BAB 13

Other Completed 4353

Kereta Mitsubishi Triton itu megah memasuki kawasan letak kereta berhampiran Menara Berkembar Petronas. ” Pertama kali kamu ke sini bukan?” tanya Ustazah Maryam sambil tersenyum. “Ya cikgu,” jawabnya ringkas. Matanya meliar keseluruh kawasan itu. Tempat letak kereta pun hendak diherankannya. ” Sudahlah, dalam tu banyak lagi benda menarik yang kamu boleh lihat,” ujarnya lembut.

Mereka menikmati masa mereka dengan sebaik-baiknya. Khairul begitu gembira mempunyai guru yang begitu prihatin terhadapnya. Mereka bersuka ria di tempat itu. Sehinggakan, Khairi terlewat untuk mengerjakan solat Zuhur. Mujur gurunya mengingatkan.

Menjelang waktu Asar, mereka telah selamat sampai dirumah. Sebelum beredar, Khairi mengucapkan terima kasih kepada gurunya. Pengalaman manisnya pada hari itu tidak dapat dia lupakan.

Secara cermat Khairi mengetuk pintu rumahnya dan memberikan salam. “Assalamualaikum,” jeritnya agar dapat didengari keluarganya. Tidak sampai 10 saat, pintu rumahnya dibuka dengan ganas. Kelihatan mata ibunya bengkak kerana menangis. ” Khairi ke mana kamu pergi nak. Puas ibu mencari kamu,” ujar ibunya kepiluan. Air matanya seperti telah lama kering kerana terlalu lama menangis. ” Khairi tak apa-apalah Mama. Kan Khairi dah cakap Khairi ikut Ustazah Maryam pergi Petrosains,” ujarnya sambil membalas pelukan ibunya.

Ibunya memandang . Hairan. “Jadi kamu tidak tahu mengenai jiran kita? Rakan kamu Sofia?” tanya ibunya. Kakaknya dan adiknya juga memandangnya dengan penuh hairan. Khairi seperti kebingungan. Dia tidak tahu menahu tentang perkara sepanjang ketiadaannya di rumah. Dia sudah meminta kebenaran ibunya sebelum mengikut gurunya.

” Kawan kau Sofia tu dah meninggallah,” jerit Adira kepadanya. Ibunya cuba menahan anak sulungnya daripada menceritakan perkara sebenar tetapi sudah terlambat. ” Dia terjatuh dalam sungai dekat semak sana. Tali yang dia guna tak tahan lama. Kami ingatkan kau dah meninggal seperti dia,” sambung kakaknya dalam kesedihan.

“Diamlah! Aku tak nak dengar benda mengarut ni lagi. Sofia masih hidup. Aku dah janji nak jumpa dengan dia hari ni,” jeritnya marah. Dia marah kepada dirinya. Dia marah kepada dunia. Paling menyedihkan, dia menyalahkan takdir yang ditetapkan oleh Allah Azza Wajalla. “Apakah dosaku ya Allah. Aku solat lima waktu. Aku sentiasa berzikir kepada kau. Mengapa ya Allah! ” jeritnya dalam tangisan. Dia berlari menuju ke pondok tempatnya mengenal Tuhan.

Ternyata benar. Tali yang selalu digunakannya telah putus. Paras air sungai juga telah meningkat dengan mendadak. Mujur terdapat sebatang pokok yang membolehkannya merentasi sungai. Secara berhati-hati dia merentasi titian yang agak tidak stabil itu. Setelah berjaya, dia berlari menuju ke pondok Nek Esah. ” Nenek! Sofia ada kat dalam? Saya ingin berjumpa dengannya. Tiada sebarang jawapan didengarnya. Khairi mendengus keras nafasnya. Air matanya di kesat menggunakan bajunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience