BAB 10

Other Completed 4353

“Bagaimana Allah itu Sofia?” soal Khairi memecah kesunyian di pondok. ” Entahlah. Saya pun tidak tahu. Tetapi Nek Esah kata Allah itu tidak boleh kita bayangi dan kita lihat,” jawabnya lalu duduk bersebelahan dengan Khairi. “Kenapa begitu?” Khairi masih tidak faham dengan jawapan Sofia. ” Haaa! Tidak faham itu bermakna awak faham mengenai Allah. Allah itu tidak sama dengan semua makhluk ciptaannya. Kerana sememangnya sifat pencipta itu jauh lebih hebat daripada sifat benda yang diciptanya. Sama juga seperti sifat seorang pelukis dengan lukisan yang dibuatnya . Jauh bezanya bukan?,” duga Sofia kepada Khairi.

“Benar. Habistu, bagaimana saya hendak mengenali Allah jika saya tidak boleh memahami Allah?” soalnya kehairanan.

” Nah. Sebab itulah kita mengenali Allah melalui makhluk ciptaannya. Penciptaan manusia daripada setitis air mani sendiri membuktikan betapa besarnya kekuasaan Allah.

Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2

” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat ”

Banyak lagi kekuasaan Allah jika kita benar-benar memerhati. Lihat saja langit itu, pokok itu,udara ini. Semuanya menjadi bukti kekuasaan Allah. Tutuplah matamu sejenak dan berdiam diri serta bertafakur. Bukalah matamu sebagai seorang hamba kepada Rabb- mu. Tentu dengan hanya perkara sebesar zarah pun kita mampu untuk mengenali-Nya,” jawab Sofia panjang lebar.

Mata Khairi tertunduk ke tanah. Ego dan kelebihan yang dipinjamkan oleh Rabb yang Maha Berkuasa kepadanya menjadikan dia seorang hamba yang bongkak dan buta untuk melihat kebesarannya. Dirinya terasa jauh daripada-Nya. Mungkin inilah kekosongan yang dihadapinya selama ini. Dia memerlukan sahabat untuk sentiasa mengingatkan dirinya yang sentiasa alpa dan leka.

” Terima kasih ya Allah atas pemberian-Mu ini,” bisik Khairi dan air matanya perlahan-lahan mengalir membasahi pipinya yang bersih.

” Oh ya Khairi, semalam saya terdengar awak baca Al-Quran. Sedap jugak rupanya suara awak. Boleh jadi qari terkenal suatu hari nanti. Haha. Aminnn! ” doa Sofia kepada sahabatnya. ” Haha. Saya biasa-biasa sahaja,” Khairi malu dipuji sebegitu rupa. Mukanya habis merah seperi cili api. Almaklumlah, kulitnya yang putih menyebabkan kemerahan wajahnya begitu terserlah.

“Nah! Ini saya ada beli satu al-Quran untuk awak. Al-Quran ni murah je. Tapi saya harap ia mampu untuk menjadi peneman sepanjang hidup awak,” Sofia ikhlas menghulurkan senaskah al-Quran yang kemas berbalut kepada Khairi. Khairi menyambutnya dengan rasa terharu. Sememangnya Sofia merupakan teman sejati yang mampu menjadi teman hidupnya yang sejati. Keelokan akhlak dan budi serta kepintarannya menyebabkan Khairi berminat untuk berkawan dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience