BAB 2

Romance Completed 14843

Apa saja ni dekni pandang pandang…….tercetus di dalam hati ini bila aku
sedari dari sepanjang perjalanan aku ke pejabat dalam mrt, aku perasan
ada sepasang mata yang mengamatiku. Aku mula resah. Dibetulkan tudung
kepala ku. Bajuku di rapikan seandainya ada yang tak kena. Lagi satu
station dah sampai, selamat aku. Aku cepat cepat perkemaskan diri untuk
standby turun dari keretapi. Tanpa menoleh aku pun keluar dan melangkah
ke escalator. Sampai saja di platform, tak berapa tapak, ku rasa bahuku
disentuh orang. Bila ku toleh, punyalah terperanjat aku, sepasang mata
yang dari tadi mengekoriku betul betul didepan mata. Berderau sekejap
darah aku.

“Is this yours?”

Terdengar ungkapan dari bibir tuan yang empunya mata tu. Dengan selamba
dan tersipu sipu, aku bersuara,

“eeerrrr, yes”.

Ya allah macam mana pulak aku boleh terjatuh beg gincu aku ni. Semacam
sengaja pulak, berkata kata dalam hati aku. Baru aku ingat, tadi sewaktu
dalam keretapi aku sempat tengok cermin kot kot lipstick aku ni
tercomot. Aku cepat cepat rampas dan beri ucapan terima kasihku.

“Saya Hans” sambil menghulurkan tangannya. Oh orang melayu rupanya
ingatkan orang barat, bukan main lagi nama, tak nak kalah orang. Aku
jadi serba salah.

“Sorry, I don’t shake hands with stangers”.

Aku lemparkan senyum selambaku supaya tidak ketara yang aku ni nampak
sangat mengada ngada, padahal, dia bukan muhrimku, macamana nak
bersentuh tangan.

“Well, we are friends then”.

Dia tersenyum lebar tanda puas hati. Terpinga pinga aku dibuatnya.

“Sorry, I’ve got to go, dah lambat ni nak ke kerja”.

Dengan pantas dia menghulurkan kad businessnya sebelum sempat aku
mengangkat kaki meninggalkanya.

“Takkan card pun tak boleh terima, salam I you dah tolak. You are going
to need it some day, believe me”.

“Well, ok, if that will make you happy, and as a way of thanking you”.

Aku pun berjalan tanpa menoleh.

************************************************************************

Kringg
Telefon di meja berdering

“Lia, please come to my office”.

Si tua ni, tak boleh tengok orang senang sikit. Baru nak buat kopi.
Mesti adalah project ni, kalau tak jangan harap nak nampak muka dia pagi
pagi buta begini, lagi lagi hari Isnin. Aku merungut.

“Morning boss, you call for me?”

“Ok, heres what you need to do and its all self explanatory. If you have
any questions, please feel free to ask, if not, I have loads of work to
finish, you may go now”.

Boss aku, Mr Simmon memang ok orangnya. Tapi jangan dia naik angin, satu
office kecot. Aku dah tahu benar perangai mat salleh celop ni. Kalau dia
good mood, berjam jam pun tak selesai kat bilik dia, kalau tidak, muka
kita pun dia tak nak pandang. Aku mengambil fail didepan ku dan terus
meluru keluar. Aku tersandar sambil mengamati dokumen dokumen di dalam
fail. Conference lagi. Tak habis habis. Penat dua minggu lepas belum
lagi hilang dah bakal datang penat yang baru. Aku terus memulakan tugas ku.

Mata ku tiba tiba terpandang pada name card yang tertera satu nama yang
pernah aku dengar. Aku terus bongkar beg tangan aku. Mana pulak name
card ni. Aku pun tak perasan samada aku simpan name card yang telah
dihulurkan oleh si punya mata jahat tu tadi pagi sebab aku dah kelam
kabut sangat. Lagipun buat apa aku nak simpan name cardnya. Tapi yang
silapnya, aku tak sempat pun nak tengok name card tu. Ahh…bukan dia lah.
Kalau dia sekalipun, apa aku peduli. Aku mengangkat gagang tel dan dial
no yang tercatit di name card itu.

“Hello, can you put me through to Mr Hans Isac please”.

“Hold the line please” terdengar suara lembut yang menyambut panggilan ku.

“I’m sorry maam, the lines engage, would you like to hold or can I get
your number and I shall get Mr Isac to return your call”.

“That would be great, heres my no”.

Aku pun mula sibuk dengan tugas harian ku.

“Lia theres a message for you”,

Maria, receptionist di tempat kerja aku hulurkan nota pesan sebaik saja
dia nampak muka aku yang baru keluar dari tandas. Aku membalas panggilan
itu tapi di divertkan ke tel bimbit.

“Hi, this is Hans, I’m unable to answer to your call now, please leave
your name and number, I shall return your call when I am available…tit…....

“Hi, this is Lia, from Mc Simmon & Gill, would you please return my call
at my office ……. or mobile ……. at your earliest. Thank you”.

Lepas kerja hari ni, aku tak kemana mana, Maria ajak aku ke gym lepas
kerja tadi tapi aku macam malas, rasa penat pulak badan ni. Hujung
minggu selalunya aku habiskan masa bersama mak dan abah. Kalau tak pun,
hang out kat rumah kak Diana, melayan keletah anak saudara ku yang
memang aku sayang sangat. Sampai di rumah, mak dan abah tak da.

Ditinggalkan pesan, “mak dan abah diajak balik kakak kau, mak dah masak,
kalau kau nak makan panaskan aja lauk. Nanti dah sampai rumah, call mak
kat rumah kakak kau ok”. Kena tinggal lagi aku. Semenjak abah dah retire
dan kak Diana menimang cahaya matanya yang pertama, mak dan abah excited
dengan kehadiran Nasha Nabilah yang dah sekian lama dinanti nantikan.
Maklumlah, cucu pertama. Kak Diana selalu pass comment yang perangai
Nasha ada terkenan kat aku sikit. Nasha dengan senang dan sendirinya
memangil aku Mami. Kat rumah ni pun, mak dan abah bosan, lagi lagi kalau
aku sibuk dengan tugas, tak sempat langsung nak bersembang sembang
dengan mereka. Kadang kala bukan aku tak nak berbual bual dengan mereka,
tapi setiap kali kami berbual, topik yang sama akan diutarakan.

“Kau nak tunggu apa lagi, kau nak cari budak yang macam mana lagi. Budak
khairul tu dah baik dah. Mak dah lama kenal dia. Mak bapak dia pun dah
kenal denagn mak dan abah. Kau bukan muda lagi tau, dah 28 tahun dah.
Tak baik membujang lama lama, kau nak jadi kawan syaitan? Kita orang
pompan ni, tak bolehlah memilih sangat, asal budak tu baik tingkah laku,
taat pada ugama dan bertanggungjawab, mak suka benar dengan budak
khairul tu. Nanti mak dan abah dah mati, siapa nak urus dan jaga kau”.
Mak selalu membebel.

“Apa lah mak ni, Khairul tu kan kawan dari sekolah dulu. Kita dah macam
best friend. Orang tak ada perasaan istimewa kat dia. Dia pun tahu orang
sukakan dia hanya sebagai kawan aja”.

Itulah saja modal aku setiap kali diudarakan soalan tentang hubungan aku
dengan khairul. Memang selepas pengajian di universtiy dulu, khairul
pernah menyuarakan hasrat hati nya. Aku terkejut. Aku tak pernah ingat
yang kebaikan aku dengan dia disalah anggapkan. Tapi Khairul
understanding orangnya.

“Well, good couple doesn’t have to end up in marriage”.
Pada satu ketika dia mencelah.

“Ahhh, tahu pun you. Kalau I kahwin dengan you, tapi kita tak sefahaman
dan perkahwinan kita tak kekal, mana yang you suka, kita terus berkawan
atau kita tak geng terus”. Aku menyangkal.

“You kalau cakap memang pandai, takda orang boleh menang. I pun tak nak
kahwin dengan you, nanti I kena queen control. Dengan perangai you yang
kepala batu dan perfectionist ni, akibat hari hari I makan kat rumah mak
i. Baik I jangan kahwin”. Tapi setelah 6 bulan lepas khairul bernikah
dengan gadis pilihannya, barulah mak aku senyap sikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience