BAB 1

Other Completed 4353

‘’Waktu kecil dulu, aku membayangkan syurga itu seperti sebuah gedung yang penuh dengan coklat, , gula-gula kapas dan pelbagai snek serta mainan keluaran terbaru dan canggih daripada yang ada di dunia. Di dalamnya kau boleh makan dan main sesuka hati kerana itu adalah ganjaran yang kau dapat apabila kau patuh, sejujurnya adakalanya aku masih lagi membayangkan syurga masih begitu tapi lebih upgrade sehinggalah aku menginjak alam remaja. Mungkin saja aku terikut-ikut dengan cerita Charlie and The Chocolate Factory.’’ - Khairi

Keheningan pagi mencengkam seisi tubuhnya, namun kicauan beburung di langit menyegarkan setiap insan yang menikmati dan menghargai nikmat yang dikurniakan Ar-Rahman ini. Meskipun begitu, agak sukar bagi Khairi meninggalkan tempat istirehatnya.
Selimut tebal yang meliputi dirinya merantai dirinya daripada bangun untuk mengerjakan solat Subuh. Azan yang kuat berkumandang juga dihiraukannya.

“Ahhhh! Bisingnya surau ni ! ” jerit Khairi dalam hatinya. Meskipun dia begitu arif mengenai ajaran agama di sekolah, tetapi untuk mengamalkannya memang liat sekali. Kepandaiannya hanyalah sekadar terluah pada helai kertas soalannya di sekolah. Tetapi,bukan pada perlakuan,sifat dan amalinya. Kebolehannya menghafal segala ilmu yang dipelajari menjadikannya bongkak untuk menyingkap rahsia tersirat disebalik setiap makna ilmu yang dipelajarinya itu.

” Mas khairul, bangun mas. Hari sudah siang. Ibu Jijah sudah tunggu di meja untuk bersarapan,” kejut bibiknya dengan lembut atas arahan Puan Azizah. Kepekatan bahasa Indonesia nya tidak berubah meskipun telah bertahun-tahun bekerja di Malaysia. “Ish! Azizah lah! Pelat ! Kejap lagi orang turunlah,” jerit Khairul dari dalam bilik. Lantas dengan bermalas-malasan dia bangun mencapai tualanya yang tersangkut di balik pintu.

“Hush! Sejuknya air pagi-pagi nie. Boleh beku aku macam nie,” getus Khairi di dalam hatinya. Sabun ‘Lifebuoy’ dicapai ditekan kepalanya. Sebaik sahaja sabun menyelaputi dirinya, secara tidak semena-mena lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang nyanyian Tegar berkumandang di bilik mandinya. Sememangnya menjadi tabiat Khairi menyanyi di dalam bilik air. Suaranya juga sememangnya diakui merdu apabila sering menjadi juara dalam pelbagai pertandingan nyanyian di sekolahnya.

Seusai mandi, baju yang sudah siap tergantung kemas di katilnya dicapai dengan rakus. Hidup Khairi sungguh selesa. Baju sekolahnya juga ada tukang gosok.Almaklumlah, sejak kecil dia hidup di dalam keluarga yang berada. Ayahnya seorang usahawan yang berjaya sehingga mampu untuk membeli sebuah banglo mewah di kawasan kediaman Bukit Antarabangsa. Malah, keluarganya juga mampu membiayai persekolahannya di sebuah sebuah elite di situ. Ibunya juga tidak kurang hebatnya. Seorang bekas peragawati yang kini memiliki sebuah butik yang terkemuka di seluruh Malaysia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience