BAB 3

Other Completed 4353

“Pappp! ” Khairul menepuk dahinya. “Macam mana aku boleh lupa rumah aku ada water heater. Kalau aku tahu, tak payah aku terseksa pagi-pagi nie,” marah Khairul dalam hatinya. Tiba-tiba Adira tergelak sekuat hatinya.

” Mesti sejuk kan mandi takde heater,” kata Adira dengan sinis kepada adiknya sambil tergelak dengan kuat.

“Aku yang tutup heater kau,” katanya dalam tawanya.

“Ish! Tak guna kau. Nanti kau! ” jerkah Khairul dalam kereta itu.

Baru sahaja dia hendak mencapai rambut kakaknya untuk ditarik, kereta mereka terhenti secara tiba-tiba. Khairi yang sedang berdiri untuk cuba mencapai kakaknya tercampak ke hadapan.”Aduh! Apa ni Pak Mat! Hentikan kereta tiba-tiba,” kata Khairul pisat-pisat selepas tercampak kehadapan.

” Dah sampai sekolahlah Khairul,” jawab Pak Mat lembut sambil memujuk agar memaafkannya kerana memberhentikan kereta secara tiba-tiba. Adira cepat-cepat keluar daripada kereta dan berlari ke pagar sekolah. Mata hitai Khairi mengekori gerak-geri kakaknya. “Nantilah kau lepas sekolah nie,” jawabnya dalam hati.

Khairi dengan geram mencapai beg sekolahnya yang berada dibelakang. Bajunya dikemaskan sedikit kerana dia perlu menjaga penampilannya disekolah. Pintu pagar sekolahnya direnung. Kosong. Entah apa yang tidak disenangi Khairi pada hari itu. Jiwanya terasa kosong. Setiap hari dia melalu perkara yang sama. Terasa seperti hidupnya tidak punya matlamat yang betul-betul pasti.

“Selepas aku berjaya habis sekolah nanti, aku nak buat apa?” soalnya dalam hati. Persoalan itu dibiarkannya tidak berjawab.

Dia melangkah perlahan menuju ke pintu gerbang sekolahnya.

“Hey budak! Cepatlah jalan! Lembap macam siput,” tegur seorang pelajar yang amat dikenalinya.

“Kau tak puas hati apa dengan aku Rep?” bentak Khairi mempertahankan dirinya kerana dimalukan dikhalayak ramai. Arif merupakan antara pelajar cemerlang di sekolah itu. Namun, kebijaksanaan Khairi menyebabkan Khairi mendapat perhatian yang lebih daripada gurunya. Bisikan dan hasutan syaitan menanam perasaan dengki didalam diri Arif berjaya. Arif sering mencemburui kelebihan yang dimiliki oleh Khairi sedangkan dia sendiri mempunyai kelebihan yang tersendiri terutama dalam bidang sukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience