Loceng rumah berbunyi.
Usai deringan kali ketiga, pintu kayu itu dikuak.
“Eh kak, Nabilah mana?” Aku terus bertanyakan tentang anak saudaraku.
“Kakak taruk dia kat rumah mak tadi dengan yati. Dia baru call, nak
tidur rumah nenek katanya”. Takpalah, lagi senang nak cakap kalau dia
takda.
“Abang hairie mana” aku bertanya.
“kat bilik, kami baru habis solat isyak”
“kau dah makan, nak solat dulu” kakak mencelah.
“taklah kak, tadi had heavy lunch. Balik nanti boleh solatlah”
Pintu bilik dibuka, Aku menyapa abang ipar ku. Abang hairie memang
peramah orangnya. Cuma kebelakangan ini, dia nampak pendiam dan tak
seceria dulu. Aku tak pernah bertanya, takut orang cakap aku kepo pulak.
“Dari mana”. Dia tanya.
“dari office, terus ke sini” aku menjawab.
“Diana, tak siapkan lia makan” abg hairie memanggil kakak yang berada di
dapur.
“Dah tanya dia tak nak” Kakak datang bersama dengan dua gelas air teh.
“abang nak gula berapa?” aku tanya dengan lembut tanda hormat.
“takpa nanti abang amik sendiri” abang hairie menyangkal.
Sekali pun dia tidak melihat ke arah aku.
“How are you kak?” aku bertanya.
“lia, kakak panggil lia ke sini nak bincangkan satu masalah. Lia tahu
kakak have to go through this operation end of the month. Kakak dah
bincang dengan abang hairie”, sambil matanya melirik ke arah suaminya.
Abang hairie seperti tak nak dengar perbualan kami ini.
“I know I have not much time left. sekiranya kakak cannot make it, I
only want you to replace my place untuk jaga Nabilah, since dia pun
rapat dengan lia. Begitu juga kakak percaya pada Lia, I know you too can
take care of my husband. Kami berdua sayangkan Nabilah dan kami tak nak
dia rasa kehilangan bila kakak takda nanti”
Aku seperti disambar petir. Kakak seperti dah buat persiapan. Begitu
cepat, keluh hatiku
“Apa kakak cakap ni, you will live insya allah. Jangan menyerah kalah kak”.
Aku seperti kehilangan kata kata. Tak tahu apa nak cakap. Abang hairie
bangun untuk duduk disebelah kak Diana. Dia memeluk isterinya yang
sedang bergelut dengan air mata dengan penuh kasih sayang. Terharu aku
melihatnya.
“Sudah Diana, Abang will be with you throughout. You can make it. Demi
anak kita, you have to be strong. Sama sama kita berdoa semoga Allah
panjangkan umur dan jodoh kita sehingga ke tua seterusnya ke syurga”
Abang hairie seperti sudah tidak dapat menahan sebak di dada.
“Mak dan abah dah tahu ke keputusan kakak ni?”
“Mak dan abah tak perlu tahu. Ini perjanjian kita bertiga”. Kakak bangun
untuk mendapatkan ku. Aku dipeluk erat sambil terisak isak dia bersuara,
“please lia, only you can make it happen. Kakak dah tulis surat merestui
lia dan abg” ….suaranya terputus putus. “Kalau pun kakak hidup, kakak
dah tak macam dulu lagi. Kakak redha lia jadi madu kakak.
Aku mengusap rambut kakak dan kami menangis seperti besok kakak akan
pergi meninggalkan kami. Siapa tahu aku nemangis kerana apa…….Kak Diana,
Nabilah atau Hans.
“Nabilah, stop running or you’ll fall.”
Sambil berlari anak aku mengejar langkah anak kesayanganku itu. Dari
jauh aku dah nampak dia terlanggar seorang lelaki dan tersungkur jatuh.
Lelaki itu menolongnya untuk bangun semula.
“Din I tell you to be more careful.”
Betapa macam nak roboh jantungku bila aku berdepan dengan sebuah lembaga
yang memang pasti aku kenal. Aku cepat cepat tarik tangan Nabilah dan
berlalu pergi.
Sebelum berlalu aku ucapkan “I’m sorry and thank you.”
Seketika dia bersuara, “Zalia?”
Langkah ku terhenti. Ternyata dia masih mengingati ku. Aku menoleh
“Do I know you?” aku seru.
“mami, shall we go” nabilah dah mula tarik tangan aku.
“Your daughter?” aku cuma menganggukkan kepala. “Cantik macam you”.
“Nabilah, salam uncle.” Nabilah mengikut saja arahan ku.
“I….I…. minta maaf…..?” Lelaki itu cuma dapat tersenyum. Tapi disebalik
senyuman itu ada tersembunyi duka yang aku nampak di matanya.
“Your husband not with you?” Aku tersentak dan terus merenung mukanya.
“Minta maaf but I really got to go. See you around”.
Aku kelam kabut menghilangkan diri. Nabilah tertidur sewaktu dalam
perjalanan pulang kami di dalam teksi. Aku tiba tiba saja dibuai oleh
perasaan silam.
“Aku ambil unpaid leave satu ke dua tahun. Aku nak kahwin”. Terperanjat
Maria bila aku beritahu tentang berita perkahwinan ku itu. Kalau siapa
siapa tanya tentang aku, katakan aku dah tak kerja di sini lagi”.
Itulah keputusan yang aku ambil setelah kematian kakak yang tak dapat
diselamatkan. Rupanya kakak bukan saja menghidapi barah pangkal rahim,
banyak lagi complication yang dihadapinya. Sungguh tak sampai hati aku
melihat Nabilah yang memanggil manggil nama mamanya,
“ma wake up ma, Pa, why didnt mama wake up. She had been sleeping for so
long.”
Aku tarik Nabilah sewaktu kakak sedang dirahap. Tak dapat tertahan hati
dan perasaan aku. Mak aku sudah macam nak pengsan.
“Nabilah, mama is going to see Allah. You shouldn’t cry and should pray
for her. Be a good girl now.” Aku memujuknya.
“Kau nak kahwin dengan siapa?” tanya Maria masih dalam keadaan terperanjat.
“Aku terduduk dengan soalan itu. “Dengan Hairie, abang ipar aku”.
“Huh, kau…”
“Aku tiada pilihan dan ini janji aku pada Diana dan aku harus tepatinya.
Maria, engkau saja kawan aku yang tahu lebih dari kawan kawan aku yang
lain. Aku mintak tolong pada kau. Kau tolong jangan beritahu apa apa
pada Hans sekiranya dia telefon dan tanya pasal aku”. Aku bermohon padanya.
“Lia, aku….” Thanks Maria, you had been a good friend all this while. I
will keep in touch with you.” Kami saling berpelukan.
“Lia, lia tak payah hantar abang ke airport nanti. Abang boleh pergi
sendiri. Nabilah mana?” Tanya suamiku.
“Nabilah kat rumah mak. Since abang takda sebulan ni, lia tidur rumah
mak ya bang” Aku minta izin dari suami yang baru sebulan aku nikahi.
“That’s fine. Nanti kita keluar bersama, abang hantar lia ke rumah mak
dulu. Nak tengok Nabilah sebelum pergi”. Aku cuma tersenyum.
Share this novel