BAB 7

Other Completed 4353

“Allahuakbar Allahuakbar!” azan Maghrib surau kuat berkumandang dikawasan kejiranannya. Khairi masih pisat-pisat menggosok matanya. ” Aduh! Laparnya,” dia berbicara sendirian. Khairi meninjau di kawasan dapur. Tudung saji dibuka. Dia mencapai pisang goreng yang telah sejuk diatas pinggan dan menyumbatnya ke dalam mulutnya.

Kelaparannya yang mencapai tahap ultras menyebabkan dia tidak begitu cerewet untuk makan. Semua benda sedap sahaja pada pandangannya.

Malam itu Khairi tekun membaca buku dan menyiapkan kerja sekolahnya. Rumahnya terasa sepi. Hidupnya juga terasa kosong. Rutin hariannya yang sama setiap hari menyebabkan jiwanya meronta-ronta untuk keluar rumah. Tetapi apakan daya, dia tidak mempunyai rakan yang ramai. Dia lebih gemar diam di sekolah. Perlahan-lahan matanya terlelap dimeja bacaan. “Kringgg!” jam loceng berbunyi menandakan tiba waktunya ke sekolah.

Khairi bangun dan bersiap-siap ke sekolah. Rumahnya dilihat kosong. ” Mana Mama?” soalnya pada kakaknya. “Mama kan keluar outstation ke Paris,” jawab kakaknya ringkas. Tiba-tiba kedengaran suara adik perempuannya merengek pada pagi hari mencari ibu mereka.

“Aduss! Atira terjaga pulak ,” Khairi mengeluh. ” Kau pergilah pujuk dia Ngah. Aku tengah makan ni,” senang sahaja Adira mengarahkan adiknya .

” Yelah. Yelah,” Khairi beralah dalam hal ini. Malas dia bertikam lidah mengenai perkara remeh ini lagi. Atira pun bukanlah sesiapa, adiknya juga. Ketiadaan ibunya menambahkan lagi kekosongan dalam hidupnya. Selesai bermain kata-kata dengan adiknya, dia menuju ke dalam perut kereta. Pagi itu dia tidak berasa untuk berbual.

Sampai disekolah, dia terus menuju ke kelasnya. Kepalanya diletakkan diatas meja berbantalkan lengannya. Sungguh, dirinya seperti kehilangan sesuatu yang besar. ” Assalamualaikum,” tegur Sofia ringkas kepada Khairi. ” Oh, waalaikumsalam Sofia,” jawab Khairi. Tempat duduknya dibetulkan sedikit. Senyum palsu terukir diwajahnya.

” Kenapa monyok saja?” soal Sofia yang menyedari bahawa jiran barunya itu mempunyai masalah. ” Masalah? Haha. Tak nampak ke saya tengah tersenyum ni,” ujar Khairi sambil menyerlahkan lagi senyuman palsunya. ” Yelah tue,” ujar Sofia sambil tersenyum.

” Kalau ada masalah, tanya jelah,” sambungnya lagi dan mengeluarkan sebuah buku lalu dibaca.

” Baca buku apa?,” giliran Khairi menyoal Sofia. ” Tanbihul Ghafilin. Peringatan buat diri yang selalu alpa ini,” ujarnya sambil menyelak halaman buku tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience