunaikan ibadah haji. Dia tak nak terhambat
oleh sesuatu yang dapat merusakkan kekusyukannya mendapat haji yang mabrur.
Kring……kring……kring. Telefon berdering memecah keheningan malam. Mesti
abang hairie ni dah sampai. Berkata dalam hati ku.
“Inna lillahi wa ina ilaihi rajiun” Aku terus terduduk. Sebentar
kemudian, mak dan abah keluar dari bilik tidur mereka.
“Lia, kenapa ni?”
“Abang Hairie dah meniggal mak.” Aku tergamam sebentar. Aku seperti
disambar dan dengan sepantas kilat, aku terus bangun.
“Mak, abah, lia kena uruskan yang patut malam ni jugak. Mak tolong
tengokkan Nabilah. Tolong jangan bilang apa apa tentang papanya dulu mak”.
Mak dah tak dapat kawal airmatanya. Aku dah macam orang hilang akal.
Tidak tergambar, pemergian abg hairie adalah pemergian yang terakhir.
Aku rasa terkilan jugak sebab belum pun puas menghambakan diri pada
lelaki yang telah bergelar suami yang tidak pernah aku cintai itu. Cinta
aku semata mata atas dasar hormat.
“Cik, sudah sampai cik.”
Aku dikejutkan dari lamunan ku. Terasa lama perjalanan kami ini.
“Cik nak saya tolong angkatkan anak cik” Sapa pemandu teksi itu dengan
santun.
“takpa, terima kasih encik.”
Share this novel