“Mak, abah, ada sesuatu yang lia nak bincangkan dengan mak dan abah.”
Aku memulakan perbualan pada petang itu.
“Apa yang kau nak bincangkan, kau macam serius aja.” Abah menyampuk.
“Lia pun tak tahu macam mana nak cakap. Sebelum mengahwini abang Hairie
dulu, Lia ada seorang kawan, dia sukakan lia tapi belum sempat lia
beritahu pada mak dan abah tentang hubungan kami, lia terpaksa menolak
cintanya atas sebab sebab yang mak dan abah sedia maklum. Kami bertemu
semula, entahlah mungkin takdir allah dan dia telah luahkan
hasratnya…..ayat ku terhenti disitu. Tapi lia serba salah lah mak, abah..”
“Alhamdulillah, mak pun memang nak cakap dengan kau pasal ni sebab nak
menjanda lama lama pun tak elok”.
“Tapi mak!” aku mencelah.
“Nak tapi apa lagi, kalau itu yang terbaik untuk kita semua”, ayah
bersuara.
“Walau apa pun, kau kena berterus terang dengan keluarga arwahnya.
Sekurang kurangnya untuk mendapatkan restu mereka jangan sampai mereka
ingat kita ketepikan mereka pulak. Memang kau dah takda apa apa lagi
hubungan dengan mereka, tapi Nabilah tetap darah daging mereka”. Mak
menyarankan. Aku cuma mengangguk lesu.
“Assalamualaikum” aku beri salam bila sampai di depan pintu.
“Wualaikum salam, ehhhh cucu atuk datang”. Aku bersalaman dengan bapa
mertuaku dan menyuruh Nabilah juga bersalam.
“Jah, tengok ni siapa datang”. Bapa mertuaku teriak memanggil isterinya.
“Alah cucu nenek, rindunya nenek. Mari sayang nenek peluk sikit”.
Nabilah tak berapa selesa dengan keluarga papanya. Mungkin kerana mereka
bertutur dalam bahasa yang dia tak mengerti. Inilah masalahnya.
“Mak apa khabar” aku bertanya.
“Begini lah lia, sibuk dengan jualan. Kau apa khabar, sihat” Aku cuma
tersenyum sambil mengangguk.
“Makan malam sini ya, mak masak nanti kita makan bersama. Nanti mak
amikkan air, tentu cucu nenek haus ya sayang.”
“Takpa mak jangan susah susah, lia boleh amik sendiri, bukan tak biasa.”
Aku ikut ibu mertua ku ke dapur. Selepas solat maghrib berjamaah, kami
duduk bersembang. Nabilah dah tertidur, penat bermain siang tadi
dilayani oleh atuknya. Mak mertuaku lantas bersuara, “mak cakap kau
jagan marah, tapi kau tak nak kahwin lagi ke. Kau masih muda dan
perjalanan hidup kau masih jauh lagi”
Aku jadi serba salah.
“Ya lia, kalau Nabilah tu ada papa lain sikit. Orang pun tak pandang
serong pada kau” bapa mertuaku menyampuk.
“Ini lah yang lia nak tanyakan tentang pendapat mak dan ayah. Lia tak
nak buat keputusan yang terburu buru”.
“Mak dan ayah kau ni boleh jaga Nabilah, kau jangan risaukan tentang
itu. Dia tu pun kan cucu kami jugak”
“Apa yang lia buat ni mak bukan untuk diri lia sendiri tapi untuk
Nabilah semata-mata. Nabilah dah jadi sebahagian dari hidup lia mak. Lia
dah berjanji dengan kak Diana dan abang Hairie akan bela nasib Nabilah
walau apa pun terjadi. Lia bukan apa tapi Lia tak tahu apa nak cakap
setiap kali bila dia tanyakan papanya yang pergi belayar tak balik
balik.” Aku menjelaskan.
“Kau dah ada pilihan?” ibu mertuaku bersuara.
“Kami berkawan memang dah lama tapi lia tak sanggup hampakan permintaan
kak Diana, lantas lia tinggalkan dia tanpa sebarang pesan, lia ingat
biar dia membenci lia, lebih senang begitu.” Aku mengeluh.
“Kami takda apa apa halangan asal kau suka. Ayah rasa kau pun dah boleh
buat keputusan yang terbaik untuk diri kau sendiri. Mak dan ayah doakan
kau bahagia”, sambil ibu mertuaku mengesat air matanya yang mula mengalir.
“Anak mak hairie lah tu sorang. Kalau kau kawin lagi, dapat juga
gantikan tempat hairie”. Aku tersentuh.
“Kami bersyukur dan juga terima kasih sebab kau tak ketepikan kami” ujar
bapa mertuaku. Aku bersalaman dengan kedua ibu bapa mertuaku,
“Restui apa yang lia buat mak, ayah.”
Sambil memeluk aku erat, ibu mertuaku bersuara, “kedua kau dan Diana dah
bukan lagi menantu tapi mak dah anggap macam anak mak sendiri.
Share this novel