BAB 2

Other Completed 4353

“Lambatnya anak mama bangun hari ini,” tegur Puan Azizah melihat anak lelakinya datang menghampiri meja makan. ” Alah Mama, Angah itu tiap-tiap hari bangun lewat. Bukan harini je,” sampuk Adira yang merupakan kakak sulung antara adik-beradik Khairi. ” Diamlah Long. Sibuk jelah kau ni,” sahut Khairi dengan hatinya yang membara. Andai diletakkan sebiji telur diatas kepalanya, mungkin telur itu boleh masak.

“Sudah.Sudah. Jangan nak bergaduh depan rezeki. Tak elok. Makan cepat. Nanti lewat pulak datang sekolah nanti. Pak Mat tengah tunggu dalam kereta tue,” arah Puan Azizah ringkas. Sememangnya jika tidak ditegur oeh ibunya, boleh jadi perang besar dirumah itu. Khairi mempercepatkan kunyahannya di mulut. Jus oren yang tersedia di sebelahnya hanya diteguk sedikit untuk membasahkan mulutnya.

“Khairi gerak dulu Mama. Nanti lewat pulak,” jawab Khairul lantas bersalaman dengan ibunya.

“Cepatlah sikit! Nanti lewat macam semalam. Harap bangun je awal. Makan macam siput! ” marah Khairi kepada kakaknya. Sempat dia menjeling maut ke arahnya kakaknya sebelum mencapai begnya menuju ke arah kereta BMW milik ibunya.

“Lama tunggu Pak Mat? ” soal Khairi bagi memulakan perbualannya dengan Pak Mat pada hari itu. Dia sangat rapat dengan pemandu keluarganya itu. Pak Matlah tempat dia berborak setiap hari. Mana tidaknya, bapanya selalu sahaja tiada dirumah. Outstation katanya. Pak Mat sudah dianggap seperti bapanya yang kedua. ” Taklah. Baru je Pak Mat sampai. Adira mana?” jawab Pak Mat. “Biasalah. Kak Dira selalu makan lambat. Itu tak kena. Ini tak kena. Memang cerewet bab makanan,” sambut Khairul dan diiringi oleh gelak tawa mereka berdua di dalam kereta mewah itu.

“Oiy, bukaklah pintu nie,” marah Adira dari luar kereta. Tawa mereka terhenti di situ. Tawa yang ditahan itu menyebabkan Khairul tersengih-sengih sepanjang perjalanan ke sekolahnya. Puas hatinya membalas dendam kepada kakaknya.

” Sejuk betul air pagi tadi. Macam mana kau boleh mandi awal pagi Long?” soal Khairul memecahkan kesunyian.

” Sejuk apenya. Water heater kan ada,” jawab kakaknya acuh tak acuh. Malas hendak melayan pertanyaan adik lelakinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience